Teknik permohonan Transkrip dan Surat Tamat Belajar Walk-In tu basically hanya untuk hantar borang kat Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar dan Konvokesyen sahaja. Proses akan memakan masa dalam lebih kurang 5 hari. Selepas itu barulah datang semula dan boleh ambil semua dokumen kat sana. Permohonan Online juga memakan proses 5 hari juga. Cuma semua dokumen akan dihantar melalui post (jangka masa untuk terima bergantung kepada jenis post yang digunakan). Kepada yang tidak memerlukan dokumen tersebut dalam jangka masa terdekat bolehlah gunakan cara ini.
Langkah Membuat Permohonan Online
1. GENERATE BILL DAN BAYAR PADA BENDAHARI Untuk janaan bil ni korang kena tahu korang nak ambik transkrip tu nanti by hand, pos dalam atau luar Malaysia. Harga yang dikenakan by hand : RM10 by post  : RM15 Jika anda memilih untuk mengunakan post pembayaran boleh dibuat melalui pergi ATM atau online banking Bank Islam. (Sila simpan slip pembayaran) Klik SINI untuk mohon JANA BIL TRANSKRIP RASMI anda. Sila isi maklumat pemohonan transkrip anda di link tersebut
Bil akan dijana pada setiap hari Selasa & Jumaat.
   ANDA MOHON PADA HARI    BIL AKAN DIJANA PADA HARI ISNIN SELASA SELASA JUMAAT RABU JUMAAT KHAMIS JUMAAT JUMAAT SELASA SABTU SELASA AHAD SELASA **nanti Bendahari akan email lepas bil anda dah dijana
Selepas ikuti jadual di atas, klik SINI untuk semak bil anda di Portal Pelajar. atau lebih mudah, copy link di bawah, kemudian tambah nombor id pelajar anda dihujung link tersebut http://bursary.uitm.edu.my/bilpelajarbaru/Senaraibil_v1.asp?id= cth : http://bursary.uitm.edu.my/bilpelajarbaru/Senaraibil_v1.asp?id=201234567
Lepastu pergi bayar kat ATM atau melalui Bank Islam online banking untuk tahu cara bayar bil melalui ATM Bank Islam, boleh click SINI. Untuk tahu cara bayar bil melalui Bank Islam online banking (www.bankislam.biz), boleh click SINI
2. DOWNLOAD DAN ISI BORANG Anda boleh dapatkan borang di website Rekod dan Konvokesyen UiTM
Borang yang Perlu di Download : Borang Permohonan Transkrip Borang Pengesahan Pelajar Selepas itu isi kedua-dua borang ni. Borang tersebut adalah dalam format PDF. Anda boleh guna Adobe Acrobat Reader DC dan klik pada Fill & Sign. Selepas itu isi seperti biasa. Baca : Cara Tukar File Format PDF kepada Word Pastikan anda  isi and tick betul-betul pada bahagian POS atau AMBIL SENDIRI.
3. EMEL KEPADA PEGAWAI BERTUGAS
Anda boleh semak pegawai yang bertugas untuk fakulti anda dan kenalpasti siapa pegawai yang incharge melalui pautan dibawah. Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar dan Konvokesyen

Anda perlu e-mel kepada pegawai bertugas tersebut borang mohon transkrip, surat pengesahan dan attached sekali slip bayaran. Contoh e-mail: To : norazmah5038@salam.uitm.edu.my
Subject : Permohonan Transkrip dan Surat Pengesahan Pelajar Assalamulaikum dan salam sejahtera. Saya Haziq (2013444444) pelajar daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan ingin membuat permohonan transkrip akademik dan surat pengesahan tamat pengajian. Cara tuntutan : Pos
Saya turut lampirkan : 1) Borang permohonan transkrip 2) Borang pengesahan pelajar 3) Slip bayaran
Terima kasih. Haziq (019-3506055)

Lebih selamat jika anda boleh telefon pegawai bertugas inform yang anda sudah menghantar emel dan mohon proses.

3. TAMAT

Hit: 0 Laman Asal