Assalamualaikum semua, alhamdulillah celik² mata dah sampai semester akhir diploma UiTM. Bersyukur Allah SWT masih lagi memanjangkan hayat hamba ni. Haaa, kalo dah sem akhir tu mesti terfikir nak sambung degree. Zaman ni degree sgt penting utk kite bekerja nanti. Diploma tu setakat kerani je. Sbbtulah degree penting, tapi ikut keputusan masing², ade jugak yg nk jadi usahawan yg berjaya dan tak nak sambung degree mcm ala² Datuk Vida dan Datuk Alif Syukri tu. Hehe. Tapi kalo korang nk bekerja makan gaji, kenelah ambik degree. Mcm aku ni nk cita² pensyarah doktor falsafah, memang aku kene ambik sampai phd lah jawabnya ????????.
     
        Pelajar akhir diploma UiTM dan Pra-Diploma ni korang ade dua alternative nk sambung degree/diploma nanti samada permohonan penerapan melalui student portal dan permohonan UPU melalui portal KPTM. Manakala pelajar Matrikulasi/STPM/setaraf dan pelajar diploma IPTA dan IPTS lain hanya ada satu alternative iaitu permohonan UPU KPTM. Aku start cerita permohonan UPU dulu.

Permohonan UPU Kementerian Pengajian Tinggi
         Permohonan UPU sama je macam SPM dahulu nk masuk diploma, matriks, kolej dan poli. Beli no pin BSN pastu daftar. Tapi pelajar STPM kesian pulak, tak pe nanti saya tunjukkkan. Bagi pelajar diploma akhir UiTM yg dah decide taknak masuk degree UiTM ataupun dah bosan tengok UiTM dgn Polis Bantuan ????????????, anda kene mohon UPU utk siapa yg nk sambung mana² university kesukaan masing². Cth University Malaya, UKM, USM dan lain². Bagi pulak pelajar Matriks/STPM/Setaraf, mahu nk sambung degree UiTM, mohon UPU juga. Kalo pilih UiTM, isi semua permohonan maklumat peribadi, keluarga, keputusan dan pilihan program tu. Kalo nk tahu anda layak ke tak ke program yg dipilih tu, boleh layari http://pengambilan.uitm.edu.my dan https://online.uitm.edu.my . Saya cadangkan masuk Fakulti Business Management (FBM). Promote sikit????????????. Saya akan tunjukkan entries blog ijazah dan diploma apa yg ditawarkan oleh FBM. Bagi pulak pelajar dari university swasta dan awam lain yg nak masuk UiTM, kene mohon UPU jugak. Layari lebih lanjut tentang syarat kelayakan dan proses kemasukan tu https://online.uitm.edu.my dan http://pengambilan.uitm.edu.my/
Permohonan UPU akan dibuka dua kali iaitu pada January - February cam tu dan pada July - Ogos cam tu.

Penerapan Diploma akhir Semester UiTM/Kolej Bersekutu UiTM ke Ijazah Sarjana Muda UiTM, Penerapan Pra-Diploma UiTM ke Diploma UiTM dan Penerapan Diploma Semester 3 ke Ijazah Sarjana Muda UiTM.
       Haa ni utk penerangan penerapan diploma akhir, kolej bersekutu, diploma sem 3 dan pra diploma UiTM. Penerapan adalah satu insentif ditawarkan UiTM kepada pelajar diploma semester akhir dan pelajar diploma sem 3 yg masih lagi belum graduate diploma dan pra diploma diserapkan ke ijazah/diploma UiTM secara pantas. Bagi Penerapan Diploma Semester Akhir UiTM/Kolej Bersekutu UiTM ke degree, kalau ade yg tk paham Cth, Haziq skrg masih lagi dlm semester akhir diploma sesi September 2017 - January 2018, Haziq mahu masuk degree UiTM, Haziq mohon penerapan pd October 2017(masih lagi dlm semester akhir). Haziq selesai peperiksaan akhir pd January 2018 dan keputusan final diploma keluar pd February 2018 dan keputusan lulus penerapan pd Februari 2018 juga, jadi Haziq sambung terus ke degree UiTM pd sesi March - June 2018 tanpa melalui UPU atau menunggu konvokensyen pastu baru nk masuk degree. Haziq akan graduate konvo diploma pd Oct. 2018 semasa masih lagi belajar degree nanti. Paham kan. Kalo tak paham tanya kat komen, jgn malu²????????????. Tapi mcm mana pulak kite tak daftar penerapan dan terlepas, ini sgt malang, penerapan hanya dibuka kpd pelajar diploma akhir UiTM yg masih lagi belajar, repeat kertas exam dan masih dlm latihan industri. Itulah sbb penerapan ini special tau. Pelajar yg mohon penerapan diploma akhir sem akan terus lompat ke sem 3 degree. Tempoh belajar akan dipendekkan menjadi 4 sem berbanding 6 sem je dan akan diberikan pengecualian kredit. Tapi kalau anda ambik kos degree selain dari kos diploma anda cth dari Business ke Account, mungkin korang akan start sem 2 lah jawabnye. Tapi jgn risau bagi pelajar UiTM yg dah graduate dan tamat belajar, anda still lagi dpt lompat sem dan pengecualian kredit if mohon melalui UPU tapi yg pasti anda mesti alumni UiTM. Sama spt permohonan UPU, kene beli no pin BSN. Harga dlm RM10.06. Kalau nak tahu lebih lanjut syarat kelayakan program yg dipilih layari https://online.uitm.edu.my . Bagi pulak Penerapan Diploma Semester 3 ke Degree, anda boleh mohon penerapan semasa masih lagi dlm belajar semester 3 bermakna anda akan lompat terus ke degree sem tanpa ambik sem 4 dan 5. TAPI SAYA TAK GALAKKAN, INI AMARAN dan SGT JARANG PELAJAR MOHON PENERAPAN JENIS INI. Di UiTM Kelantan takde batch 1997 yg mohon penerapan jenis ini. Sbb kerana akan cetus culture shock dan tak semua subjek diploma especially sem 4 dan 5 dibawa ke degree nanti kerana akan cetus masalah repeaters. Tapi penerapan jenis ni sudah DIMANSUHKAN, kehkehkeh, saspen je mula². Bagi Penerapan Pra-Diploma UiTM ke Diploma UiTM sorry saya tk tahu sgt sbb kurang member dari Pra Dip. Saya tak tahu details sgt mcm mana proses register dan kemasukannya. Biasanya korang akan de ceramah penerapan ataupun mintak nasihat dari Penasihat Akademik (PA) masing².

Langkah-langkah dan cara Permohonan Penerapan Diploma akhir semester UiTM/Kolej Bersekutu UiTM ke Ijazah Sarjana Muda UiTM. First Stage : Permohonan Penerapan melalui Student Portal UiTM

Pertama : Log In Student Portal UiTM
Kedua : Keluar paparan dashboard profile masing², pastu klik APPLICATION FOR CONTINUATION OF STUDIES
Ketiga : Keluar Paparan Jenis penerapan yg anda mahu pilih iaitu IJAZAH SARJANA MUDA dan PROFESSIONAL. Klik IJAZAH bagi yg nk sambung degree dan PROFESSIONAL bagi yg nak sambung program degree persijilan spt ACCA, CIMA dan lain².
Keempat : Keluar paparan Maklumat Am dan Syarat Borang Permohonan Penerapan. Baca betul². Pastu isi nombor pin BSN dan masuk. Pastikan no pin BSN yg dibeli adalah penerapan, jgn lah pulak pin UPU. Tak pasal² RM10.06 burn terus.
Kelima : Keluar paparan Muka Surat 1, isi maklumat permohonan program. Pastikan program dipilih cukup kelayakan utk anda. Jgn menyesal tak sudah. Pikir betul² yg mana akan menentukan masa depan. Jgn lupa paling penting tick setuju ditawarkan program lain. Kalau tk tick, program pertama tak dpt, program kedua memang tk dpt lah jawabnye.  Sambungan Kelima : Isi maklumat Ibu Bapa.
Sambungan Kelima : Isi Maklumat Peribadi. Bahagian ni paling penting, kene isi jujur terutama bangsa tu. Jgn pulak kau letak bangsa Rohingya, Bangla, Zimbabwe pulak. Letak bangsa Melayu atau bangsa Bumiputera yg lain termaktub dalam perlembagaan cth Iban, Melanau, Bidayuh dan lain². Satu lagi warganegara, email dan no telefon.


Sambungan Kelima : Isi maklumat penjaga selain Ibubapa spt adik beradik, saudara dan kaum kerabat. Jgn pulak letak nama kawan karib, kawan wicet, boyfriend, girlfriend pulak. Pastu klik seterusnya.


Keenam : Keluar paparan Muka Surat 2. Isi maklumat keputusan peperiksaan SPM. Sambungan Keenam : Jika repeat paper SPM, isi di bahagian atas gambar. Isi MUET band berapa. Bagi yg tak ambil MUET lagi, letak je tak ambil lagi. Pastu isi maklumat kokurikulum kat sekolah menengah dulu, bukan sekolah rendah. Tapi bahagian kokurikulum ni nk tipu² tak pe. Pelik UiTM ni nk tahu ko masa sekolah????. Yg penting ade jawatan dlm persatuan UiTM atau penglibatan dlm Kemahiran Insaniah (KI). Pastu klik seterusnya.
Ketujuh : Keluar paparan proses semakan. Jika anda ragu² dgn maklumat yg anda isi, amaran jgn tekan muktamad lagi. Pengubahan maklumat hanya boleh dibuat tiga kali shj. Tapi jgn lupa pulak tekan muktamad tu, tak pasal² permohonan tutup. Menangis tak sudoh. Jika anda dah confirm, klik butang muktamad di bawah sekali. Ps : dlm gambar tu takde sbb lupa screenshot yg bawah sekali????. Kelapan : Tadaaa... Keluar slip muktamad permohonan Penerapan Diploma semester akhir UiTM ke Degree UiTM pastu cetak utk rujukan. Dinasihatkan simpan dlm softcopy dan hardcopy. Semoga berjaya dan dpt melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda UiTM especially yg pelajar Faculty Business Management dan Diploma Banking Studies????.

P/s : Jika tak nampak gambar tu jelas, tekan gambar tu lama², pastu tekan open in new tab. Akan nampak lebih jelas gambar tu.



Second Stage : Keputusan Penerapan, Persetujuan Tawaran dan Pendaftaran Online.




First Step : Bila dah tiba tarikh keputusan penerapan. Cepat2 pergi ke laman Portal Kemasukan Pelajar UiTM bagi mengelakkan jam sebab byk org bukak.


Secons Step : Pergi klik kat menu - keputusan, klik Semakan Keputusan Tawaran pastu klik Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM/Kolej Bersekutu UiTM di bawah B) Program Sarjana Muda (Anak panah dlm gambar)

Third Step : Isi Nombor IC tanpa sempang dan seterusnya klik semak


Fourth Step : Keluar paparan  keputusan permohonan penerapan. Korang baca maklumat Tindakan Yang Perlu Diambil oleh Calon di bawah dengan teliti. Lepas tu klik Semak dan Pengesahan Syarat Tawaran. Bagi yg gagal dlm permohonan  dan mahu membuat rayuan, lihat tarikh dan bila permohonan rayuan penerapan dibuka di portal yg sama. Proses rayuan sama juga mcm ni.


Sambungan Fourth Step 


Fifth Step : Paparan Syarat-syarat Tawaran. Korang baca betul2 sampai habis. Semua keputusan yg diterima tak boleh ditukar spt kampus, program dan lain2. Bagi yg nk mahu  reject permohonan, tak perlu tanda tick dan klik setuju (lihat gambar seterusnya). Tawaran automatik akan digugur jika tidak mengesahkannya.


Sambungan Fifth Step : Tick box bawah sekali dan klik setuju.


Sixth Step : Akan keluar ayat yg korang dah setuju terima tawaran ni pd tarikh dan masa persetujuan. Lepas tu klik Pengakuan Perihal Penyakit Sendiri dan Keluarga. PEMBERITAHUAN : Pengakuan Perihal Penyakit hanya available dan wajib diisi untuk pelajar yg dpt tawaran di UiTM Puncak Alam dan Shah Alam shj. Bagi pelajar UITM cawangan lain, pelajar perlu mencetak borang C : medical checkup dan wajib lakukan pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan atau swasta.


Seventh Step : Paparan Pengakuan Perihal Penyakit Sendiri dan Keluarga. Tick jika korang atau ahli keluarga ade penyakit. Lepastu korang klik pengesahan pengakuan (gambar tidak ditunjukkan).  PEMBERITAHUAN : Pengakuan Perihal Penyakit hanya available dan wajib diisi untuk pelajar yg dpt tawaran di UiTM Puncak Alam dan Shah Alam shj. Bagi pelajar UITM cawangan lain, pelajar perlu mencetak borang C : medical checkup dan wajib lakukan pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan atau swasta


Eight Step : Akan keluar paparan keputusan, tarikh dan tempat pendaftaran. Sebelum itu, pergi menu sebelah kiri, klik Cetak Surat Tawaran, Cetak Bil Bayaran dan Panduan Pendaftaran (anak panah dlm gambar belah kiri atas). Di Panduan Pendaftaran, akan ade 4 dokumen PDF, download keempat-empat dokumen dan baca dan teliti betul2 sebelum proceed ke proses seterusnya. Akan ade satu dokumen, pelajar perlu print keempat-empat Borang. Borang A, Borang B dan Borang C (Pelajar yg dpt tawaran kampus selain UiTM Puncak Alam dan Shah Alam) dan Borang D (Bagi Mak Ayah yg tkde penyata slip gaji). Bagi yg memohon Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) Ptptn, klik di di menu makluman (anak panah dlm gambar belah kiri bawah).


Sambungan Eight Step : Kemudahan Kolej - Bagi pelajar yg dpt tawaran di UiTM Puncak Alam, Puncak Perdana, Shah Alam, Sungai Buloh dan Seksyen 17, kemudahan kolej disediakan. Bagi pelajar UiTM cawangan lain, kolej memang tidak akan disediakan untuk pelajar penerapan, anda kene buat rayuan atau menjadi pelajar Non Resident (NR). Lepas tu, klik Pendaftaran Pelajar Online selepas selesai baca dokumen penerapan (anak panah dlm gambar).



Sambungan Eight Step : Paparan Surat Tawaran Penerapan. Pastikan korang save dlm bentuk softcopy dan print surat tawaran byk-byk bagi mengelakkan kesulitan in future. Surat Tawaran ni paling penting sekali. Bagi pelajar dpt tawaran di UiTM Puncak Alam, Puncak Perdana, Shah Alam, Sungai Buloh dan Seksyen 17, klik pendaftaran kolej (anak panah dlm gambar). Akan keluar dokumen menunjukkan tarikh, tempat, masa daftar dan kolej mana perlu didaftar. Siapa yg dpt Kolej Casuarina, kite geng. Hehe.



Sambungan Eight Step : Paparan Bil Pelajar. Pastikan alert bila tarikh gugur taraf dan membayar sebelum tarikh itu bagi mengelakkan drop pengajian.


Ninth Step : Selepas je klik Pendaftaran Online Pelajar, keluar paparan Pendaftaran Dalam Talian Ke UiTM. Baca betul-betul semua maklumat dipaparkan. Klik jugak Panduan Pendaftaran (anak panah dlm gambar). Lepastu klik Pendaftaran Online seterusnya (gambar tidak ditunjukkan)


Tenth Step : Akan Keluar Paparan Maklumat Pendaftaran yg dinyatakan status BELUM MENDAFTAR. Klik daftar (anak panah dlm gambar).


Eleventh Step : Lepas klik daftar, keluar paparan Maklumat Pendaftaran dgn dinyatakan status SUDAH MENDAFTAR. Klik cetak (anak panah first dlm gambar) dan klik tutup (anak panah second dlm gambar). Dengan ini anda telah sah menjadi pelajar penerapan Ijazah Sarjana Muda dan pelajar UiTM buat kali kedua slps diploma. Semoga berjaya. Yg geng Puncak Alam tu jgn excited sgt, yuran kolej satu sem. sampai RM 300. Muahahaha.

Langkah-langkah dan Cara Permohonan UPU bagi pelajar lepasan Diploma IPTA/IPTS, Matrikulasi, Politeknik, STPM, STAM dan Setaraf ke Ijazah Sarjana Muda UiTM.
Permohonan ini saya tak tahu sgt sebab dah lupa masa permohonan SPM ke Diploma UiTM. Siapa yg ingat lagi tu, haa mudah kerja sikit. Prosesnya sama je dgn SPM dulu2. Saya ceritakan serba sedikit yg saya tahu pasal permohonan upu degree. ENTRIES INI SAYA TUJUKAN KPD PELAJAR YG NAK MASUK DEGREE UITM SHJ.


Pertama : Layari laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar JPT KPT utk ketahui tarikh permohonan, masa, syarat permohonan, program yg ditawarkan oleh UiTM.  Jgn lupa beli number pin dulu.

Kedua : Daftar dahulu utk pendaftaran website UPUOnline Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar. Ini tak perlu nombor pin lagi.



Ketiga : Laman semak syarat permohonan program degree itu. Tengok samada layak tak dgn qualification pengajian sebelum ni.

Keempat : Isi permohonan maklumat peribadi, maklumat keluarga, maklumat pengajian yg anda ambil sebelum cth result exam, matriks, stpm dan pemilihan program degree yg diminati di UiTM, nak pilih univeristi lain pun boleh, tapi letak UiTM di pilihan pertama. Hehe. Maksimum pilihan 8 degree shj. Pastikan number pin dah beli ikut kategori yg ditetapkan iaitu kategori B utk permohonan upu degree.



Kelima : Selepas anda telah isi permohonan degree, semak, kemaskini dan dah confirm. Akan keluar slip permohonan UPU degree tu. Paparan atas permohonan upu diploma tapi sama je dgn permohonan upu degree. (Gambar contoh)



Sambungan Kelima : Dan ia juga akan menyenaraikan dokumen yg perlu dibawa ke IPT. Tapi UiTM akan senaraikan dokumen yg lebih specifik di laman pengambilan UiTM (Gambar contoh)




Keenam : Ketahui tarikh keputusan permohonan UPU. Gambar atas adalah keputusan permohonan UPU degree. (Gambar contoh)




Ketujuh : Selepas keluar keputusan yg anda berjaya ditawarkan ke degree UiTM. Terus layari laman Portal Kemasukan Pelajar UiTM. Di situ anda perlu mengesahkan persetujuan, cetak surat tawaran, dokumen spesifik yg perlu dibawa dan tarikh masuk IPT. Utk ketahui kalendar akademik UiTM, layari laman web pengambilan hal ehwal akademik UiTM. Di situ ada kalendar akademik yg boleh didownload utk ketahui semua proses akademik, pembelajaran, peperiksaan UiTM.




Sambungan ketujuh : Surat tawaran UiTM. Tengok kos degree dan UiTM cawangan mana yg anda dpt. Kalau dpt jauh, duduk kolej lah jawabnye. (Gambar contoh)


Pencerahan maklumat permohonan UPU degree.




Pencerahan maklumat permohonon UPU degree

Untuk maklumat permohonan UPU online yg details, saya recommend layari website ni. Website ni menceritakan lebih details utk permohonan UPU online spt tarikh, masa, kategori, flow dan next future permohonan utk pelajar batch seterusnya.
- http://www.permohonanupu.com/ - https://afterschool.my/bm/ - https://www.infopelajar2u.com/ - https://www.mysumber.com/

Hit: 0 Laman Asal