Jika memancing, umpan merupakan satu perkara yang penting. Jika tiada umpan aktiviti memancing boleh terbatal. Pelbagai jenis umpan yang biasa digunakan oleh pemancing seperti udang hidup, anak belanak, tamban hidup, ikan potong sotong dan umpun-umpun.

Umpun-umpun dikatakan sesuai digunakan untuk pelbagai jenis ikan seperti duri, sembilang, gelama dan lain-lain. Namun disebabkan bentuk umpun-umpun seperti cacing, ramai pemancing yang tidak menggunakan umpan ini kerana faktor geli dan sebagainya.

Umpun-umpun adalah sejenis hidupan atau haiwan invertebrata sama seperti cacing. Namun apa yang membezakan umpun-umpun dengan cacing adalah haiwan ini mempunyai kaki seperti ulat gongok atau lipan. Ianya juga akan memberi gigitan halus jika terancam.


Badan umpun-umpun berbaki banyak
Terdapat pelbagai jenis spesis umpun-umpun seperti:

Umpun-Umpun sarang
Umpun-Umpun Nipah 
Umpun-Umpun Pasir

Panjang umpun-umpun @ punpun biasanya sekitar 50cm sehingga semeter lebih. Namun punpun sarang hanya sepanjang sekitar 5 inci sahaja.

Punpun dikatakan boleh bertahan lama dan kekal hidup jika betul cara penggunaan dan penyimpanannya. Haiwan ini perlu dielakkan terdedah kepada sinaran matahari atau terdedah kepada penghawa dingin kerana kulit haiwan ini akan kering dan seterusnya tidak mampu bertahan lama.

Kita juga boleh meletakkan ketulan ais dalam bekas simpanan untuk memastikan udara tempat simpanan kekal sejuk seperti dalam persekitaran sebenar haiwan tersebut.

Cara menggunakan punpun supaya tahan lama adalah memotong bermula dibahagian ekor terlebih dahulu. Kepala punpun dikatakan boleh kekal hidup selama 3 hari jika dijaga dengan betul.

Selain itu, punpun dikatakan mampu hidup lebih lama jika dikekalkan dalam persekitaran habitat asalnya iaitu lumpur basah.









Hit: 0 Laman Asal

Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/waktusolat/public_html/modules/mod_out/extract_main.php on line 66