Teori Kinetik Jirim

 Jirim terdiri daripada zarah-zarah (partikel) halus yang diskret
 Zarah-zarah sentiasa bergerak secara rawak dan sekata
 Tenaga kinetik zarah bertambah apabila suhu jirim bertambah


Keadaan Jirim
o Pepejal
o Cecair
o Gas



Ciri-Ciri Jirim

1. Pepejal:
o Zarah-zarah disusun rapat
o Zarah dipegang dengan daya ikatan yang kuat
o Zarah bergetar pada kedudukan yang tetap

2. Cecair:
o Zarah-zarah tidak disusun rapat
o Zarah-zarah dipegang dengan daya ikatan yang lemah
o Zarah bergerak bebas

3. Gas:
o Zarah-zarah tersebar
o Zarah-zarah dipegang dengan daya ikatan yang sangat lemah
o Zarah bergerak bebas ke semua arah dengan halaju tinggi

Perubahan Keadaan Jirim



Proses Peleburan
 Peleburan adalah proses perubahan pepejal kepada cecair
 Pepejal dipanaskan, zarah-zarah menyerap tenaga haba
 Zarah-zarah mendapat lebih banyak tenaga kinetik lalu bergetar dengan lebih laju
 Pada takat lebur, zarah-zarah dalam pepejal memperolehi cukup tenaga untuk memutuskan daya ikatan antara zarah-zarah lalu bergerak bebas
 Pepejal melebur lalu bertukar menjadi cecair
 Takat lebur adalah suhu di mana pepejal mula berubah menjadi cecair

Proses Pendidihan
 Pendidihan adalah proses perubahan cecair kepada gas
 Cecair dipanaskan, zarah-zarah menyerap tenaga haba
 Zarah-zarah mendapat lebih banyak tenaga kinetik lalu bergerak dengan lebih laju
 Pada takat didih, zarah-zarah dalam cecair memperolehi cukup tenaga untuk memutuskan daya ikatan antara zarah-zarah
 Cecair mendidih lalu bertukar menjadi gas
 Takat didih adalah suhu di mana cecair mula bertukar menjadi gas

Proses Pembekuan
 Pembekuan adalah proses perubahan cecair kepada pepejal
 Cecair disejukkan, zarah-zarah membebaskan tenaga haba
 Zarah-zarah hilang lebih banyak tenaga kinetik lalu bergerak dengan lebih perlahan
 Pada takat beku, zarah-zarah dalam cecair membentuk daya ikatan antara zarah-zarah
 Cecair membeku lalu bertukar menjadi pepejal
 Takat beku adalah suhu di mana cecair mula berubah kepada pepejal

Proses Kondensasi
 Gas disejukkan, zarah-zarah membebaskan tenaga haba
 Zarah-zarah hilang lebih banyak tenaga kinetik lalu bergerak dengan lebih perlahan
 Pada takat kondensasi, zarah-zarah dalam gas membentuk daya ikatan antara zarah-zarah
 Gas terkondensasi lalu bertukar menjadi cecair

Perhatikan dan fahami klip video berikut untuk memahami Teori Kinetik Jirim dalam menerangkan Proses Perubahan Keadaan Jirim. Sengaja saya letakkan beberapa klip video di sini dengan harapan ada antaranya yang benar-benar dapat membantu proses pemahaman pelajar.

1. Klip Video 1



2. Klip Video 2



3. Klip Video 3



4. Klip Video 4



Sumber Rujukan Nota: Buku Teks Sains KBSM Tingkatan Empat

Hit: 0 Laman Asal