Pada 23 dan 24 Februari 2019 yang lepas bersamaan 18 dan 19 Jamaldil akhir 1440, aku bersama Haji Fadzli (boss opis) telah membuat trip berdua memancing di Kelong Nazri Bagan Lalang.

Tempahan untuk kelong ini aku telah buat seminggu sebelum itu. Bayaran bagi naik ke kelong adalah sebanyak RM60 seorang. Aku juga telah memesan umpan umpun-umpun sarang dengan Tuan Haji Nazri bagi mengelakkan ketiadaan umpan. Umpan lain aku plan untuk apollo anak ikan di kelong sahaja.




Trip kali ini adalah pertama kali dalam hidup aku bagi pancingan di lautan lepas. Mungkin lepas ini lebih banyak trip akan menyusul.

Sebagai persediaan trip kali ini, aku telah beli khas life jacket di kedai TCE Tackles Bangi sebagai langkah keselamatan. Ibarat kata orang, sedia payung sebelum hujan. Baik bersedia sebelum bencana terjadi.


Life Jacket Jenama Tomman yang di beli dari TCE Tackels
Panduan kalau korang yang baca blog ini ingin beli life jacket, apa yang korang perlu tahu adalah beban berat korang disamping jacket tu berpadanan dengan saiz badan.

Aku juga telah sediakan peralatan memancing terbaik yang aku ada. Trip kali ini aku telah bawa 4 Set joran.


Kali ini aku telah bawa Joran 9 kaki rod tak ingat jenama dengan kekili Tokushima, joran 8 kaki Rod dan kekili Seahawk, Joran 6 kaki dengan rod xpuyu dengan kekili murah dan akhir set 5 kali rod terbaru dengan rod seahawk dan kekili jenama Tomman.

Aku dan Haji telah ambil trip jam 10 pagi. Kali ini aku ambil Haji di rumahnya di Nilai dan kami bergerak ke Bagan Lalang. Kami sempat singgah di kedai peralatan memancing Wei Ann Trading untuk beli umpun-umpun tambahan. Haji sempat beli topi memancing dan tali perambut semasa singgah di Wei Ann.

Haji tengah memilih topi memancing. Takut sun burn katannya
Dikedai Wei Ann nie terletak di Pekan Sungai Pelek. Kedai ini berada bersebelahan kedai makan dan berhampiran BSN. Kedai ini antara kedai pancing terawal yang dibuka pada hari itu. So korang boleh ke kedai ini untuk dapatkan umpan seperti udang atau umpun-umpun. Selain itu, terdapat pelbagai alatan pancing dijual. 
Umpun-umpun sarang. RM5 sebungkus
Murah tapi kualiti kurang la. Tak banyak umpun-umpun dapat

Tanda Arah ke Bagan Lalang

Kami telah sampai jam 8.30 di Jeti memandangkan pertama kali ke Kelong Nazri. Jeti untuk ke kelong berada bersebelahan dengan Restoran Terapung di Bagan Lalang. Berhampiran jeti juga ada pasar ikan. Kalau dah membangau boleh ler beli ikan untuk dibawa balik. Kenderaan korang boleh la di parkir di hadapan restoran terapung ni semasa trip memancing. Keselamatan insyaAllah terjaga.

Kawasan Parkir sekitar Jeti.
Restoran Terapung
Jeti ke Kelong
Tekong bot untuk ke kelong dikenali sebagai Faris, Faris sampai ke jeti jam 10.30 kerana telah ke lukut untuk beli umpan yang aku pesan. Perjalanan ke kelong dengan bot ambil masa 15 minit sahaja.


Terdapat satu keluarga turut serta bersama trip aku dengan Haji kali ini. Setelah kami sampai ke kelong, aku tanpa buang masa telah siapkan joran bagi mendapatkan lesen pertama.

Haji tengah setting alat setelah tengok aku setting set joran.
Sambil kita orang setting alat, faris sibuk betulkan struktur rumah rakit.
Kawasan bilik rehat
Hasil pertama 
Hasil pertama trip kali ini adalah ikan koperal nie. Nak bagi tau nama betul aku tak tau nama ikan nie. so sebab ada 2 line aku panggil ikan koperal ja la.

Aku ada juga memasang bubu ketam, tapi tiada hasil untuk bubu tersebut. Mungkin kerana faktor arus air terlalu laju menyebabkan tiada ketam yang ada di kawasan tersebut.

Genset padam. bergelap lah semasa subuh itu
Panorama pagi
Hasil pancingan
Hasil pancingan trip kali ini dapatlah
1 ekor ikan parang
1 ekor tanda
1 ekor malong
Ikan puput
ikan koperal
ikan gelama






















Hit: 0 Laman Asal