1. PENDAHULUAN Peranan media massa dan komunikasi dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme ditiup oleh media massa dan komunikasi membangkitkan semangat menentang penjajah. Bermula dari era tersebut media massa dan komunikasi memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur. Dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan, media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan masyarakat Malaysia. Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wujudnya “Teknologi Maklumat”. Internet digunakan dengan meluas dinihari ini kerana kebolehannya memberikan maklumat yang cepat dan padat walaupun maklumat itu belum pasti kesahihannya.             Facebook merupakan salah satu hasil ciptaan dalam perkembangan dunia teknologi hari ini yang digunakan dalam teknologi internet. Facebook adalah salah satu media perhubungan sosial yang sangat terkenal .Melalui Facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Pengguna Facebook boleh mempamerkan apa sahaja yang mereka ingin orang lain tahu berkenaan diri mereka di laman Facebook seperti tarikh kelahiran, hobi, matlamat masa hadapan dan banyak lagi.             Namun, perlulah diketahui bahawa, Facebook juga boleh membawa keburukan kepada penggunanya sekiranya pengguna Facebook itu sendiri tidak pandai menggunakan dan memanfaatkan laman sosial Facebook kearah yang lebih baik. Justeru itu, kertas kerja ini cuba untuk mencari  sejauh mana kebaikan Facebook itu diperolehi dan bagaimana  keburukkan Facebook pada masa kini boleh terjadi, dan perlukah ia terus digunakan untuk dimanfaatkan bagi masyarakat atau diharamkan bagi mengelakkan salah guna oleh sebahagian masyarakat khususnya masyarakat di Malaysia.

2. KELEBIHAN FACEBOOK Setiap perkara yang berlaku di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya, ada hitam dan putihnya. Kebaikan dan keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat lumrah ke atas tiap sesuatu yang berlaku. Begitulah juga halnya dengan Facebook, sebuah laman web sosial yang sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini terutama golongan remaja.             Dalam kajian juga ada menyatakan bahawa, Facebook telah digunakan untuk beberapa perkara dan terdapat lapan motif yang di kenal pasti oleh pelajar dalam menggunakan Facebook iaitu mengekalkan hubungan, meluangkan masa, menyertai komuniti maya, menghiburkan, merasa hebat, mencari teman, pendedahan diri dan mencari maklumat (Mohd Zaidi Mahmud dan Bahiyah Omar 2013: 16). Facebook adalah sebuah laman web sosial yang mampu menganjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan kaedah yang betul. Dengan adanya facebook jaringan sosial rakyat di seluruh negara semakin luas.Penggunaan Facebook ini digunakan setiap lapisan masyarakat termaksudlah ahli korporat dan tokoh-tokoh yang terkenal di Malaysia. Contohnya, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib pun mempunyai Facebook khabarnya sudah mempunyai hampir tiga puluh ribu orang rakan dan telah ramai rakyat di Malaysia yang mempunyai Facebook.  Penggunaan Facebook juga boleh membantu mencari kenalan-kenalan lama yang telah lama hilang, malah pengguna juga boleh menambah kenalan baru. Hubungan persahabatan antara teman-teman sama ada di sekolah, universiti, kolej ataupun di tempat kerja akan lebih erat. Ada juga individu yang menggunakan Facebook untuk mencari pengaruh, menambh kenalan dari serata ceruk dunia, mengiklankan perniagan, membuka kelab peminat, berkomunikasi dan berkongsi maklumat. Facebook juga menjadi tempat untuk memajukan sesuatu empayar perniagaan maya di seluruh dunia. Sebagai contohnya, melalui Facebook pengguna boleh memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikat mereka atau perniagaan kepada rakan-rakan dalam talian Facebook, kemudian rakan-rakan pula akan memberitahu rakan-rakan mereka yang lain melalui tag iklan. Dengan Facebook apa-apa promosi dapat dilakukan dengan cepat. Penggunaan Bahasa Inggeris juga memudahkan hubungan komunikasi antara rakan di seluruh dunia. ia juga dapat meningkatkan kemahiran dalam berbahasa Inggeris. Setiap kali kita masuk ke laman Facebook, bahagian halaman utama akan memberikan kita apa yang terbaru tentang sesiapa sahaja yang telah menjadi rakan kita. Jadi kita akan dapat mengetahui setiap apa yang rakan kita lakukan. Jadi, hubungan antara persahabatan ini akan terus wujud dan tidak terputus. Setiap yang terbaru tentang diri kita juga akan dipaparkan di laman utama Facebook ini. Dengan kemampuan ini, penyebaran berita ke Facebook menjadi lebih mudah dan berkesan kerana semua rakan kita akan membacanya. Jika mereka menemukan sesuatu yang menarik mereka akan memberikan aksi atau respon, maka aksi atau respon mereka tersebut akan terlihat juga kepada setiap laman Facebook mereka. Kita juga boleh mengetahui tentang tempat-tempat yang kita tidak pernah pergi dengan bertanya kepada rakan dalam Facebook. Atau ingin mencari hotel atau kediaman di sesuati tempat yang menarik pasti ramai yang akan memberi respondan cadangan yang menarik. Melalui Facebook juga kita boleh mendapatkan khidmat rundingan dan kaunseling jika mempunyai sebarang masalah. Pasti ahli-ahli panel yang pakar motivasi akan memberikan kaunseling yang boleh digunakan dan dijadikan panduan dalam kehidupan.  Banyak permainan yang terdapat di dalam Facebook yang boleh menghilangkan rasa bosan atau tidak tahu untuk melakukan sesuatu, pengguna boleh bermain game secara online. Sememangnya ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menghilangkan rasa bosan dan sunyi. Selain itu, Facebook dapat memperbaiki hubungan persahabatan yang telah renggang. contonhya, Datuk Dr. Awang Adek yang mahu menggunakan laman sosial ini untuk menarik kembali rakyat Kelantan kepada UMNO sekali gus menawan semula Kelantan. Berikut ialah perician yang lebih dalam terhadap kelebihan Facebook masa kini: 2.1 Alat Perantara untuk Perniagaan Facebook sebagai alat perantara untuk perniagaan. Ia mudah untuk mendapatkan target pasaran. Oleh itu, apabila kita ingin menyebarkan tentang barangan terbaru atau membangunkan perniagaan, iainya amat mudah. Ini kerana Facebook menjadikan komunikasi tanpa henti kerana setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan rakan kita. Dalam sehari jutaan pengguna Facebook akan melihat apat yang terbaru dalam halaman utama Facebook mereka. Jadi kesempatan tersebut boleh digunakan untuk mempromosikan barangan terbaru kita. Jumlah rangkaian akan mudah bertambah dari setiap minit selepas kita mengemaskini laman peribadi dan memaparkannya di halaman utama Facebook. Selain itu, perniagaan di alam maya ini juga menjimatkan kos yang terpaksa di tanggung oleh perniaga. Contohnya, kos pengiklanan, kos talian (telefon) dan sebagainya. Dengan cara ini, dapat membawa lebih keuntungan kepada para peniaga. Langkah yang paling berkesan untuk mempromosikan jualan kita di Facebook ialah, kita mesti terus menerus berkongsi sesuatu di Facebook sekurang-kurangnya sekali sehari. Ini bagi memastikan kita ‘visible’ pada diri rakan-rakan di Facebook. Kalau sekejap timbul sekejap tenggelam,orang tidak akan ingat siapa kita. Utamakan kandungan berbanding mempromosi semata-mata. Dengan banyak memasukkan info seperti di bahagian status, rakan-rakan di Facebook akan sedar akan kewujudan kita. Daripada itu, Elakkan promosi berlebih-lebihan di Facebook kerana ia tidak membantu bisnes untuk jangka masa yang lama. Hal ini kerana, Facebook adalah tempat membina dan mengembangkan jenama (bisnes). Kurang sesuai untuk menjual semata-mata. 2.2 Medium Menambahkan Ilmu Pengetahuan Dengan rangkaiannya yang begitu meluas dan pantas, Facebook memang sangat baik digunakan untuk dakwah mengembangkan Islam, promosi perniagaan atau mencari pengaruh serta lain-lain hal yang wajar. Jadi, kepada pendakwah, penulis, sasterawan, wartawan, peniaga dan yang seumpama dengannya manfaatkanlah jaringan maya di internet dengan sebaik mungkin. Pengguna Facebook boleh saling bertukar-tukar pandangan dan idea di samping menambah ilmu pengetahuan Suasana pembelajaran secara sihat boleh diwujudkan melalui Facebook ini melalui perbincangan, forum atau isi yang menarik yang boleh dibicangkan bersama rakan-rakan. Seperti dalam pengertian agama, dakwah sendiri sering diertikan bagaimana mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan keburukan. Ajakan secara konvensional, seperti yang kita fahami sering melalui ceramah-ceramah agama, mahupun ceramah yang dilakukan juru agama di masjid-masjid. Seiring perkembangan teknologi komunikasi yang tak terbendung lagi, maka aktiviti syiar pun berkembang mengikut perkembangan zaman. Saat ini, melalui apa yang disebut jejaring media, Facebook adalah salah satunya (Yanuardi Syukur 2009). Melalui Facebook juga, kita boleh mencari rakan yang mempunyai minat yang sama dan bertukar-tukar pandangan. Contohya kita berminat untuk berbincang mengenai kegemaran bermain futsal. Jadi kita boleh membuka satu kumpulan “pemain futsal ”. Dari kumpulan itu, kita akan memperolehi pelbagai info yang menarik tentang bermain futsal yang baik. Ini akan dapat menambahkan lagi pengetahuan tentang bermain futsal ini. Penggunaan Facebook ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran dan menambah ilmu pengetahuan kepada mahasiswa apabila ia dijadikan saluran untuk sesuatu perbincangan atau forum yang berkait dengan akademik atau menjadi saluran untuk menukar ilmu pengetahuan dengan kawan luar negara. Dapat mengetahui sesuatu informasi tanpa perlu kita mencarinya. Sebaliknya ia dikongsi oleh rakan-rakan di Facebook. Mungkin berkaitan kejadian semasa, berita, tip, panduan dan lain-lain lagi.Contohya untuk mengetahui tentang sesuatu budaya atau cara hidup mereka. Sememangnya kita boleh mencari maklumat tersebut di laman sesawang, seperti google namun apabila kita dapat berbual secara online dan bertanya kepada rakan di luar negara kita secara terus, sememangnya ia lebih berkesan dan menarik. Kita dapat mengetahui pengalaman mereka sendiri dan lebih banyak perkara yang kita akan ketahui. 2.3 Mewujudkan Hubungan Satu Malaysia Apa yang kita sedia maklum, telah wujud Facebook untuk kumpulan satu Malaysia. Selain politik, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kegemaran yang membara iaitu Facebook. Seperti jutaan manusia di seluruh dunia, Datuk Seri Najib telah menyertai rangkaian laman web sosial untuk berhubung dengan orang ramai, terutama sekali pengundi Malaysia, dengan harapan untuk merapatkan jurang politik antara generasi lama dan muda. Datuk Seri Najib bercakap dengan penuh mesra mengenai Facebook walaupun beliau jarang berkesempatan untuk melayarinya tetapi ia telah dikendalikan satu pasukan yang kerapkali mengemaskini laman itu, yang menurutnya kini mempunyai 80,000 peminat. Datuk Seri Najib pernah memberitahu dengan New Delhi Television (NDTV), semasa lawatannya ke Chennai, bahawa mahu menjemput kesemua mereka minum teh dengannya tetapi bilangan itu terlalu besar. Mungkin dengan beberapa ratus orang pada satu-satu masa tertentu. Menurut Datuk Seri Najib “Malaysia ialah satu generasi baru, bukan penyandang beg lama. Kita perlu sesuaikan dengan keadaan, mereka tidak mahu melihat kita sebagai ahli politik yang keletihan. “Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi celik IT (teknologi maklumat)”. Itulah jawapan yang ceria Datuk Seri Najib berkongsi pendapatnya mengenai kempen Facebooknya, satu perubahan dalam jawapan rutinnya yang diselitkan dengan politik. Facebook, dengan 350 juta pengguna terus meningkat sebagai alat rangkaian sosial yang hebat di seluruh dunia, dan sebagai ahli politik berpengalaman, perdana menteri kini bertumpu kepada digital berkelajuan tinggi untuk menghubungkan rakyat Malaysia pada amnya. Pada umumnya rakyat Malaysia adalah ramah dan ikhlas, kita mesti mempunyai hubungan peribadi yang baik untuk bergerak ke depan,” beliau memberitahu penembual NDTV dalam satu temubual ekslusif. Najib mengakhiri temubual itu dengan berkata para pemimpin perlu menyedia hala tuju politik kepada orang ramai terutama kepada generasi muda dalam usaha untuk bergerak ke arah abad 21 yang penuh cabaran (The Malaysia insider, 2010). Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia juga telah mewujudkan Facebook Group 1 Malaysia sebagai tanda sokongan rakyat terhadap gagasan 1 Malaysia. Untuk makluman penggunaan facebook di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah berleluasa sejak tahun 2008 lagi. Facebook menjadi satu platform utama untuk bersosial dalam kalangan pegawai dan staf KPKK selepas digalakkan penggunaanya oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan. Tujuan utama adalah untuk memberikan peluang kepada semua staf KPKK untuk berinteraksi dengan Ketua Pengarah dan pegawai atasan tanpa sebarang kekangan terutama berkenaan masalah yang dihadapi di peringkat bawahan. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan juga mahukan setiap Pengarah negeri diwajibkan mempunyai akaun Facebook bagi memudahkan interaksi dengan semua pihak terutamanya dengan HQ KPKK (Oficial Portal, 2009). Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia marilah kita menyahut seruan Malaysia dengan menjadi rakan dalam Facebook 1 Malaysia. 2.4 Membina dan Berkongsi Nota Selain daripada itu, Facebook juga digunakan untuk membina dan berkongsi nota kuliah. Nota dalam Facebook adalah sama konsepnya dengan blog. Ia boleh ditulis secara berkata seperti jurnal atas talian(blog)yang lain. Kita boleh setkan aras privasi untuk menentukan siapakah yang boleh membacanya.(Iskandar & Zaitun,2010).Malah, jika kita seorang pelajar, kita juga boleh berkongsi nota dengan rakan-rakan dalam rangkaian ini. Cara ini lebih menjimatkan masa dan kos. Di Universiti Malaysia Sabah, juga ada sesetengah pensyarahnya menggunakan kemudahan ini. Contohnya bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Dunia (TITAS),pensyarah akan mengepostkan nota ringkas untuk lebih kefahaman pelajarnya. Malah, pensyarahnya juga sudi berkongsi pengetahuan yang di miliki  dengan pelajarnya. Ini merupakan cara berkesan meningkatkan pengetahuan para pelajar dan cara ini juga dapat menarik minat pelajar keatas subjek ini. Hal ini kerana, boleh dikatakan para mahasiswa leboh suka membaca nota secara online berbanding membuka buku. Seterusnya, penggunaan Facebook secara berhemah mampu membantu mahasiswa maju setapak lagi. Suasana pembelajaran dapat diterapkan dengan mengeluarkan pelbagai pendapat dan bertukar-tukar pendapat yang membina bagi isu- isu yang dibincangkan oleh mahasiswa itu sendiri. Dengan itu, secara tidak langsung perbincangan antara mahasiswa telah pun berlaku. 2. 5 Medium Menyebarkan Dakwah Golongan belia sinonim dengan tenaga dan minda kreatif serta inovasi. Kelebihan itu andai dipacu dengan penuh hikmah ke jalan dakwah, pastinya menghasilkan impak hebat dan bermanfaat untuk agama serta masyarakat.Usaha dakwah memerlukan momentum dan kepakaran tenaga muda. Maka golongan muda yang sudah melalui proses tarbiah seharusnya diberikan peluang berada dalam barisan mengembangkan syiar Islam. Untuk itu, golongan belia tidak perlu berasa rendah diri dan hendaklah bijak mengaplikasikan kemahiran dimiliki untuk menyumbang ke arah memperkasa usaha dakwah.(Ruzain,2010) Penemuan bidang baru seperti teknologi maklumat, perniagaan, penyiaran dan penulisan seharusnya menjadi medan dakwah yang terus disuburkan oleh golongan belia. Kewujudan Faceboook member peliang untuk golongan muda untuk berdakwah walaupun hanya sekadar kecil-kecikan. Antara contoh yang boleh di gunakan ialah memasukkan aplikasi dan perisian jawi, bahasa Arab berbentuk permainan dan kuiz dalam talian boleh direka cipta bagi menambah nilai pengajaran pendidikan Islam. Selain itu, para remaja juga boleh menjalankan perniagaan seperti penjualan buku dakwah melalui laman Facebook. Cara ini juga merupakan langkah awal  bagi proses pengembangan ilmu yang boleh berkembang dengan pantas dan meluas. Peluang dakwah dalam bidang kesenian turut terbuka luas untuk belia. Kemudahan muat turun video kedalam profil yang berunsur kesenian Islam perlu diperluas bagi menyaingi kebanjiran video-vidoe dari barat terutamanya yang semakin meluas dan di gilai oleh para belia.
2.6 Memanfaatkan Sebaran bagi Badan Bukan kerajaan Alam Sekitar Kajian juga ada dibuat bagaimana jaringan sosial Facebook boleh digunakan untuk menyampaikan mesej alam sekitar oleh Badan Bukan Kerajaan Alam Sekitar (ENGO) di Malaysia kepada masyarakat umum. Dimana laman jaringan sosial Facebook ini mampu menjadi perantara bagi ENGO dalam menyampaikan mesej alam sekitar terhadap masyarakat. Ini kerana, dalam organisasi ENGO yang kebanyakannya memperjuangkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, penggunaan medium laman jaringan sosial Facebook adalah amat efisyen bagi membantu mereka menyampaikan mesej dan maklumat alam sekitar kepada masyarakat. Penggunaan Facebook sebagai perantaraan bakal menggundang pelbagai maklumat seperti aktiviti dan kempen kesedaran yang dapat disalurkan kepada masyarakat dengan lebih mudah melalui aplikasinya yang disediakan dalam laman berkenaan (Jauhariatul Akmal dan Jamilah Ahmad t.th: 163). Secara keseluruhannya pendekatan yang digunakan oleh organisasi ENGO dalam mengumpul dan menyebarkan maklumat adalah melalui dua kaedah iaitu pendekatan secara tradisional dan pendekatan baru melalui penggunaan laman jaringan sosial Facebook. ENGO sememangnya telah melakukan satu anjakan paradigma apabila memilih untuk menggunakan media baru seperti laman jaringan sosial Facebook ini dalam organisasi mereka. Namun ia masih perlu dipertingkatkan kerana ada sebahagian ENGO yang masih mempraktikkan medium tradisional seperti mengedarkan bahan bercetak seperti majalah bulanan, brosur, risalah dan sebagainya dari menggunakan Facebook. Keadaan ini menunjukkan bahawa penggunaan laman jaringan sosial Facebook masih belum digunakan secara menyeluruh oleh organisasi ENGO terbabit(Jauhariatul Akmal dan Jamilah Ahmad t.th: 175).
ENGO mempunyai tanggungjawab menjalankan peranan mereka dalam mendedahkan publik terhadap isu alam sekitar dalam usaha menyampaikan maklumat sekali gus memupuk kesedaran dalam kalangan pengguna. Walaupun usaha untuk memupuk kesedaran publik terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bukanlah sesuatu yang senang, namun ENGO yang sememangnya memperjuangkan isu alam sekitar ini perlu tampil dengan pelbagai langkah baru, kreatif dan menarik dalam merangka perancangan yang rapi, pelaksanaan aktiviti penuh teliti dan bijaksana untuk merealisasikan hasrat murni menjadikan alam sekitar kekal terpelihara itu tercapai(Jauhariatul Akmal dan Jamilah Ahmad t.th: 177).
Oleh itu, kesediaan kebanyakan organisasi ENGO untuk meningkatkan tahap penggunaan Facebook pada masa akan datang jelas menunjukkan ia bakal  memberikan maklumat bermanfaat kepada publik sekali gus memenuhi sebaran maklumat dan kesedaran alam sekitar kepada masyarakat. Namun, dapat dikatakan bahawa dalam laman jaringan sosial Facebook, keupayaan organisasi menyalurkan sebanyak mungkin maklumat bermanfaat berkaitan agenda organisasi di samping misi dan visi organisasi adalah amat penting(Jauhariatul Akmal dan Jamilah Ahmad t.th: 178).
3. KEBURUKAN FACEBOOK Facebook memiliki banyak manfaat, juga bahaya. Seperti pisau yang mempunyai banyak manfaat kalau dipakai oleh penjual daging, namun boleh menjadi alat kejahatan jika dipakai orang yang tidak bertanggungjawab. Begitu diperkenalkan ke umum, status  laman sosial Facebook langsung menjerat hati jutaan penggemarnya. Media sosial ini dicintai karena memungkinkan seseorang berhubungan kembali dengan teman lama dari sekolah atau perguruan tinggi tanpa harus bertemu muka ( Belicove Mikal. Joe Kraynak, 2011: 45 ). Namun begitu, Facebook juga mengandungi bahaya dan keburukannya yang tersendiri. Orang yang mempunyai niat cenderung untuk memanfaatkan keburukan itu di media apa pun, tidak terkecuali dalam Facebook. Orang yang sering merasa dirinya kesepian juga punya potensi untuk tidak terkendali dal ber-Facebook. Dalam  kehidupan yang realiti, ada sahaja kes pengguna Facebook  yang meninggalkan aktiviti wajibnya, pekerjaan, kerana asyik bermain Facebook. Adapun bahaya dari Facebook antara yang lain sebagai berikut : 3.1 Ketagihan. Banyak dari Facebook( pengguna Facebook ) yang lebih dari satu jam di depan komputer , laptop ataupun telefon kerana asyik berbalas komen atau berbual, mereka menjadi lupa pada waktu. Seorang ibu pernah berkata, “saya rasa susah hati jika tidak ganti status di facebook.”  Status-status yang ada di facebook itu adalah sebagai untuk mengungkapkan apa yang kita rasakan. Oleh itu, kerana ingin didengar oleh orang lain, maka statusnya harus selalu diperbaharuinya, hati menjadi resah. Jika ini terjadi pada anda, bererti anda harus hati-hati : anda sedang ketagihan Facebook ( Yanuardi Syukur, 2011, 19-21 ).  3.2 Kelalaian  Kelalaian ini boleh pelbagai disebabkan kerana menganggap bahawa account Facebook yang dibuatnya sebagai miliknya, sehingga mahu bagaimanapun isinya, itu “ adalah hak saya “. Maka, kerap juga ada seorang perempuan yang selalunya berjilbab, namun kemudian juga menghantar fotonya tanpa jilbab. Alasannya, “ ini kan hak saya!” selain itu, kita juga menemukan ada yang berkomen tentang rahsia, bahkan berbicara dengan lucah yang mungkin tidak dilakukannya dalam kehidupan sehari-hari kerana menganggap bahawa Facebook hanya dunia maya, orang menganggap dia boleh bagi komen apa sahaja, lupa bahawa komennya juga akan dibaca oleh orang lain, yang pastinya akan menunjukkan keaiban dirinya yang sebenar. Ketika mereka sibuk dengan Facebook mereka lupa dengan akhirat( Yanuardi Syukur, 2011, 19-21 ).  . Seperti mana Firman Allah S.W.T : tbqßJn=ôètƒ #\Îg»sß z`ÏiB Ío4quŠptø:$# $u‹÷R‘‰9$# öNèdur Ç`tã ÍotÅzFy$# ö/ãf tbqè=Ïÿ»xî ÇÐÈ “Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat (Ar-Rum;30: 7 ) 3.3 Mengganggu Pekerjaan. Akibat daripada ketagihan adalah mengganggu pekerjaan. Pekerjaan terkumpul, namun kerana keasyikan ber- Facebook, akhirnya seseorang itu terlupa tentang kerjanya. Ada kes seorang kakitangan pejabat memohon cuti kerana sakit. Namun, kemudian ternyata dia online di Facebook. Akhirnya, dia pun dianggap telah berbohong dan dipecat. Maka di sini seseorang itu rugi dalam menggunakan masa dia. Dia tidak komitmen pada kerja dan juga tidak mengendahkan nasihat orang yang menasihatinya( Yanuardi Syukur, 2011, 19-21 ).   Seperti mana Firman Allah: ÎŽóÇyèø9$#ur ÇÊÈ   ¨bÎ) z`»|¡SM}$# ’Å"s9 AŽô£äz ÇËÈ   žwÎ) tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏJtãur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# (#öq|¹#uqs?ur Èd,ysø9$$Î/ (#öq|¹#uqs?ur ÎŽö9¢Á9$$Î/ ÇÌÈ   “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.” (Surah Al-Ashr: 103: 1-3 ). 3.4 Aplikasi Facebook Membahayakan Privasi
Berhati-hatilah dalam memakai aplikasi Facebook karena aksi ini memungkinkan pihak pengembang aplikasi untuk melihat profile seseorang secara keseluruhan termasuk apa yang telah di hantar. Ada kemungkinan mereka menyebarkan info spengguna Facebook tersebut kepada pihak lain. Bukan hanya privasi pengguna Facebook sahaja, tetapi privasi teman mereka juga \ akan menghadapi risiko besar( Yanuardi Syukur, 2011, 19-21 ).  Seperti Firman Allah S.W.T : !$£Jn=sù öNßg8pgUr& #sŒÎ) öNèd tbqäóö7tƒ ’Îû ÇÚö‘F{$# ÎŽötóÎ/ Èd,ysø9$# 3 $pkš‰r'¯»tƒ â¨$¨Z9$# $yJ¯RÎ) öNä3ãŠøót/ #’n?tã Nä3Å¡àÿRr& ( yì»tG¨B Ío4qu‹ysø9$# $u‹÷R‘‰9$# ( ¢OèO $uZø‹s9Î) öNä3ãèÅ_ótB Nä3ã¤Îm7t^ãZsù $yJÎ/ óOçFZä. šcqè=yJ÷ès? ÇËÌÈ  “Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka dengan serta-merta merebakkan perbuatan derhaka di bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri. (dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (bagi sementara); kemudian kepada Kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa yang kamu telah lakukan.(Al-Mu’minun:10: 23 ) 3.5 Username Juga Membahayakan Dan Juga Menyebarkan Lokasi boleh Mendatangkan Risiko.  Jika tidak ingin scammer melacakmu via username, sebaiknya tidak perlu menggunakan nama asli. Jangan member tahu tempat sesorang itu berada di Facebook karena ini boleh mendatangkan risiko. Pencurian rumah atau pengintaian (cyberstalking) boleh terjadi ketika kamu memberitahukan lokasi di mana kamu berada ( Syarifah Mastura;1997; 68 ). Ramai orang mengaku ketagih Facebook. Terbukti facebook dapat mengundang 10 bahaya jika tidak berhati-hati. Sebelu kita huraikan bahaya tersebut ternyata Facebook juga banyak manfaatnya jika bijak menggunakannya. Antara lain manfaat positif telah diakui banyak pengguna Facebook telah berhasil menemui kembali rakan lama yang terputus hubungan sehingga berpuluh tahun. Kini menjadi medium iklan yang hebat dan berkesan baik itu iklan bisnis mahupun iklan sebagai alat kampanye politik. Ada juga yang manfaatkan sebagai media dakwah Islamiah seperti di Malaysia tercatat antara lain paling populer Ustaz Kazim Ilyas al hafiz dan Ustaz Azhar Idrus ( Hamzah Hamdani; 1982; 53 ). Kita melihat keberkesanan media Facebook telah berhasil menghimpunkan jutaan penunjuk perasaan di kota metropolitan Kairo yang mendesak turunnya diktator Hosni Mubarak. Namun sebelum itu presiden Amerika Serikat Barrack Obama merupakan presiden yang pertama mencapai kejayaan menggunakan Facebook sebagai medium urusannya( Hamzah Hamdani; 1982; 53 ). Seperti yang sebelum ini juga Obama juga mengatakan Facebook ada bahayanya dan juga beliau memgingatkan remaja-remaja Amerika supaya berwaspada bila ber-Facebook. Kata beliau “ saya peringatkan kepada semua orang untuk hati-hati untuk menuliskan sesuatu di Facebook, kerana di zaman YouTube, apapun yang kalian tulis, akan kembali lagi kepada kalian,” ujar Obama. “Kerana kamu masih muda, kamu membuat kesalahan dan melakukan beberapa hal bodoh. Saya sering mendengar anak muda kalian tahu, mereka memposting sesuatu di Facebook, dan tiba-tiba mereka melamar sebuah pekerjaan dan seseorang telah mencarinya.”
Beberapa kali Obama mengacu kata “kesalahan” ketika dia masih sekolah. Sebuah survey di bulan Jun yang dilakukan oleh careerbuilder.com menunjukan 45% karyawan menggunakan Facebook yang saat ini mempunyai 250 juta pengguna di seluruh dunia. untuk mencari pekerjaan pun, kebanyakan melalui Facebook( Hamzah Hamdani; 1982; 53 ).
3.6 Memaparkan Lokasi yang boleh Mengundang Bahaya.  Jangan mempamerkan keberadaan kita di Facebook kerana ini sangat berisiko. Pencurian rumah atau pengintaian (cyberstalking) boleh terjadi saat kita memberitahukan lokasi kita. Apabila mereka tahu di mana lokasi kita ia lebih memudahkan mereka untuk merancang sesuatu agar kita tidak mengetahuinya sebaliknya kita akan membuat prasangka kepada orang sekeliling kita. Tanpa kita sedar bahaya yang datang itu atas kecuaan diri sendiri yang terlalu leka dengan Facebook dan juga suka mempamerkan segala-galanya di dalamnya.Oleh itu,kita perlu berhati-hati dengan status dan juga perkara peribadi kita dalam laman sesawang jaringan sosial ini( Hamzah Hamdani; 1982: 53 ). 3.7 Gejala Sosial di Kalangan Remaja. Menurut maklumat di dalam Sinar Harian, 27 September 2012, Kepada para orang tua, anda harus mengawal anak anda dengan siapa dia ber-chatting dalam Facebook. Cukup banyak dilaporkan gejala sosial para remaja bermula daripada kenalan siber lalu bercinta di alam maya kemudian mengatur pertemuan di alam nyata, akhirnya terjerumus dengan pergaulan bebas.             Sebagai yang kita tahu, kejadian rogol, culik dan hilang mejoriti nya berkaitan dengan kenalan yang tidak kenal asal usulnya dan juga latar belakangnya. Selalu yang banyak menjadi mangsa kepada kejadian seperti ini ialah remaja perempuan bawah umur, pelajar IPT, dan juga golongan janda yang kaya. Pada kebiasaannya wanita yang menjadi mangsa kepada Facebook ini. Silap terima kawan maruah diri akan tergadai.             Banyak yang dilaporkan dari media massa mengenai kes-kes tentang gejala sosial ini. Antara  sumber dari sinar harian yang mana membincang masalah ini, menurut kandungan di dalam nya ialah Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi seperti telefon pintar, tablet, komputer riba, notebook yang semakin hari semakin canggih dan akses yang semakin mudah membolehkan sesiapa pun, yang mana anak kecil setahun jagung memperoleh pendedahan dan menguasainya, walaupun sekadar bermain permainan dunia maya. Banyak berlaku kerosakan di muka bumi ini. Memang Allah menyeru manusia berkenal-kenalan tetapi ada batasnya. Sepertimana FirmanNya : $pkš‰r'¯»tƒ â¨$¨Z9$# $¯RÎ) /ä3»oYø)n=yz `ÏiB 9x.sŒ 4Ós\Ré&ur öNä3»oYù=yèy_ur $\/qãèä© Ÿ@ͬ!$t7s%ur (#þqèùu‘$yètGÏ9 4 ¨bÎ) ö/ä3tBtò2r& y‰YÏã «!$# öNä39s)ø?r& 4 ¨bÎ) ©!$# îLìÎ=tã ׎Î7yz ÇÊÌÈ    Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujaraat; 49;13 )  Dalam apa jua perkara, pasti ada pro dan kontra, baik dan buruk, kekuatan dan kelemahannya. Apatah lagi dalam usia muda, sikap ingin tahu dan mencuba dalam kalangan remaja amat tinggi. Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan peningkatan mendadak kehamilan anak luar nikah di kalangan remaja perempuan pada tahun lepas, sekaligus menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat umum. Akhbar itu memetik statistik Kementerian Kesihatan bahawa 18,652 remaja perempuan mengandung tahun lepas dan daripada jumlah itu, 4,222 belum berkahwin berbanding pada 2010 iaitu seramai 5,962 remaja perempuan hamil dan 1,521 daripadanya tidak berkahwin. Kebanyakan remaja perempuan terbabit berusia dalam lingkungan 10 hingga 19 tahun 3.8 Facebook Faktor Keretakan Dan Keruntuhan Rumah Tangga. Kenyataan ini sudah banyak menjadi kes dalam mahkamah syariah yang mana suami isteri bercerai gara-gara Facebook, ada juga yang melafazkan cerai kepada pasangannya melalui Facebook. Seterusnya ada juga kes memukul pasangannya semuanya kerana Facebook. Kes mengenai perkara selalu menjadi isu hangat di muka depan majalah-majalah. Ada satu kisah yang mana isteri yang buat hal. Suami dia seorang yang penyayang bagi kemudahan kepada isterinya tetapi isteri di ruamg leka dengan Facebook lalu berkenalan dengan seorang lelaki yang mana lelaki itu juga memiliki keluarga. Pada mula nya hanya berkawan lama-kelamaan hubungan rapat tanpa pengetahuan pasangan masing-masing mereka mengadakan hubungan sulit. Sehingga suatu hari itu suami wanita itu terjumpa gambar  dan surat cinta dari lelaki kenalan Facebook tadi. Perempuan itu merasa bersalah sangat kepada suaminya, walaupun suaminya memaafkannya tetapi hubungan ,mereka sekarang tidak seperti dulu ( majalah wanita2012: 30 ). 4. FACEBOOK: HALAL ATAU HARAM Perkhidmatan halaman jejaring sosial, seperti Facebook , Friendster mahupun pembekal-pembekal perkhidmatan bual untuk menjalin hubungan sosial lainnya sentiasa diawasi oleh ulama. Menurut berita  dari halaman detik.com ( 22/5/2009 ), pondok pesantren se-jawa dan Madura yang tergabung dalam Forum Komunikasi Pondok Pesantren Puteri ( FMP3 ) mengharamkan pemanfaatan laman  sosial secara berlebihan seperti mencari jodoh mahupun pasangan( Yanuardi Syukur 2011: 22 ).             Penyataan ini sesuai dengan hasil perbahasan dalam Forum Bahthun Masail di Pondok Pesantren Puteri Hidayatul Mubtadien Lirboyo, keluruhan Lirboyo, kecamatan Mojoroto, Kota Kendiri. “ Ini merupakan hasil pembahasan terakhir yang kami lakukan semalam. Intinya, larangan ini kami keluarkan sesuaikan dengan aturan yang sudah ada dalam ketentuan agama,” kata salah seorang ahli jawatankuasa panel CFMP3, Masruhan, ketika ditemui detiksurabaya.com di Pondok Pesantren Lirboyo, Jumaat ( 22/5/2009 ) ( Yanuardi Syukur 2011: 22 ).             Dijelaskan oleh Masruhan, larangan tersebut ditekankan adanya hubungan antara lelaki dan perempuan ( sosial ) yang berlebihan. Apabila hubungan tersebut dilakukan untuk mengenal latar belakang seseorang dengan tujuan ingin menikahi disertai keyakinan bahawa keinginannya akan mendapat restu dari orang tua, perkara tersebut tetap diperbolehkan.” Di sini yang dilarang apabila penggunaan Facebook hanya untuk mencari jodoh dan mengenali latar belakangnya dan tidak dalam proses khitbah ( pinangan atau lamaran ),” jelas Masruhan. ( Yanuardi Syukur 2011: 22 ). 5. DALAM ISLAM, FACEBOOK ITU HALAL Pensyarah Universiti Islam Negeri ( UIN ) Syarif Hidayatullah Jakarta, Dr Abdul Halim, menyatakan, menggunakan halaman Facebook tidak dilarang dalam Islam kerana untuk kemajuan kemaslahatan. “status Facebook itu halal dan larangan menggunakan halaman persahabatan itu bertentangan dengan hukum Islam, kerana manusia diberi kreativiti oleh Allah S.W.T. untuk memanfaatkan alam dan alat untuk kepentingan kemajuan” (Yanuardi Syukur, 2011, 24-25 ).             Dia menjelaskan, teknologi adalah sunnatullah dan tidak ada yang boleh menghalangnya kerana dia akan berjalan terus. Yang menjadi persoalan, menurut  beliau, bukan alat perkhidmatan atau Facebook, tetapi orang memakai alat tersebut(Yanuardi Syukur, 2011, 24-25 ).             Dalam Islam, juga ada sejumlah prinsip dalam agama iaitu harus boleh menggunakan akal, tidak merosakkan agama, tidak merosakkan harta, dan tidak merosakkan keturunan. Apakah adanya Facebook akan merosakkan itu semua? Tentu tidak. jika semua kemudahan itu digunakan untuk kepentingan , maka ia dibolehkan dalam Islam,  yang tidak boleh adalah orang memanfaatkan alat itu ke arah yang tidak baik(Yanuardi Syukur, 2011, 24-25 ).             Facebook adalah teknologi yang tidak boleh di sekat perkembangannya dan tidak melanggar syariat Islam. Facebook juga boleh menjadi media dakwah. Facebook itu harus dimanfaatkan ke arah yang positif, sehingga Facebook boleh menjadikan dunia nyata yang mendatangkan banyak manfaat(Yanuardi Syukur, 2011, 24-25 ).             Pada dasarnya, yang diharamkan oleh Forum Musyawarah Pondok Pesantren Puteri ( FMPP ) se-Jawa Timur adalah penggunaan jejaring sosial seperti Friendster dan Facebook yang berlebihan. Perkataan “ BERLEBIHAN” di sini ialah sebenarnya harus menjadi tekanan, bukan  pada laman sosial itu sendiri(Yanuardi Syukur, 2011, 24-25 ).             Berlebihan yang dimaksudkan, kata Humas FMPP Nabil Harun di Kediri Jawa Timur, antara lain jika penggunaannya menjurus kepada perbuatan maksiat dan yang tidak bermanfaat. Ini juga berlaku pada penggunaan  media komunikasi lainnya, seperti audio call, video call, SMS, 3G. Yang bermasalah bukan kemudahan tersebut, akan tetapi masalahnya adalah penggunaannya. Sekiranya digunakan untuk kebaikan, ia adalah lebih baik dan bermanfaat (Yanuardi Syukur, 2011, 24-25 ).



6. PENUTUP Kemunculan Facebook sebagai alat komunikasi masa kini telah menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat dalam memantapkan ilmu dan meningkatkan pengetahuan kepada masyarakat. Di dalam perkembangan dan kepesatan serta taburan maklumat daripada Facebook menyebabkan berjuta-juta pengguna Facebook memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat sehinggakan kepesatan dunia siber ini sukar untuk dikawal.
Pelbagai maklumat sama ada benar-benar sahih atau palsu, perkongsian idea, ideologi, dan propaganda telah tersebar dan boleh dapat dengan mudah. Dalam sedar tidak sedar telah menyebabkan berlaku banyak maklumat yang berunsur fitnah dan penipuan. Justeru, haruslah diingat bahawa, jika sebaran itu adalah baik, maka ia bermanfaat untuk semua, sebaliknya, sekiranya sebaran maklumat itu salah, maka tersebarlah ia menjadi fitnah dan penipuan dalam maklumat. Justeru, perlulah ada saringan maklumat yang dilakukan oleh pengguna Facebook sebelum mempercayainya dan menyebarkan kepada umum. Dengan itu, sebaran maklumat yang salah dapat disekat dan dijelaskan akan kesalahan atau penipuan maklumat tersebut baik kepada maklumat individu, masyarakat atau sesebuah negara.
Tambahan lagi, Perkembangan laman jaringan sosial menghasilkan fenomena sosial baru yang mempengaruhi banyak bidang kehidupan individu. Kini Facebook telah mewujudkan fenomena yang tersendiri di seluruh pelusuk dunia. Berlakunya interaksi melalui perhubungan dengan keluarga, teman atau kerabat dari serata pelosok dunia dapat dilakukan dengan mudah dan pantas hanya melalui mesej bertulis dan komunikasi suara.
Secara tidak langsung, laman jaringan sosial ini juga, memudahkan urusan dan kerja berkumpulan yang boleh dilakukan di mana sahaja. Jenis interaksi ini secara tidak langsung dan langsung dibina menerusi komuniti siber. Malah penggunaan Facebook bukan lagi hanya untuk berinteraksi secara peribadi, tetapi telah berkembang sebagai medium perantara dalam menyampaikan maklumat, menjalankan perniagaan, pendidikan mahupun perkongsian gambar dan video.



Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga penjenayah siber yang cuba untuk mendapatkan maklumat dengan menceroboh Facebook individu terbabit. Namun, ini dapat diatasi dengan tidak mendedahkan perkara - perkara penting dan menjaga diri serta waspada daripada kenalan-kenalan yang tidak dikenali , sedikit sebanyak boleh membantu mengelakkan diri daripada terjerumus menjadi mangsa jenayah siber. 
 Sebenarnya banyak kebaikan yang boleh diperolehi melalui Facebook. Ini kerana , ramai pengguna laman sosial memilih Facebook sebagai tempat mencari maklumat dan kenalan. Sememangnya keburukan Facebook tidak akan berlaku sekiranya pengguna Facebook itu sendiri pandai dan bijak dalam membahagikan masa dan waktu daripada ketagih dengan Facebook kerana sebuk dengan kenalan baru atau lama atau bermain aplikasi di Facebook.
Tambahan lagi, kemampuan akal yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia untuk berfikir dalam memilih sama ada baik atau buruk dalam menggunakan Facebook ini telah menjelaskan dan membuktikan lagi bahawa , sebenarnya manusia mampu untuk memilih jalan kebenaran dan menolak kebatilan.

Justeru, dapatlah difahami disini bahawa, Facebook merupakan wadah terbaik dalam penyebaran ilmu semasa dan terkini baik untuk individu, masyarakat dan negara. Kemampuan penyebaran yang cepat dan penerimaan sambutan yang ramai merupakan perkara yang boleh dimanfaatkan sekiranya sebaran maklumat itu adalah kebenaran. Oleh itu. tiada istilah keburukan Facebook dalam minda seorang yang mempunyai akal yang dipandu dengan syariat Islam dan niat kerana Allah sekiranya ia mampu untuk menolak kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan.
Hit: 0 Laman Asal