Belanjawan Negara Belanjawan Negara bermaksud satu anggaran yang dibuat oleh kerajaan mengenai hasil dan perbelanjaannya untuk satu tahun yang akan datang.
Sumber hasil kepada kerajaan datangnya daripada kutipan hasil cukai. Hasil cukai ini terbahagi kepada Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai.  Hasil Cukai
Terbahagi kepada 2 iaitu:-
Cukai Langsungbermaksud cukai langsung dibayar secara langsung oleh individu atau institusi berkenaan dan beban cukai langsung tidak boleh dipindahkan kepada orang lain.
-Cukai Langsung terdiri daripada:- cukai pendapatan perseorangan - dikenakan pada pendapatan perseorangan cukai pendapatan syarikat - dikenakan pada syarikat sdn bhd dan syarikat bhd cukai pendapatan petroleum - dikenakan pada syarikat petroleum yang beroperasi di Malaysia cukai pendapatan koperasi - dikenakan ke atas semua koperasi di Malaysia cukai-cukai langsung lain seperti duti setem, cukai keuntungan hartanah, cukai tanah dan cukai pintu
Cukai Tidak Langsungbermaksud cukai yang dikenakan ke atas barangan dan dibayar secara tak langsung oleh pengguna. Beban cukai tidak langsung boleh dipindahkan sebahagian atau kesemua beban cukai berkenaan oleh pihak yang membayar kepada pihak lain.-Cukai Tidak Langsung terdiri daripada:-duti import - cukai yang dikenakan ke atas barangan import tertentu dari luar negara duti eksport - cukai yang dikenakan ke atas komoditi utama yang dieksport duti eksais - cukai yang dikenakan ke atas barangan keluaran tempatan untuk pasaran dalam negeri cukai jualan - cukai yang dikenakan ke atas barang akhir atau barangan yang hendak dijual kepada para pengguna cukai perkhidmatan - cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh hotel, restoran dan sbgnya cukai tidak langsung lain - cukai perjudian
Hasil Bukan CukaiHasil bukan cukai seperti hasil sewa rumah-rumah kerajaan, royalti daripada syarikat petroleum, pendapatan daripada pelaburan, selain hasil pengeluaran lesen dan permit termasuk bayaran denda.
Perbelanjaan Kerajaan terbahagi kepada 2 komponen iaitu:-1. Perbelanjaan Mengurus2. Perbelanjaan Pembangunan
Perbelanjaan Mengurusmerupakan perbelanjaan semasa yang ditanggung oleh kerajaan pada setiap tahun bagi memastikan pengurusan & dan pentadbiran kerajaan berjalan lancar.Perbelanjaan mengurus terbahagi kepada 7 komponen iaitu:-a) Emolumen - perbelanjaan bagi pembayaran gaji & elaun kakitangan kerajaan.b) Bayaran Khidmat Hutang - bayaran balik pinjaman sama ada hutang dalam negeri ataupun luar negeri.c) Bekalan & Perkhidmatan - membeli segala bekalan keperluan dan bahan yang digunakan oleh pentadbiran kerajaan.d) Pencen & Ganjaran - bayaran kepada kakitangan awam yang bersara.e) Pemberian & Serahan Kepada Kerajaan Negeri - peruntukan di bawah sektor bayaran pindahan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri.f) Perbelanjaan lain - pemberian subsidi, pemberian kepada badan berkanun dll.
Perbelanjaan Pembangunanperbelanjaan yang melibatkan perbelanjaan terhadap projek sosial ekonomi yang akan meningkatkan tingkat sosio ekonomi dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.Perbelanjaan pembangunan terbahagi kepada 4 sektor iaitu:-a) Keselamatan - pertahanan & keselamatan dalam negerib) Perkhidmatan Sosial - bina sekolah, hospital, poliklinik dsbgnyac) Perkhidmatan Ekonomi - kemudahan awam, pengangkutan dsbgnyad) Pentadbiran Am
Tujuan Belanjawan Negarabertujuan untuk membiayai aktiviti kerajaan persekutuan, mewujudkan kestabilan ekonomi dan pembangunan negara.
Jenis-jenis Belanjawan Negara1. Belanjawan Seimbang- hasil kerajaan = perbelanjaan kerajaan2. Belanjawan Lebihan- hasil kerajaan > perbelanjaan kerajaan3. Belanjawan Defisit- perbelajaan kerajaan > hasil kerajaan
Inflasi bermaksud sebagai suatu keadaan apabila tingkat harga umum naik secara berterusan dan tidak terhad.
Kemelesetan ekonomi berlaku apabila keluaran negara menurun secara berterusan dan kadar pengangguran meningkat untuk jangka masa panjang.


Cara Belanjawan Negara Mengatasi Inflasi
a) Menaikkan kadar cukaib) Mengurangkan perbelanjaan kerajaanCara Belanjawan Negara Mengatasi Kemelesetana) Mengurangkan kadar cukaib) Menambahkan perbelanjaan kerajaan


Hutang Negara merupakan pinjaman kerajaan persekutuan sama ada dari sumber dalam negeri atau luar negara untuk membiayai sebahagian daripada perbelanjaan pembangunan kerajaan.
Sumber Pinjaman Kerajaan terbahagi kepada 2 iaitu:-1. Sumber Pinjaman Dalam Negeri2. Sumber Pinjaman Luar Negara
Sumber Pinjaman Dalam NegeriSekuriti Kerajaan / Surat Jaminan Kerajaan Bil Perbendaharaan Sijil Pelaburan Pinjaman Lain Sumber Pinjaman Luar NegaraPinjaman Pasaran Pinjaman Projek Kredit Pembekal Tujuan Pinjaman KerajaanMenampung kekurangan hasil kerajaan Membiayai pembangunan ekonomi Membiayai kelewatan kutipan hasil cukai Pengagihan pendapatan melalui projek tertentu

Kelebihan Meminjam dari Sumber Dalam Negeri berbanding Sumber Luar Negara
Tidak dipengaruhi oleh perubahan kadar pertukaran asing Tidak melibatkan pengaliran keluar wang Lebih mudah dan fleksibel Kadar faedah lebih rendah
Hit: 0 Laman Asal