Bismillahhirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbilalamin Wassolatuwasola mualaasyrafilmursalin waala alihi wasohbihi ajmain.

Assalamualaikum wbt.

Yang Berbahagia,
Ahli Majlis Daerah Yong Peng Zon 13
En Onn bin Abdullah

Yang Berbahagia,
YDP Majlis Daerah Yong Peng
En Mohd Hafiz b  Alimin

Yang Berusaha,
Wakil Ahli Parlimen Ayer Hitam
Pegawai Khas Ahli Parlimen Ayer Hitam
Saudara Ling Tian Soon

Yang Berbahagia
Pengerusi PKKPTB
En Edy b Musliman

Tuan-Tuan/Puan-Puan/Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita kehadarat ilahai kerana dapat bersama-sama  berkumpul pada hari ini. Untuk makluman semua warga Taman Bahagia,pada hari ini Persatuan Kebajikan dan Keselamatan Penduduk Taman Bahagia Ayer Hitam, AJK Pengurusan Surau Taman Bahagia, Ahli MDYP Zon 13, Majlis Daerah Yong Peng dan Pejabat Ahli Parlimen Ayer Hitam telah menganjurkan satu program Gerak Mesra: Gotong Royong Taman Bahagia.

Program ini bertujuan meningkatkan kebersihan,keceriaan,keselamatan taman dan kerjasama yang erat sesama penduduk taman.

Bagi Memulakan majlis dijemput Saudara Nur Hermizan bin Jumaat  untuk membacakan doa.
...............................
Terima kasih diucapkan kepada Saudara Nur Hermizan bin Jumaat.

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan En Onn bin Abdullah Ahli Majlis Daerah Yong Peng Zon 13 untuk menyampaikan ucapan.

.....................Terima Kasih diucapkan kepada En Onn bin Abdullah.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput En Mohd Hafiz Aliman (YDP MDYP) untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan..................................Terima Kasih diucapkan kepada En Mohd Hafiz Alimin.

Seterusnya majlis mempersilakan Saudara Ling Tian Soon Wakil Ahli Parlimen Ayer Hitam untuk menyampaikan ucapan...........................Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Ling Tian Soon.

Acara seterusnya ialah Penyerahan Aduan kepada YDP MDYP oleh Pengerusi PKKPTB. Majlis menjemput YDP MDYP En Mohd Hafiz Alimin untuk ke hadapan dan mempersilakan En Edy b Musliman menyerahkan borang Aduan kepada YDP MDYP.
Terima kasih diucapkan kepada YDP MDYP dan Pengerusi PKKPTB..

Acara yang terakhir ialah Taklimat Agihan tugas gotong-royong oleh Ketua Program iaitu En Mohd Zakaria bin Damiran.Pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Zakaria Damiran untuk menyampaikan taklimat.

Maka berakhirlah majlis ucapan dan gotong royong akan bermula selepas taklimat diberikan dan bersurai dijangka pada pukul 11:30 pagi.dan ada disediakan makanan dan minuman. Sekian sahaja dari saya. semoga Program Gorong-royong ini berjalan lancar. saya sudahi dengan terima kasih dan assalamulaikum wbt.
Hit: 0 Laman Asal