Aku adalah ahli Swiss Garden International Vacation Club Berhad (SGIVCB) sejak 31 Ogos 2006. Sehingga ke hari ini sudah hampir 4 tahun aku menjadi ahli SGIVCB. Terdapat beberapa pakej untuk ahli SGIVCB. Aku memilih untuk menjadi ahli Gold Even (GE) kerana itu adalah pakej  ahli yang paling murah iaitu RM12000.00 pada ketika itu. Aku difahamkan pakej GE sekarang ini telah mencecah RM25000.00. Ini bermakna peningkatan sekali ganda.
Sebagai ahli SGIVCB, sudah pastinya aku pernah menggunakan keistimewaan sebagai ahli apabila menginap di Hotel Home-Based Swiss Garden ini. Sering juga aku menggunakan laman web ahli SGIVCB di http://www.sgivacationclub.com sekiranya untuk membuat tempahan bilik hotel. Disebabkan aku merupakan ahli SGIVCB, maka aku mempunyai jumlah hari 'entitlement' dalam setahun di mana aku boleh menginap di bilik hotel Swiss Garden secara percuma.

Terdapat beberapa Hotel Home-Based Swiss Garden Resort di Malaysia, iaitu: -1) Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur2) Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut, Lumut3) Swiss Garden Resort & Spa Kuantan4) Swiss Inn Kuala Lumpur5) Swiss Inn Sungai Petani6) Swiss Inn Waterfront Sandakan7) Swiss Court Holiday Apartments, Lumut
Untuk maklumat lanjut berkaitan hotel-hotel tersebut bolehlah melayari laman web http://www.swissgarden.com.

Sekiranya ada di antara anda yang berminat untuk menginap di Hotel Swiss Garden bolehlah menghubungi aku untuk membuat 'booking' bilik hotel kerana 'rate' untuk ahli SGIVCB adalah berlainan dan mempunyai diskaun. Minimum tempoh 'booking' adalah 2 minggu dari tarikh hari percutian (subject to availability). Sebaik-baiknya rancang percutian anda kerana bilik Hotel Swiss Garden sentiasa penuh. Jadi kepada anda yang ingin membuat tempahan seelok-eloknya dalam tempoh sebulan dari tarikh hari percutian anda kerana peluang untuk mendapat bilik hotel adalah lebih tinggi.

Saya boleh dihubungi dengan menggunakan emel hersaiful_herwan@yahoo.com.my.
Hit: 0 Laman Asal