Hai Korang!!
Hari ini aku nak cerita pasal prosedur nak bawa kucing dari Semenanjung Malaysia ke Sabah. Entri ni wujud atas permintaan seorang hamba Allah yang banyak soalnya macam mana aku boleh bawa Poyot dan anak-anaknya ke Sabah. Poyot tu kucing kesayangan aku. Poyot tu Spesis kucing Bengal. Tapi takdelah bengap si Poyot tu. hehehe... Name-name anak si Poyot adalah Momot, Nenet dan Cokobie. Momot, Nenet dan Cokobie tu tak berbulu macam mak dia. Bulu mereka biasa-biasa je, tapi gebu lah jugak. Maklumlah, kacukan kucing kampung dengan Bengal. Sebab aku nak bawa mereka bersama aku adalah, takda siapa yang nak jaga mereka kat kampung. Adik aku dah sambung belajar kat KL. Jadi, risau lah kan, nanti takde sape nak bagi mereka makan.


Terus kepada Point utama, Prosedur nak bawa kucing-kucing ni memang agak rumit sikitlah. Tapi tak lah rumit mana pun kalau memang berhajat besar nak bawa kucing tu kan. Nak seribu daya, tak nak, duk diam-diam. Perkara pertama korang kena tahu adalah, HANYA / ONLY Malaysia Airlines (MAS) je yang ada perkhidmatan bawa Haiwan ni. Buat masa ni, Airasia tidak menyediakan perkhidmatan untuk bawa haiwan bersama. Kat Airasia NO PET! Okey!. Prosedur dari mula sehingga akhir adalah macam ni.
PERTAMA Korang kena bagi beberapa jenis vaksin kat kucing korang. Vaksin tu beli kat Farmasi yang ada jual benda tu atau paling senang korang pergi kat hospital klinik haiwanlah atau jabatan haiwan. Kos untuk vaksin tu dalam seratus lebih seekor jugalah. Bergantung kepada harga yang pihak klinik atau Farmasi tetapkan. 

KEDUA Lepas tu tanam Microchip kat haiwan korang. Benda ni boleh buat kat Jabatan haiwan. Microchip ni kecil je, lebih kurang besar macam beras. Bukan ape, nanti senanglah korang nak tahu tu kucing korang ke bukan. Microchip ni menyimpan data pasal kucing tu lah. Jadi takdelah sape-sape memandai nak ngaku tu kucingnya. Kosnya paling murah RM50 seekorlah.


KETIGA Dah siap-siap semua tu, bolehlah urus PERMIT IMPORT. Ingat!, permit import dulu yang kena urus!. Permit ni menunjukkan jabatan haiwan kat sabah membenarkan kita bawa masuk kucing tu ke Sabah. Permit ni urus kat Jabatan Haiwan negeri masing-masing. Permit ni sah sehingga 60 hari dari tarikh ianya di keluarkan. Maknanya korang boleh guna 2 bulan permit ni. Kos dalam RM5 je atau lebih, bergantung kepada Jabatan Haiwan yang korang pergi tu lah.
KEEMPAT Seterusnya buat pengesahaan kesihatan. Pengesahaan kesihatan ni boleh dibuat di jabatan Haiwan atau klinik Haiwan yang bertauliah. Maksudnya, jangan main hentam je pergi kat klinik haiwan tu. Surat pengesahan kesihatan tu penting untuk urus permit eksport. Kos medical Check Up tu dalam RM70 seekor.  Perlu diingat, surat pengesahaan kesihatan tu sah dalam 48 jam je. Sebab tu, korang rasa-rasa nak jalan dah baru korang urus surat tu.
KELIMA Kalau tahap kesihatan kucing tu dibenarkan untuk di naik kapal terbang, baru lah korang boleh urus PERMIT EKSPORT. Permit ni kena urus kat jabatan haiwan negeri korang nak eksport tu. macam aku nak eksport ke Sabah. Jadi aku hubungi kawan aku kat sabah minta dia tolong. Then, aku fax Permit eksport dan surat pengesahan kesihatan kat dia. Sebab benda tu perlu ditunjukkan semasa isi permit eksport. Dah dapat permit eksport, dia fax lah kat aku permit tu. Mudah sikit lah urusan kalau ada yang boleh tolong kan. Tapi kalau korang takde sape yang boleh diharapkan, korang boleh berbincang dengan Jabatan haiwan negeri korang. Mudah je tu.
Next.... Selesai 5 perkara dan dah ada 3 kertas penting, iaitu, PERMIT IMPORT, SURAT PENGESAHAN KESIHATAN, dan PERMIT EKSPORT, bolehlah korang berlenggang bawa kucing pergi airport. Pilihlah Travel Carrier yang cun-cun dan selesa buat kucing korang. Pilih cage yang cantik-cantik dah berkunci, takut terlepas kucing tu, naya je riuh kat airport tu. korang boleh check in macam biasa. Berat kucing tu termasuk dalam berat luggage atau kalau beg korang banyak, kenalah timbang kucing tu lain-lain, caj sekilo RM15. Kucing tu akan diletakkan ditempat yang selamat untuk haiwan. So, korang duduk sit penumpang macam biasalah. Dah selamat mendarat, macam biasa ambil beg tempat biasa, manakalah kucing-kucing tu tuntut kat Seksyen Kuarantin Haiwan. Bayar Rm30 kat sana.
Dah selesai... akhirnya Poyot Famili dah jadi rakyat negeri sabah buat sementara waktu. Jadi bolehlah mereka belajar bahasa etnik-etnik sabah ni..
ANGGARAN KOS UNTUK SEEKOR KUCING ADALAH = RM200- RM300.
Hit: 0 Laman Asal