Pada 16 Februari 2019 yang lepas iaitu bersamaan 11 Jamaldilakhir 1440 saya telah pergi memancing di Jeti Wak Sempoh Bagan Lalang. Kali ini saya memancing secara solo kerana jeti ini tidak memerlukan saya bermalam dan hanya memancing dari jeti sahaja.

Walau nama tempat ini jeti, tapi binaan jeti seakan rumah rakit.

imej dari FB Rumah Rakit Memancing Jeti Wak Sempun
Tujuan utama trip kali ini adalah untuk mencuba jaring ketam keluaran abang Bens.

Imej dari FB: Bens
Walau aku tahu trip kali ini akan membangau kerana air agak laju, tapi aku pergi juga untuk mencuba. Hasil pancingan jaring ketam sangkutlah sekor ketam batu dengan gelama. gambar aku tak sempat snap kerana aku lepaskan balik kedua makluk alam tersebut.


Hit: 41 Laman Asal