Kerajaan Negeri Melaka mempromosikan Melaka sebagai Bandar Teknologi Hijau.
Dalam erti kata lain, teknologi yang digunakan mestilah mesra alam.

Apa saja yang menyelamatkan alam sekitar sebenarnya menyumbang kepada teknologi ini.
Hatta berbasikal pun dikira penyumbang kepada usaha ini.
Namun kerajaan negeri Melaka gagal dalam melaksanakan usaha ini.
Asas teknologi hijau mestilah datang dengan pemeliharaan alam sekitar terutamanya hutan simpan.
Bagaimana nak buat Bandar Teknologi Hijau kalau alam sekitar dirosakkan.
Lihat saja apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri di Hutan Simpan Sungai Udang, Ayer Keroh dan di Bukit Senggeh. Pokok ditebang dan hutan digondolkan. Teknologi Hijau apa?
Bayangkan pokok gaharu yang ditebang dihutan ini dalam tempoh 5 tahun sebanyak 300 batang.
Melaka bukan negeri pembalakan. Kerajaan negeri benarkan hutan simpan dijadikan kawasan pembalakan ?
Asas membina teknologi hijau dengan memastikan alam sekitar tidak dirosakkan. Apa makna hutan simpan kalau pokoknya ditebang.
Bandar teknologi hijau adalah baik, tapi cara BN Melaka itu mengarut !
Hit: 0 Laman Asal