Assalamualaikum semua, nk update pasal kandungan kursus diploma banking studies. Kepada adik2 lepasan SPM nk sambung di IPT atau IPTS mesti tertanya2 nk sambung program apa nanti. Kalau boleh saya recommend kpd adik2 sambung dalam program diploma pengajian perbankan UiTM. Industri perbankan memang sgt luas terutama industri perbankan islam krn Malaysia merupakan hub perbankan islam di dunia. Jadi peluang nk dapat pekerjaan sgtlah tinggi kpd graduate diploma banking ni. Jgn ckp semua subject course dalam diploma banking ni senang, ada jugak yg susah tapi overall mudah jugak, mana2 diploma di universiti pun susah lebih² lagi medic dan engineering. Tapi dgn tawakkal dan doa, boleh dpt anugerah dekan(AD) setiap semester dan graduate Anugerah Naib Canselor(ANC) INSYAALAH.

          Untuk pengetahuan adik² lepasan SPM dan setaraf, diploma banking UiTM mempunyai 5 semester dalam 2 tahun setengah jeee, sebelum ni 6 semester dalam 3 tahun dan skrg sudah dikurangkan. Saya pun tk tahu knp UiTM mengurangkannya. Tetapi mengikut course kerana diploma sampai semester 6. Setiap semester ada 14 minggu pembelajaran jika adik mengambil diploma sepenuh masa, 2 minggu cuti pertengahan semester dan satu cuti ulangkaji iaitu lepas adik² berhempas pulas belajar sepanjang 14 minggu sebelum nk take final exam.

         Untuk pengetahuan, syllabus, buku dan final exam subjek yg akan belajar akan berubah² mengikut semester dan tahun ikut keputusan fakulti dan senat/majlis uitm. Cthnya, kertas MAT112 ubah format soalan  bermula pada semester Jun - Oktober 2015 dan subjek ENT300 tidak ade final exam dan digantikan dgn assignment business plan bermula semester September 2017 - January 2018. Susunan subjek yg diambil pd setiap semester dari sem 1 - 5, itu shj yg kekal.


SEMESTER 1
Dalam sem 1 kira2 byk, tak delah byk sgt. Budak account sgt beruntung krn anda akan belajar balik basic perakaunan semula.

👉 Introduction to Financial Accounting and Reporting (ACC106)
Budak lepasan akaun SPM sgt beruntung kerana dpt belajar semula subjek ini. Kpd non accounting SPM students, Jgn risau subjek ni hanya belajar asas-asas pengiraan debit kredit, penyata pendapatan dan membuat buku tunai. Dlm final exam, kertas ledger dan jurnal tidak disediakan, jawab dlm kertas kajang shj kerana subjek ni asas.

👉 Fundamentals of Islam (CTU151) for Muslims dan Man and Religion (IDA102) for non Muslims
Subjek ni sgt lah mudah. Anda akan belajar asas-asas Islam seperti tauhid, akidah, syariah dan akhlak manusia terhadap 
Allah S.W.T. Utk non Muslims, anda akan belajar hubungan manusia dengan agama masing², saya tk tahu detail sgt sbb jarang ada kawan non Muslims di UiTM. Subjek ini diwajibkan kpd pelajar UiTM, tiada terkecuali. 

👉 Co-Curriculum I
Subjek ni ialah subjek bukan akademik. Pelajar diwajibkan memilih mana² kesukaan badan beruniform masing² spt yg dinyatakan di dalam entries. Jika nk masuk badan beruniform kesatria negara, anda boleh tukar di sem 2. Tetapi jika badan beruniform lain, anda kene survive sehingga sem 3. Penerangan lebih details tengok entries blog kokurikulum seterusnya.

👉 Business Mathematics(MAT112)
Subjek ni anda akan meneroka dunia matematik perniagaan seperti pengiraan pembayaran pinjaman, kos pembelian secara hutang dan lain2 yg berkaitan perniagaan. Subjek ni senang dan direct soalanya. Tapi byk kene hafal formula.

👉 Fundamentals of Management(MGT162)
Subjek ni kita akan belajar prinsip pengurusan dlm company atau sesuatu organisasi yg wujud. Cth kempimpinan utk mengurus syarikat, mengurus staff dan mengurus tingkah laku sesuatu manusia dlm organisasi.

👉 Integrated Language Skill : Listening (ELC120)
Subjek nama je listening. Tapi final nya bertulis isi tempat kosong. Subjek ni namanya listening sbb anda akan menjalani ujian pendegaran sepanjang anda belajar. Bukan shj pensyarah akan test listening, mereka juga akan mengajar grammar semula dari start darjah 1 kite belajar utk refresh semula.

👉 Third language 1 - Arabic (TAC101) atau Mandarin (TMC101)
Subjek ni antara subjek favorite saya. Anda akan belajar benda baru mengenai bahasa ketiga dan dpt kebaikan dari belajar subjek ni cth melancong atau menyambung pelajaran ke mana² negara. Biasanya sem 1 akan belajar grammar dan percakapan seharian. Subjek ni special kerana tiada final exam. Sebenarnya saya listkan dua subjek bahasa kat atas sbb UiTM Machang hanya offer dua bahasa sebenarnya byk lagi tak terkira bahasa ketiga tapi di UiTM cawangan lain, kalo anda beruntung.

SEMESTER 2
Sem ni pulak byk pulak hafal2 dan membaca. Kena tough sikit. Sem ni lah semester paling byk subject courses iaitu 8 berbanding semester lain.

👉 Integrated of Language Skills : Reading (ELC150)
Mcm ELC sem 1, nama je Reading tapi bukan kenenya reading selalu. Subjek ni kite akan reading sesuatu tajuk dan kene jawab suatu soalan comprehensive berdasarkan apa yg kite reading. Pensyarah still akan meneruskan pembelajaran sem 1 spt listening test dan grammar teaching.

👉 Islamic Thought and Civilizations (CTU151) for Muslims dan Islam and Civilization (IDA152) for non Muslims
Utk Muslims, subjek ni anda belajar pemikiran Islam dan tamadun terdahulu seperti kerajaan Islam khalifah, pemikir tokoh Islam, pembandingan tamadun Islam dgn tamadun Barat dan sejarah Islam Melayu. Haaa, mcm sejarah Form 4. Utk non Muslims, anda sama belajar spt Muslims tapi tidak melibatkan pembandingan tamadun lain dan pemikiran akidah, akhlak dan syariah tamadun. Subjek ni diwajibkan semua pelajar UiTM tiada terkecuali.

👉 Microeconomics (ECO162)
Subjek ni anda akan belajar ekonomi yg berskala kecil seperti penawaran dan permintaan, kuasa pengguna, aliran pasaran barang pengguna dan jenis² pengaruh pasaran pengguna.

👉 Co-curriculum II
Sambungan dari sem 1 kpd pelajar ko kesatria yg ingin meneruskan ko bukan badan beruniform, anda boleh memilih mana² ko yg anda suka spt memanah, bola sepak dan byk lagi saya malas nk nyatakan. Utk pelajar ko kesatria yg ingin meneruskan kesatria jugak boleh tapi dgn syarat anda mesti meneruskan sehingga sem 3. Utk pelajar ko badan beruniform selain kesatria, anda dilarang tukar atau keluar ke ko lain dan mesti meneruskannya sehingga sem 3. Penerangan lebih details tengok entries blog kokurikulum seterusnya.

👉 Risk and Insurance (INS200)
Subjek ni anda akan belajar risiko dan insurans di Malaysia. Jenis² insurans, kawal selia insurans, operasi insurans dan peraturan dlm insurans.

👉 Business Communication (MGT269)
Subjek ni anda akan meneroka dunia komunikasi perniagaan seperti interview, meeting, surat pejabat dan komunikasi di tempat kerja. Subjek 60% pentaksiran spt buat surat pejabat(memo, letter, resign, resume), lakonan interview dan meeting. 40% utk final exam.

👉 Fundamentals of Marketing (MKT243)
Subjek ni anda akan belajar pemasaran sesuatu barangan itu. Anda akan spt mengetahui strategi pemasaran, harga pemasaran, tingkah laku pengguna dlm pasaran dan operasi pemasaran.

👉 Third language 2 - Arabic (TAC151) atau Mandarin (TMC151)
Sambungan dari sem 1, anda akan belajar tahap yg lebih tinggi sedikit seperti sambungan ayat, buat soalan dan jawapan dlm bahasa yg diambil. Biasanya tk susah pun, cuma kene dah tulis panjang sedikit. Mcm biasa, tiada final exam.

SEMESTER 3
Sem ni pulak dah byk kira2 pulak. Memang payah sedikit. Pastu subject courses ELC230 dah writing pulak, lagi payah tu tertutama grammar.

👉 Fundamentals of Islamic Economics (CTU241)
Subjek ni anda belajar CTU utk ekonomi berkenaan perkembangan ekonomi Islam di Malaysia, prinsip ekonomi Islam dan jenis ekonomi Islam. Subjek ni khas kepada pelajar Faculty of Business Management shj.

👉 Macroeconomics (ECO211)
Berbeza dgn ECO sem 2, subjek ni meneroka dunia ekonomi yg berskala besar spt struktrur ekonomi negara, mata wang, Bank Negara Malaysia, imbangan pembayaran negara, akaun² kerajaan dan ekonomi antarabangsa.

👉 Integrated Language Skills : Writing (ELC230)
Seperti jugak sem 1 dan sem 2, bukanya writing selalu. Anda akan jugak akan dinilai pentaksiran spt listening, reading dan akan belajar cara² menjawab essay. Dlm final exam, anda akan menjawab soalan writing essay.

👉 Fundamentals of Finance (FIN242)
Subjek ni mengira 95% dan menghafal 5%. Subjek ni anda akan belajar kewangan syarikat spt pengiraan bajet tunai, nisbah syarikat, saham syarikat seperti bonds, kertas sekuriti dan saham yg berkaitan, loan dan kos order barangan syarikat. Mcm biasa, byk formula kene hafal. Huhu.

👉 Banking Operations (FIN263)
Subjek ni akan anda meneroka buat kali pertama berkenaan operasi perbankan di Malaysia, operasi kawal selia Bank Negara Malaysia, skim yg ditawarkan oleh bank spt kredit kad, E-banking, perdagangan dan akaun yg ditawarkan oleh Bank.

👉 Co-curriculum III
Sambungan sem 2. Inilah ko terakhir anda, selepas itu anda akan bebas dari Kokurikulum. Biasanya anda akan mendapat sijil tamat ko mengikut cawangan UiTM. Penerangan lebih details tengok entries blog kokurikulum seterusnya.

👉 Introduction to Statistics (QMT181)
Subjek ni anda akan mempelajari statistik perniagaan spt pengiraan mode, median dan mean, kebarangkalian, correlation dan regression, indek harga pengguna. Mcm biasa, formula byk. Huhu.

SEMESTER 4
Sem ni lagi byk menghafal dari sem 2 dan kena struggle sikit. Semakin meningkat sem semakin susah lagi2 business law sbb kena belajar undang2 perniagaan.

👉 Fundamentals of Islamic Banking (CTU351)
Sebelum ni anda belajar ekonomi Islam, tetapi subjek ini anda meneroka dunia perbankan Islam yg patuh syariah seperti Al Mudharabah, Musyarakah, Murabahah, Bai' Bithaman Ajil, Wadiah, prinsip perbankan Islam dan apa yg mereka offer. Ni satu-satunya subjek CTU dlm bahasa Inggeris dan khas utk pelajar diploma pengajian bank.

👉 Financial Analysis (FIN320)
Sambungan FIN242, subjek ni sama spt finance sem 3 cuma anda akan belajar dan meneroka lebih details mengenai finance spt lepas pengiraan saham anda kene mengira formula WACC yg panjangnya dua page dan ada jugak penambahan bab baru cth pengiraan cukai tanggungan dan penyata post merger syarikat yg hendak bergabung.

👉 Finance of International Trade (FIN323)
Subjek ni anda akan belajar dunia kewangan perdagangan antarabangsa spt export import, jenis dokumen mengimport dan mengexport dan aliran export import dan cara membayar brg yg diexport dan diimport. Senang cerita je, dua perkataan je yg terlibat dlm subjek ini iaitu export dan import.

👉 Business Law (LAW299)
Subjek dianggap horror dan killer subjek dlm Faculty of Business Management. Subjek ni anda akan belajar undang² perniagaan spt kontrak, jualan barangan, agensi perkhidmatan, cheques, sewa beli barangan, partnership dan company. Anda mesti menghafal byk Akta dan kes² yg berkaitan dgn tajuk yg dinyatakan. Dlm final exam, section A adalah objektif dan section B adalah essay yg paling ditakuti oleh pelajar, anda mesti menjawab dgn akta dan kes berdasarkan soalan yg panjangnya sehingga 4 page. Berhati-hati, subjek ni akan menghantui anda.👻

👉 Information Technology of Business (MGT300)
Subjek ni anda akan meneroka teknologi maklumat dlm perniagaan seperti penggunaan IT, strategi IT dan aplikasi IT dlm perniagaan. Subjek ni tak horrorlah mcm business law tu. Hehehe

👉 Human Resource Management(MGT340)
Subjek ni lebih kepada pengurusan sumber manusia dlm syarikat spt pengambilan pekerja, latihan pekerja, undang² pekerja, keselamatan pekerja dan hubungan industri pekerja atau majikan dan kesatuan sekerja.

SEMESTER 5
Sem ni pulak kite akan menghafal 80% dan mengira 20%. Kebanyakan subjek dibawah ni sgt penting utk kredit masuk degree nanti.

👉 Fundamentals of Entrepreneurship (ENT300)
Subjek ni anda akan mempelajari prinsip kesusahawanan spt strategi kesusahawanan, ciri² usahawan, perniagaan yg berkaitan dgn kesusahawanan dan byk lagi. Subjek ini tiada final exam mulai sesi Septmeber 2017 - Disember 2018, anda kene melakukan laopran kajian kes mana² usahawan dan perancangan business plan dari hasil kajian tu.

👉 International Banking (FIN360)
Subjek ni anda akan meneroka dunia perbankan antarabangsa yg luar dari skop negara Malaysia. Subjek ini focus operasi perbankan antarabangsa antara dua negara dan operasi bank persisir di Labuan. Subjek ni sama spt FIN323 sem 4 cuma tidak cover tajuk export import dagangan.

👉 Legal Aspect and Ethics in Banking (FIN365)
Subjek ni fokus kepada aspek undang² dan etika dlm perbankan. Anda akan belajar akta dan kes yg melibatkan permasalahan perbankan, peraturan, etika dan moral dlm perbankan. Hampir sama dgn business law tapi tk de lah horror sgt.

👉 Investment Management (FIN358)
Subjek ni anda akan mempelajari pengurusan perlaburan syarikat spt Bonds, preferred shares, common shares dan saham Bursa Malaysia dan byk pengiraan. Byk formula kene hafal.

👉 Credit Management (FIN368)
Subjek ni anda akan mengetahui pengurusan kredit hutang, etika dlm pinjaman, mengurus hutang² di bank dan operasi kredit bank.

👉 Operations Management (MGT345)
Subjek ni anda akan mempelajari pengurusan operasi dlm sesuatu organisasi, kebanyakkan focus kpd operasi pembuatan dan perkilangan spt kos pengeluaran barangan, upah pekerja, bahan utk barangan dan byk lagi. Subjek ni seimbang 50% mengira dan 50% menghafal.

           Maaf, kalau ada tersalah bahasa atau tertypo di atas. Kalau ada pertanyaan, boleh tanya apa² shj berkenaan blog di atas di bawah ruangan komen ini.
Hit: 0 Laman Asal