Menyenggarakan harta bersama dengan sempurna Menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan Menginsuranskan bangunan terhadap kebakaran dan lain-lain risiko Menggunakan wang insurans bagi tujuan baik pulih kerosakan Mematuhi apa-apa notis atau perintah pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa awam untuk memberhentikan apa-apa kacau ganggu pada harta bersama atau membaiki harta bersama Menyediakan dan menyenggarakan daftar pembeli Mentadbir dan mengawal Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan Memastikan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit dan menyediakan penyata kewangan yang telah diaudit untuk makluman pembeli Membuka dan menyenggara Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund) Menguatkuasakan kaedah-kaedah dalaman (house rules) bagi tujuan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dengan sempurna Melaksanakan apa-apa tindakan yang perlu bagi tujuan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dengan sempurna Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan sekali pada setiap tahun dan Mesyuarat Agung Luar Biasa jika diperlukan
Hit: 4 Laman Asal