Tan Sri Khalid Cipta Sejarah, Jadi Orang Kedua Pecat Anwar Ibrahim Selepas Tun Mahathir.

Khidmat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri  Selangor ditamatkan susulan keputusan untuk menutup pejabat berkenaan  di Plaza Perangsang, berkuatkuasa serta merta bagi menjimatkan  kos pentadbiran.
Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI),  Faekah Husin berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis  Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Isnin.
Beliau berkata, langkah itu dibuat kerana berpendapat hal ehwal ekonomi  boleh dilakukan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) yang juga pusat  sehenti dan memiliki pegawai terlatih serta berpengalaman terutama  melibatkan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi.
"Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di  atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat  Ekonomi Negeri Selangor.
"Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul  antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim  serta peranan dan sumbangannya kepada kerajaan Selangor sesuai  dengan jawatan yang disandang," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.
Ternyata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan peluang  untuk mempengerusikan mesyuarat MMKN terakhirnya sebaik mungkin  dengan membuat keputusan itu.
Sehubungan itu, Faekah berkata, adalah wajar pejabat berkenaan ditutup  supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab  pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi  dan pelaburan Negeri Selangor.
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan  di bawah MBI serta bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan  kepakaran Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam bidang  ekonomi dan kewangan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan  Menteri Kewangan.
Sumber : http://jejarikami.blogspot.com/2014/09/selangor-khalid-ibrahim-tamatkan-tugas.html

*Hebat Tan Sri Khalid kerana menjadi orang kedua pecat Anwar selepas Tun Mahathir. Percayalah bahawa Tan Sri takkan menyesal pecat Anwar Ibrahim.


source : mymassa

Hit: 0 Laman Asal