Assalamualaikum...
Emm kalau penyakit malas ni dah melanda diri memang susah nak berubah.. hehehe tapi nak tak nak kene gak updatekan.. so lambat ke cepat ke bersabo ajelah ek...

Ok ni nak story sket pasal satu company ni yang menawarkan perkhidmatan merawat sinus... akak nih memang dikatakan ada resdung.. asal mengemas rumah menyapu lantai bersin sakan, kalau tak cukup rehat bersin sakan, kalau cuaca panas muka gatal-gatal dan naik biji-biji mcm kene gigit nyamuk... pernah gak buat rawatan sebelum ni yang bakar la yang golek telur lah.. tup tup mak cadangkan suh try kat Sinar Permata.... pakcik dah 3 kali ulang wat rawatan kat situ.. katanye ok kepala jadi ringan dan berdengkur pon dah kurang... so akak pon tryla utk tengok keberkesanannya...



Kos rawatan ni sekali RM50.00 untuk dewasa RM30.00 untuk budak... rawatan dibuat lebih kurang 1jam lebih... sebelum bersetuju untuk membuat rawatan setiap pelanggan diberikan pengujian terlebih dahulu untuk mengetahui tahap keresdungan memasing.. hehehe ayat tu tak bleh tahan... pengujian ni diberikan percuma aja... bila dah ditest then baru diberikan result sama ada kita ni tahap mcm mana.. so kalau nak teruskan rawatan boleh buat dan kalau tak nak pon takpe...


Nampak rawatan yang dibuat simple aje.. tapi kesan dia macam boleh percaya... 2 putik kapas yang dibasahkan dengan sejenis ubat dan disaluti dengan serbuk khas then masuk kedua belah hidung.. tak sampai 5 minit pesakit akan bersin2 dan lendir akan mengalir keluar melalui hidung.. rasa mcm berangin aje hidung dek kerana ubat tu.. bersin tok sah cakap la mau 10-15 kali.. kalau ada 2-3 org pesakit masa tu mcm berlawan-lawan plak.. ada sorang pesakit tu sampai keluar darah lendirnya.. menurut pekerja disitu katanya pesakit kerap dan suka minum air batu.. hehhehe

Lepas 15 minit then staff situ akan urut dahi sehinggalah ke batang hidung untuk keluarkan lagi lendir yang ada... then buang putik kapas dan hembuskan sekuat hati.. proses ni diulang 2-3 kali...

Sebelum habis rawatan setiap pesakit diberikan urusan mata .. mata dispray dengan air zam-zam pastu pakai alat urutan.. bersandar dan rileks sehingga alat tersebut berhenti...


Bila dah selesai ape lagi bayar la... hehehhee... ooppss jgn lupa ada pantang yer selama 2 minggu.. antaranya adalah :

1. Tak boleh makan ayam
2. Tak boleh makan telur
3. Tak boleh makan ikan tidak bersisik
4. Tak boleh makan aiskrim
5. Tak boleh makan coklat
6. Tak boleh makan kekacang

Memandangkan akak saje nak try test so pantang ni dah terbatal.. so bulan depan buat treatment sekali lagi insyallah akan mengikut pantang ini... en husband pon ada kata dengkur nampak mcm ada kurang sket.. hahhaa yelah tu..

Tak silap akak banyak cawangan ada.. yang akak pegi ni kat Melaka Mall... nampak rawatan ni mcm mudah gak la.. so next month leh cuba lagi.. hehehhee



Hit: 0 Laman Asal