Assalamualaikum. Alhamdulillah, tanggal 27 Februari 2018, result penerapan ijazah keluar. Bersyukur dpt ijazah ekonomi perniagaan pastu dpt kat UiTM Puncak Alam. Pergh, 20 minit je ke rumah kat Kapar, Klang. Tak de susah-susah lagi duduk berjauhan dari keluarga spt sebelum ni diploma kat UiTM Machang. Naik bas, kan dah kos. Tapi dpt kat Puncak Alam, senang sikit hidup, dpt kerap balik rumah. Daftar kolej 3 Mac di Dewan Berlian. Pastu pengawai kaunter tu letak pelajar penerapan lelaki kat kolej Casuarina 2. Aku pun naik bas, memandangkan ibubapa tidak boleh membawa kereta ke kolej kediaman sebab elak jam tapi menyusahkan jugak kalau pelajar yg duduk jauh2. Naik bas nampaklah bangunan fakulti dan kolej lain2 spt kolej Rafflesia, Angsana dan Dahlia. Bangunan fakulti dan kelas jauh nk mampuihh ke kolej Casuarina. Memang terpaksa lah time kelas naik bas Rapid berharga RM1, lainlah rajin turun naik tangga kejayan yg paling femes di UiTM semalaysia. Tiba di kolej Casuarina, wow, cantik bangunan, ade lif, ade 9 tingkat, UiTM Machang pun tk de kolej cam ni. Daftar kaunter yg kedua pulak, JPK kolej letak lah aku kat tingkat 6. Nasib baik ade lif, dpt tingkat pun tk tinggi. Tingkat 1 - 4 diduduki oleh pelajar Antarabangsa. Nigeria, Zimbabwe, Bangla dan lain-lain lah kot.









             Sampai ke bilik aku bernombor C2601 iaitu Casuarina 2, tingkat 6, bilik bernombor 01. Masuk bilik je, aku sebut wowowowow. Sebelum ni UiTM Machang, 4 org satu bilik katil double decker. Tapi rumah di Casuarina mcm apartment. Ade 4 bilik, satu bilik dua katil. Jadi satu apartment 8 org. Perghh, bukan itu saja. Ade pulak modem wifi kat bilik tu. Kalau lelaki mula lah kimochi2 dia tu, anime, main game online guna wifi. Mahu lembab gile wifi tu. Tandas pulak ok dan besar jugak. Tapi ade dua tandas je. Kene jika dua org mandi, 6 housemate lain kene lah tunggu. Lebih baik korang doa dpt housemate yg tak mandi lama. Hehehe. Lepas aku check in kolej, aku balik jap rumah kat Kapar. Dekat je. Keesokannya pulak, aku kene daftar pengesahan akademik kat Dewan Berlian. Budak2 Faculty Business Management (FBM) kene daftar akademik kat DB. Yg kos lain2 daftar di Fakulti. Itupun sebab FBM terlalu byk kos sampai 15 kos kat situ. Power kan FBM. Aku daftar kene bagi borang-borang dan semua dokumen pengawai tu nak. Pastu aku ambik surat pengecualian kredit (akan diceritakan di entries seterusnya) dan kene aktifkan status pelajar. Pd malam tu, aku decide tak balik dan officially aku first time sleep di kolej Casuarina 2 tu. Dpt roomate yg baik dan ok. Dua housemate kos kulinari, sorang kos hotel management, sorang kos entrepreneurship, sorang kos accountancy dan dua lagi kos finance. Semua asal Selangor dan KL except sorang my friend kos entrepreneur dari Sarawak. Perghh, aku tanya dia tak susah ke duk jauh, dia ckp dah biasa.







            Pd hari seterusnya 5/3, aku dan member2 aku kena hadir pulak taklimat pengecualian kredit kat bangunan Fakulti. Pengecualian akan diceritakan di entries seterusnya. Bangunan kolej ke Fakulti sangat lah jauh. Kena naik bas rapid yg berharga RM1, alhamdulillah, murah jugak tu tapi lagi bagus kalau ade kad rapid. Diskaun sampai 40sen je kalau bergerak dlm UiTM. Tapi ade jugak pelajar yg rajin naik tangga kejayaan UiTM. Biasanya pelajar perempuan. Keesokkan harinya, baru official start kuliah. Naik lah bas ulang alik dari kolej ke bangunan Fakulti. Berbeza dgn diploma, byk lecturer yg ajar adalah profesor dan doktor falsafah. Dorang memang ilmu tinggi, jgn harap nk dpt soalan senang mcm diploma dulu2. Kdg2 dorang pun tak kisah kau tak masuk kelas ke kau ponteng ke tapi kalau kau fail jumpa lagi di semester seterusnya.  Alhamdulillah kelas pertama aku adalah TAC501 iaitu Bahasa Arab Level 3. Bahasa Level 1 dan 2 dah diambik time diploma dan just aku hanya continued to level 3 shj. Kos BA250 masa tu hanya dua kelas je dibuka BA2502A dan BA2502B, itu pun kelas lima org je. Jadi dpt lah kenal semua budak perempuan dlm kelas tu. Kebetulan pulak aku class rep. Adoii, aku dah jadi class rep selama 5 sem masa diploma. Ingat nk bersara, tiba2 koordinator BA250 lantik aku jadi class rep. Hmm, muka ade kepimpinan kot. Haha.



Dewan Berlian. Daftar penerapan dan kolej kat sini. Disini juga akan menjadi dewan peperiksaan. Siapa dpt sini habis lah. Lebih2 lagi kolej yg duk jauh. Yg untung Fakulti AD dan AP.
Bergambar di Dewan Berlian.
Bangunan Fakulti Art & Design dan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur. Atau nama lain Fakulti Alam Bina. Dkt je dgn Dewan Berlian.

Usha2 jap. Inilah Bangunan Kolej Zamrud dan Baiduri. Cantik kan. Kolej Zamrud adalah utk lelaki manakala Kolej Baiduri adalah utk wanita. Khusus utk pelajar Fakulti AD dan AP.
High rise. Saya dpt sini. Kolej Casuarina. Tapi ni blok C1. Saya punya blok C2 di sebelah kanan je. Tingginya, jgn risau ade lif yg gerak dari tingkat 2 ke tingkat 9. Kafeteria yg paling terdekat dgn kolej ni adalah kafeteria kolej angsana dan jauh je sedikit kafe kolej Rafflesia. Kolej Casuarina shj yg takde kafe. Yg kolej lain ade. Pernah ade cadangan nk bina kafeteria khas utk kolej Casuarina. Hmm, tapi tk tahu bila.
Malu. Pintu bilik Kolej Casuarina. Ade modem WiFi setiap bilik.
Wow. Ade 4 bilik. Satu bilik ade 2 katil, dua meja yg berlampu, dua rak buku, dua kerusi belajar dan dua locker almari.
Bersih. Bilik air. Tandas ade dua dlm bilik air. Tempat buang air dan mandi shower kongsi satu tandas. Korang nk jemur baju pun kat dlm bilik air jugak.
Goodnight. Pemandangan dari tingkat 6 Kolej Casuarina pd waktu malam.
Nyaman. Landskap pemandangan Kolej Casuarina di tingkat 6. Di depan gambar kanan adalah Kolej Casuarina 1. Dibahagian tengah bawah adalah pdg bola sepak. Belah pdg bola sepak kiri sedikit adalah Surau Ibnu Sina. Di bawah gambar kiri adalah court tennis. Di hujung belah kiri, itu kolej Casuarina 3. Manakala dibelakang sekali, itu kolej Angsana yg diduduki oleh pelajar lelaki di beberapa blok dan pelajar perempuan di blok tertentu.

Penat. Inilah tangga kejayaan a.k.a tangga maut. Lainlah korang rajin naik tangga ni. Aku naik bas je. Gambar ni ke atas menuju ke kolej. Kolej yg paling dekat dgn tangga ni adalah Kolej Rafflesia.

Bila nk sampai ni. Tangga kejayaan menurun ke Plaza Satellite B. Disini tempat terletaknya Food Court, kedai photostat, kedai runcit lain2 kemudahan. Dibelakang bangunan yg tinggi tu adalah bangunan FSK6/FPP2. Disitu kelas-kelas kuliah utk pelajar sains kesihatan dan pengurusan perniagaan.
Cahaya ke syurga dekan. Koridor kelas Bangunan FSK6/FPP2. Tak silap aku ni tingkat 13. Lepas tingkat 13 adalah bilik pensyarah dan pejabat HEP.
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Cantik kan. Bentuk bulat. Disini memang antara tempat hotspot org tangkap gambar. Berderet. Landskap bhg kiri dari tingkat 13 Bangunan FSK6/FPP2. Dibahagian depan bangunan sehingga ke hujung kiri adalah bangunan Fakulti Pendidikan, Pejabat Rektor dan Fakulti Farmasi. Bangunan yg berderet sebelah kiri Plaza Satellite B itu adalah bangunan Fakulti Hotel dan Pelancongan, Fakulti Perakaunan dan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Plaza Satellite B, tangga kejayaan dan Kolej Rafflesia boleh dilihat di sebelah hujung kanan. Kemas. Ini bilik Kolej Casuarina lelaki. Kemudahan yg serba lengkap dan selesa. Ini kalau tak bukak lampu siling. Hanya bukak lampu meja sudah menerangi bilik dah. Sangat bagus bila sorang kawan tu tidur, sorang lagi nk buat assignment. Woahh. UiTM Puncak Alam ditangkap menggunakan drone dari atas. Boleh nampak Fakulti Alam bina di hujung belah kanan. Sumber : Google Image
Cold. Jangan terkejut gais, ni bukan Cameron Highlands. Gambar ni diambil oleh saya di kolej Casuarina C4 sebelum dan selepas. Fenomena kabus satu perkara biasa di UiTM Palam ni.  Selalunya berlaku pada waktu pagi2 buta, subuh dan boleh berlarutan sehingga jam 11 pagi. Mcm mana boleh berlaku fenomena ini? Tengok caption video seterusnya.  



Sebab kawasan UiTM Puncak Alam berbukit bukau. Kawasan kolej dan bangunan fakulti shj akan mengalami fenomena ini sebab ia terletak di kawasan bukit, kalau korang berada di pintu pagar, memang tak de kabus sebab berada di kawasan tanah rata. Nanti boleh capture gambar dan buat fake melancong yang korang berada di London. Haha.



Hit: 0 Laman Asal