Pada 27 Julai 2017, aku telah ke Jeti Asri bagi memancing. Perancangan asal aku adalah untuk memancing pada 29 Julai 2017 iaitu pada hari isnin kerana pasang surut menunjukkan air pada tarikh ini air pasang menyorong besar. Namun apakan daya akibat ingin memancing juga aku terjah la pada hari ini walau aku tahu pasang surut hari ini adalah pasang mati iaitu air surut dan pasangnya amat perlahan dan hampir tidak ada arus.  
Aku bertolak dari rumah pada jam 2.00 petang dan sampai ke jeti pada jam 4.30 petang. Kelewatan ini kerana trafik agak sesak apabila menghala ke KLIA dan berlaku satu kemalangan lori kontena berhampiran trafik light antara Bandar Enstek dan Litar Sepang.


Seperti kebiasaan, sebelum sampai ke jeti, aku akan singgah di Pekan Sungai Pelek bagi mendapatkan umpan dan bekalan makanan. Terdapat 2 kedai pancing di pekan sungai pelek iaitu Han Yang Trading terletak bersebelahan kedai perabot iaitu hampir setentang dengan Petronas dan sebuah lagi Wei Ann Trading yang terletak berhampiran 7E Sungai Pelek.
Hari ini aku membeli umpan punpun sarang, Udang hidup dan Ruan (sejenis macam umpun-umpun juga). Selain itu aku juga beli ikan sardin dan udang putih sebagai umpan tambahan.
Apabila sampai ke jeti aku ke Jeti Asri memandangkan Jeti Wak Sempuh mempunyai pemancing yang ramai ketika itu. Aku memilih satu port yang masih kosong. Ketika ini, ramai pemancing tertumpu di hujung jeti yang telah runtuh. Mungkin mereka mensasarkan ikan siakap atau kerapu yang banyak bermain di bawah runtuhan jeti. 

Aku membuat persiapan memancing dengan menggunakan 3 joran. 2 joran di setkan dengan mata perambut apollo dan satu joran aku guna mata satu untuk udang hidup. Setelah sejam memancing aku masih belum mendapat hasil walau seekor gelama pun, namun pemancing di bahagian yang runtuh telah mendapat gelama dan seekor kerapu remaja. Pemancing yang di sebelah aku telah mendapat seekor ikan Kuku Batu.
Hasil menggunakan apollo aku mendapat gelama bayi dan seekor kerapu singa bayi iaitu selepas aku solat maghrib. Namun atas dasar memelihara ekosistem aku kembalikan semula ikan tersebut ke sungai. 

Lebih kurang jam 11 malam, aku menukar teknik mancing dengan menggunakan jaring dan berjaya mendapat seekor ikan kuku. Umpan bermacam jenis yang aku taburkan untuk santapan ikan tidak membuahkan hasil. namun beberapa kali aku kehilangan mata kail menggunakan umpan hidup. mungkin rabutan kuat itu dari ikan yang besar namun rezeki adalah ketentuan Allah. Aku ubah cara ikatan mata kail supaya lebih kuat. Getuan pada umpan hidup aku dikesan hasil bunyi loceng yang dipasang pada Koyan. Apabila aku angkat, terdapat seekor sotong katak telah melahap umpan sotong hidup. Aku ambil sotong untuk dijadikan umpan jika perlu, tetapi akhirnya sotong syang berjaya ditangkap sebanyak 6 ekor itu telah dijadikan lauk dalam mehun goreng oleh mak mertua aku.

Hasil memancing pada hari ini adalah:
seekor ikan kuku batu 6 ekor sotong katak 1 ekor ketam dara 4 ekor gelama sedang goreng pun sedap Seekor ikan kerapu singa - CnR Seekor buntal - CNR










Hit: 0 Laman Asal

Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/waktusolat/public_html/modules/mod_out/extract_main.php on line 66