Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, dpt kembali mengemaskini blog sebab sebelum ni sgt lah sibuk dgn kolej dan pelajaran. Kali ni nk update pasal kandungan kursus Degree Ekonomi UiTM. Kepada pelajar lepasan diploma/asasi UiTM, diploma Uni lain-lain, lepasan STPM dan Matriks nk sambung di IPTA atau IPTS mesti tertanya2 nk sambung program degree apa nanti. Kalau boleh saya recommend kpd kakak2 dan abg2 sambung dalam program ijazah ekonomi di UiTM. Nama penuh kursus ijazah ini adalah Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Ekonomi Perniagaan atau nama englishnya Bachelor in Business Administration (Honours) Business Economics. Ijazah ni dianggap quite killer jugak course kat fakulti pengurusan perniagaan bersama2 dgn course finance, islamic banking dan investment yg dianggap killer. Tetapi kalau minat gila, insyaallah boleh, tk pernah lagi pelajar ekonomi UiTM tak lepas graduate degree. Kalau ade pun, pemalas nampaknya. Baik tak payah sambung degree. Kan??. Hehehe. Ekonomi bidang paling senang nk dpt kerja kerana semua bidang kau boleh bolot like area finance, banking, investment mcm course finance yg mudah dpt keje jugak cuma ekonomi fokus aggregat berskala besar tidak seperti course finance yg lebih fokus kpd wang, perakaunan dan company.

          Kalau budak diploma UiTM dan asasi UiTM mesti dah tahu mcm mana kitaran akademik sepanjang pengajian di UiTM. Haah, ni ditujukan kpd budak STPM, STAM, Matriks, diploma Uni lain. Ijazah ekonomi UiTM mempunyai 6 semester dalam 3 tahun jeee. Setiap semester ada 14 minggu pembelajaran jika anda mengambil degree sepenuh masa, 2 minggu cuti pertengahan semester dan satu cuti ulangkaji iaitu lepas anda berhempas pulas belajar sepanjang 14 minggu sebelum nk take final exam. Untuk pengetahuan juga, syllabus, buku dan final exam subjek yg akan belajar akan berubah² mengikut semester dan tahun ikut keputusan fakulti dan senat/majlis uitm. Cthnya, kertas CTU553 tiada kertas peperiksaan akhir  bermula pada semester September 2012 - January 2013 digantikan dengan ujian dan pentaksiran berterusan. 

          Untuk pengetahuan juga, bermula sesi September 2018 - January 2019. Struktur subjek sudah diubah 50% bermaksud subjek elektif telah perkenalkan dan some subjek sudah dibuang kerana tidak sesuai dgn peredaran persekitaran pekerjaan selepas anda graduate.

          KURSUS ELEKTIF ni memang baru diperkenalkan pada batch saya. Subjek elektif adalah subjek yang ditawarkan diluar bidang pengajian fakulti masing-masing. Cth pelajar kos Finance amik subjek elektif ditawarkan oleh kos Art & Design. Tujuan pun saya tak tahu. Tapi yang saya pasti subjek elektif ni lah paling senang nk skor kerana lecturer itu adalah di luar bidang fakulti akan mengajar lebih senang dan mudah memandangkan itu bukan skop kita. Subjek elektif wajib diamik empat kali dipecahkan kpd tiga elektif di luar bidang dan satu elektif ditawarkan di dalam bidang fakulti. Setiap semester rasanya sampai kiamat ah, subjek elektif adalah subjek paling bermasalah kerana kuota kelas tak cukup, pelajar terlalu ramai, lecturer takde. Sebabtu lah subjek elektif ditawarkan banyak pada setiap semester. Korang boleh amik mana-mana korang suka. Tapi masalah jugak byk pelajar cerewet nk jugak dpt member sama elektif. Sebab tu lah subjek elektif ni problem. Subjek elektif berubah-ubah setiap semester. Ade akan subjek baru diperkenalkan dan dihapuskan setiap sem. Dan subjek yang dihapuskan sem sebelum ni pun akan diperkenalkan jugak pada sem seterusnya. Mcm saya batch pertama, hanya 2 subjek diperkenalkan. Sebelum bertambah kpd 10 subjek pd sem seterusnya. Nk tengok senarai subjek elektif, baca list subjek setiap sem dibawah.
           Haaaaa, yg ni ditujukan kpd pelajar lepasan diploma/asasi UiTM. Mesti korang pernah dengar PENGECUALIAN KREDIT. Pengecualian Kredit insentif paling special untuk pelajar lepasan UiTM yg nak masuk ijazah. Budak selain UiTM memang takkan dpt, maaf lah ye. Untuk dptkan maklumat lanjut, tengok entries PC seterusnya.


Senarai kandungan subjek Ijazah Sarjana Ekonomi Perniagaan UiTM :
 Petunjuk :
*   Subjek bertanda bintang shj ade pengecualian kredit       -   Subjek Elektif (Pilih mana2 subjek yg diminati)       


SEMESTER 1
???? Co-Curriculum 1* Subjek ni ialah subjek bukan akademik. Pelajar diwajibkan memilih mana² kesukaan badan beruniform masing² spt yg dinyatakan di dalam entries. Jika nk masuk badan beruniform kesatria negara, anda boleh tukar di sem 2. Tetapi jika badan beruniform lain, anda kene survive sehingga sem 3. Penerangan lebih details tengok entries blog kokurikulum sebelum ni.
???? Third language 1 - Arabic (TAC401) atau Mandarin (TMC401)* Anda akan belajar benda baru mengenai bahasa ketiga dan dpt kebaikan dari belajar subjek ni cth melancong atau menyambung pelajaran ke mana² negara. Biasanya sem 1 akan belajar grammar dan percakapan seharian. Sebenarnya saya listkan dua subjek bahasa kat atas sbb course ekonomi hanya offer dua bahasa sebenarnya byk lagi tak terkira bahasa ketiga tapi di UiTM cawangan lain, kalo anda beruntung.

???? Islamic and Asian Civilization (CTU551)* Subjek ni anda belajar tamadun Islam dan tamadun Asia seperti kerajaan Islam khalifah, pemikir tokoh Islam, tamadun China, tamadun India dan sejarah Islam Melayu
???? Intermediate Financial Accounting and Reporting (ACC406)* Subjek ni anda belajar mengenai perakaunan kewangan dan pelaporan spt buat lejer, jurnal, debit kredit, imbangan duga, penyata pendapatan dan kunci kira-kira.
???? Business Law (LAW416)* Bagi budak lepasan diploma FBM, subjek inilah dianggap horror dan killer dlm Faculty of Business Management. Tapi tak perlu risau sebab ade PC jika hang dpt gred C. Malang bagi budak non UiTM, subjek ni akan belajar undang² perniagaan spt kontrak, jualan barangan, agensi perkhidmatan, cheques, sewa beli barangan, partnership dan company. Anda mesti menghafal byk Akta dan kes² yg berkaitan dgn tajuk yg dinyatakan. Tapi untuk course degree format soalan lain dgn diploma. Dengar cite, lagi horror. Nasib dah ambik time diploma. Berhati-hati, subjek ni akan menghantui anda.????


???? Principles and Practices of Marketing (MKT420)* Subjek ni anda akan belajar pemasaran sesuatu barangan itu. Anda akan spt mengetahui strategi pemasaran, harga pemasaran, tingkah laku pengguna dlm pasaran dan operasi pemasaran.

???? Principles and Practices of Management (MGT420)* Subjek ni kita akan belajar prinsip pengurusan dlm company atau sesuatu organisasi yg wujud. Cth kempimpinan utk mengurus syarikat, mengurus staff dan mengurus tingkah laku sesuatu manusia dlm organisasi.
???? End User Applications (ASM452) Subjek ni paling favorite bagi saya kerana anda akan belajar Microsof Powerpoint, Excel dan  Words. Tak sia2 ambik subjek ni. Nampak je anda pro semasa diploma/asasi tapi membuat lagi level dewa pro jika ambik subjek ini. Tiada final exam. Semua akan diuji melalui pentaksiran dan test.


SEMESTER 2
???? Co-curriculum II*
Sambungan dari sem 1 kpd pelajar ko kesatria yg ingin meneruskan ko bukan badan beruniform, anda boleh memilih mana² ko yg anda suka spt memanah, bola sepak dan byk lagi saya malas nk nyatakan. Utk pelajar ko kesatria yg ingin meneruskan kesatria jugak boleh tapi dgn syarat anda mesti meneruskan sehingga sem 3. Utk pelajar ko badan beruniform selain kesatria, anda dilarang tukar atau keluar ke ko lain dan mesti meneruskannya sehingga sem 3. Penerangan lebih details tengok entries blog kokurikulum sebelum ni.
???? Third language 2 - Arabic (TAC451) atau Mandarin (TMC451)*
Sambungan dari sem 1, anda akan belajar tahap yg lebih tinggi sedikit seperti sambungan ayat, buat soalan dan jawapan dlm bahasa yg diambil. Biasanya tk susah pun, cuma kene dah tulis panjang sedikit. 
???? English for Critical Academic Reading (ELC501) Subjek ni advance lagi daripada ELC dulu bagi budak lepasan dip UiTM. Subjek akan fokus kebolehan pelajar untuk membaca secara kritikal dan kritis terhadap sesuatu isu yang diketengahkan.
???? Economics (ECO415)* Subjek ni anda akan belajar ekonomi yg berskala kecil seperti penawaran dan permintaan, kuasa pengguna, aliran pasaran barang pengguna dan jenis² pengaruh pasaran pengguna dan juga meneroka dunia ekonomi yg berskala besar spt struktrur ekonomi negara, mata wang, Bank Negara Malaysia, imbangan pembayaran negara, akaun² kerajaan dan ekonomi antarabangsa.
???? Financial Management (FIN420)* Subjek ni mengira 95% dan menghafal 5%. Subjek ni anda akan belajar kewangan syarikat spt pengiraan bajet tunai, nisbah syarikat, saham syarikat seperti bonds, kertas sekuriti dan saham yg berkaitan, loan dan kos order barangan syarikat. Byk formula kene hafal. Huhu.
???? Introduction to Operations Management (OPM530)* Subjek ni anda akan mempelajari pengurusan operasi dlm sesuatu organisasi, kebanyakkan focus kpd operasi pembuatan dan perkilangan spt kos pengeluaran barangan, upah pekerja, bahan utk barangan dan byk lagi. Subjek ni seimbang 50% mengira dan 50% menghafal.
???? Human Resource Management (HRM533)* Subjek ni lebih kepada pengurusan sumber manusia dlm syarikat spt pengambilan pekerja, latihan pekerja, undang² pekerja, keselamatan pekerja dan hubungan industri pekerja atau majikan dan kesatuan sekerja.
???? Statistical Methods (ECO541) Subjek ini anda akan meneroka matematik probability dalam menentukan outcome dan future. Subjek fully matematik dan byk guna formula. Penting kpd sesiapa yg mahu bekerja dlm area ekonomi ramalan dan ekonomi pelaburan. Subjek ini byk menggunakan software SPSS statistik penting untuk analisis data ekonomi dlm assignment nanti.


SEMESTER 3
???? Co-curriculum III* Sambungan sem 2. Inilah ko terakhir anda, selepas itu anda akan bebas dari Kokurikulum. Biasanya anda akan mendapat sijil tamat ko mengikut cawangan UiTM. Penerangan lebih details tengok entries blog kokurikulum sebelum ini.

???? Third Language 3 - Arabic (TAC501) atau Mandarin (TMC501) Sambungan dari sem 2 bagi budak yg tak ambik lagi subjek bahasa dan sambungan utk budak UiTM dari sem 2 diploma. Haaa, budak dip UiTM, korang kene ambik semula. Subjek ini sama mcm level 2 tak de lah susah mana pun. Cuma tajuk baru je akan dipelajari. Mcm biasa spt level 1 dan 2, tiada final exam.
???? English for Oral Presentations (ELC590) Subjek quite baharu bagi budak lepasan dip. UiTM kerana subjek ni anda akan melakukan pentaksiran lisan melalui pembentangan sesuatu isu yang diketengahkan oleh pelajar. Tiada final exam.
???? Personal Financial Planinng (FIN533) Subjek ini anda akan mempelajari perancangan dan pengiraan kewangan peribadi seperti cukai pendapatan, insurans, penyata kewangan keluarga dan lain2. Tidak spt subjek finance dulu bagi pelajar lepasan dip. FBM. kerana finance dulu melibatkan syarikat.
???? Intermediate Microeconomics (ECO539) Subjek ini adalah sambungan Microeconomics level tinggi bagi pelajar lepasan dip. FBM. Memang susah advance kerana byk graph dan penerangan theory yg perlu dihafal. Subjek ini anda akan mempelajari benda baru spt Isocost, Isoquant, Indiference Curve, Oligopoly market equilibrium dan byk lagi lah. Nk cerita, takut korang yg tak paham. Hehe.
???? International Economics (ECO561) Subjek ini anda akan meneroka dunia ekonomi antarabangsa, theory ekonomi dagangan, imbangan dagangan, persaingan ekonomi dan export import.
???? 1st Elective -


NoCourse Course Description Credit Hour 1. ADE402 DIGITAL PRINTING FUNDAMENTALS 3.0 2. ADE444 EXPERIMENTAL CONSTRUCTION 3.0 3. ADE464 PROFESSIONAL FASHION STYLING 3.0 4. ADE473 TRAVEL AND STREET PHOTOGRAPHY 3.0 5. ADE474 ACTION AND SPORT PHOTOGRAPHY 3.0 6. ADE494 CURATORSHIP 3.0 7. ADS560 SOUTHEAST ASIAN AFFAIRS 3.0 8. CSC413 INTRODUCTION TO INTERACTIVE MULTIMEDIA 3.0 9. PHT485 EXERCISE PHYSIOLOGY 3.0 10. FAC412 ANIMATION HISTORY AND TECHNOLOGY 3.0 11. FDC411 MALAYSIAN CINEMA 3.0 12. HTC556 FOOD AND SOCIETY 3.0 13. HTH558 PROFESSIONAL ETIQUETTE FOR HOTELIERS 3.0 14. IMR652 MANAGEMENT OF BUSINESS RECORDS 3.0 15. IMR664 ELECTRONIC RECORD KEEPING 3.0 16. IMS456 BASIC WEB DESIGN AND CONTENT MANAGEMENT 3.0 17. LAW573 ENVIRONMENTAL LAW 3.0 18. INC410 PRINCIPLES OF INTERPERSONAL COMMUNICATION 3.0 19. SCE552 SCIENCE AND SOCIETY 3.0 20. UBM588 INTRODUCTION TO RISK AND INSURANCE 3.0 21. UCS551INTRODUCTION TO DATA ANALYTICS AND APPLICATION 3.0 22. UHS403 FOOD, NUTRITION AND HEALTH 3.0 23. USR401 FUNDAMENTAL OF SPORTS AND EXERCISE PSYCHOLOGY 3.0 24. XXX000 KURSUS LAIN YANG AKAN DIPERKENALKAN OLEH FAKULTI BERGANTUNG  JUMLAH PELAJAR DAN KELULUSAN FAKULTI SELAIN FBM 3.0
Saya amik subjek CSC413 anda akan mempelajari ilmu multimedia meliputi pengeditan imej, penghasilan video dan pengolahan grafik multimedia menggunakan perisian komputer. 
???? 2nd Elective-

NoCourse Course Description Credit Hour 1. ADE402 DIGITAL PRINTING FUNDAMENTALS 3.0 2. ADE444 EXPERIMENTAL CONSTRUCTION 3.0 3. ADE464 PROFESSIONAL FASHION STYLING 3.0 4. ADE473 TRAVEL AND STREET PHOTOGRAPHY 3.0 5. ADE474 ACTION AND SPORT PHOTOGRAPHY 3.0 6. ADE494 CURATORSHIP 3.0 7. ADS560 SOUTHEAST ASIAN AFFAIRS 3.0 8. CSC413 INTRODUCTION TO INTERACTIVE MULTIMEDIA 3.0 9. PHT485 EXERCISE PHYSIOLOGY 3.0 10. FAC412 ANIMATION HISTORY AND TECHNOLOGY 3.0 11. FDC411 MALAYSIAN CINEMA 3.0 12. HTC556 FOOD AND SOCIETY 3.0 13. HTH558 PROFESSIONAL ETIQUETTE FOR HOTELIERS 3.0 14. IMR652 MANAGEMENT OF BUSINESS RECORDS 3.0 15. IMR664 ELECTRONIC RECORD KEEPING 3.0 16. IMS456 BASIC WEB DESIGN AND CONTENT MANAGEMENT 3.0 17. LAW573 ENVIRONMENTAL LAW 3.0 18. INC410 PRINCIPLES OF INTERPERSONAL COMMUNICATION 3.0 19. SCE552 SCIENCE AND SOCIETY 3.0 20. UBM588 INTRODUCTION TO RISK AND INSURANCE 3.0 21. UCS551INTRODUCTION TO DATA ANALYTICS AND APPLICATION 3.0 22. UHS403 FOOD, NUTRITION AND HEALTH 3.0 23. USR401 FUNDAMENTAL OF SPORTS AND EXERCISE PSYCHOLOGY 3.0 24. XXX000 KURSUS LAIN YANG AKAN DIPERKENALKAN OLEH FAKULTI BERGANTUNG  JUMLAH PELAJAR DAN KELULUSAN FAKULTI SELAIN FBM 3.0
Saya ambik FDC411 sebab boleh buat filem badang 2 alif syukri. Hahaha. Subjek ni byk mempelajari sejarah, budaya, norma dan society dalam industri perfileman di Malaysia ni sejak pra kemerdekaan sehingga zaman kontemporari moden.


SEMESTER 4
Perincian some subjek akan diterangkan pada masa hadapan
???? Hubungan Etnik (CTU533) Subjek ini mempelajari konsep hubungan etnik di Malaysia, perlembagaan dan masyarakat majmuk di Malaysia ini. Subjek quitely seronok selepas kerajaan Pakatan menang PRU ke 14. Korang tunggu. Subjek tiada final exam.
???? Principles of Entrepreneurship (ENT530) Subjek ni anda akan mempelajari prinsip kesusahawanan spt strategi kesusahawanan, ciri² usahawan, perniagaan yg berkaitan dgn kesusahawanan dan byk lagi. Subjek ini tiada final exam mulai sesi Septmeber 2017 - Disember 2018, anda kene melakukan laopran kajian kes mana² usahawan dan perancangan business plan dari hasil kajian tu. Bukan setakat tu juga, anda kene buat media sosial assignments untuk jual barang business. Bagi budak lepasan dip. UiTM, jgn ingat subjek ini ade PC. Nampak sama dgn ENT300 dulu cuma korang kene jual brg wujud nyata dan daftar dgn Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Bersiap-sedialah.
???? Intermediate Macroeconomics (ECO557) Subjek ini adalah sambungan Macroeconomics level tinggi bagi pelajar lepasan dip. FBM. Memang susah advance kerana byk graph dan penerangan theory yg perlu dihafal sama spt ECO539. Subjek ini akan meneroka theory classical, keynesian, monetarist dan counterevolution terhadap interest, money dan banking sistem. Subjek ini dianggap killer dlm degree ekonomi jugak lah.
???? Business Analytics (MGT555)
Subjek ini meneroka bidang analisis perniagaan, yang telah ditakrifkan sebagai penggunaan data yg luas dlm perniagaan, iaitu analisis statistik dan kuantitatif, deskriptif, ramalan dan preskriptif. Penggunaan Excel dan software Tableau sebagai alat analitik dan visualisasi untuk menyokong analisis perniagaan akan dipelajari. Selain itu, penggunaan data mining terpilih untuk situasi membuat keputusan perniagaan juga digambarkan. Subjek ini sgt relate dan kesinambungan subjek Statistical Method (ECO541). Subjek ini tiada final exam.

???? Econometrics (ECO541)
Subjek ini memberi pengenalan kepada basic Econometrics. Econometrics bermaksud ekonomi pengukuran iaitu mengukur sesuatu data matematik untuk mendapakan keputusan polisi ekonomi   Ia merangkumi topik mengenai linear regression dengan model tunggal dan multivariat, anggaran regression berganda dan ujian hipotesis yang digunakan dalam membuat keputusan perniagaan. Masalah dalam analisis regression akan dibincangkan secara ringkas. EViews software statistik akan digunakan di dlm subjek ini untuk assignment. Subjek ini byk kira-kira dan formula berlipat kali ganda banyak. Subjek ini ade relate sikit sikit Statistical Method (ECO541) dan Business Analytics (MGT555). Jadi jgn lah buang buku dua subjek ini ye. Kan takut lupa.
???? Economics for Business and Management (ECO558)
Nama lama subjek ini ialah Managerial Economics (ECO556). Cuma ditukar nama shj, content still sama. Subjek ini menggabungkan teori ekonomi dengan alat matematik dan statistik dalam proses membuat keputusan. Ekonomi pengurusan memberi tumpuan kepada penggunaan prinsip-prinsip ekonomi mikro seperti penawaran dan permintaan, keanjalan, pengagihan sumber, diminishing returns, economies of scale dan strategi harga, sebagai alat analisis penting bagi pembuat keputusan pengurusan ekonomi. Subjek ini relate sikit-sikit dgn Econometrics (ECO541) terutama part regression yang akan digunakan dlm assignment menggunakan software EViews dan Intermediate Microeconomics (ECO539).
???? 3rd Elective - Digital Marketing (MKT559), Digital Entrepreneurship (ENT550) dan Digital Workforce (UBM599)-  Saya amik subjek Digital Workforce. Subjek ini meneroka trend baru persekitaran kerja digital melalui crowdsourcing. Pelajar akan didedahkan kepada konsep crowdsourcing, model perniagaan dan ekosistemnya. Pelajar akan mempunyai keupayaan untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran pelajar untuk menyelesaikan tugas crowdsourcing dari platform crowdsourcing dan menjana pendapatan. Mesti korang tak paham. Ok simple kan. Korang kene cari digital job dlm website freelancer.com, pastu korang kene bid resume pelbagai keje melalui website itu. Freelancer.com tawarkan pekerjaan bukan dlm Malaysia eh, tapi dari seluruh dunia keje tu dengan kemahiran dan skop bidang pekerjaan. Cth, ade sorang warga Australia offer job masukkan data finance dlm excel, korang kene buat pastu submit hasil keje tu kepada dia melalui pelbagai cara. Sekurang-kurangnya kene mendapat income RM250 ke atas. Biasanya nk dpt income senang sebab gaji yg dioffer semua dlm USD. Tapi nk bid tu susah, ikut nasib je dpt atau tk dpt sebab terlalu byk org bid keje tu. Subjek ini tiada final exam. Dua lagi subjek tiada lecture yg mengajar, jadi terpaksa amik subjek ini.


SEMESTER 5
Perincian subjek akan diterangkan pada masa hadapan
???? English Exit Test (EET699)
Malas nk explain sgt. Subjek ni takde kelas, amik exam hujung semester, bayar yuran RM30 dan syarat untuk graduate. Subjek ala-ala MUET.
???? Strategic Management (MGT657)
Subjek ini mengintegrasikan fungsi bidang perniagaan yang telah dipelajari pelajar dalam semester awal penting dalam mendiagnosis situasi perniagaan dari sudut pandangan yang strategik. Subjek ini bermula dengan gambaran keseluruhan proses pengurusan strategik. Dlm tempoh pembelajaran, pelajar akan mempelajari secara terperinci isu berkaitan persekitaran luaran dan dalaman perniagaan, pernyataan misi, perumusan strategi, pelaksanaan strategi, penilaian strategi dan kawalan. Kursus ini membolehkan pelajar membangunkan pemikiran logik, membuat keputusan dan kemahiran kepimpinan yang kritikal untuk perniagaan atau kerjaya profesional mereka.

???? Quantitative Research Methods (MGT646) Subjek ini direka untuk menghasilkan penyelidikan akademik untuk ijazah dalam bidang Kewangan dan Ekonomi. Bahagian pertama subjek memberi tumpuan kepada cara menyusun cadangan penyelidikan, termasuk membangunkan soalan penyelidikan, mengkaji semula dan mensintesis penyelidikan dan penulisan sebelum dan memahami unsur-unsur laporan penyelidikan akademik. Pelajar akan bekerja dalam membangunkan reka bentuk penyelidikan yang sesuai dan munasabah, memandangkan perbezaan kaedah alternatif. Kalau tak paham, ia dua ayat je, buat project paper or project thesis.

???? Economics Issues and Policies (ECO649) Subjek ini membincangkan isu dan dasar ekonomi semasa Malaysia berhubung Rancangan Malaysia Ke-11 dan policie kerajaan dalam menentukan hala tuju ekonomi. Ia memberikan pandangan yang lebih mendalam mengenai isu semasa di mana pelajar dikehendaki menganalisis dan menilai isu-isu serta merumuskan kursus tindakan yang mungkin. Subjek ni tak de final exam. Subjek 100% assessment mcm presentation, project paper, lawatan, seminar, perbahasan, talk dan kerja komuniti.

???? Public Finance (ECO648) Subjek ini mengkaji dan menganalisis peranan ekonomi kerajaan dalam menjalankan aktiviti dan cara alternatif untuk membiayai aktiviti-aktiviti ini. Ia menekankan kesan aktiviti ini terhadap kesejahteraan masyarakat. Ia meliputi aktiviti fiskal kerajaan dan sistem pendapatan, sistem perbelanjaan, hutang negara dan beberapa aspek kewangan kewangan awam.

???? Enviromental Economics (ECO646)
Ini adalah satu subjek ekonomi alam sekitar. Sukatan pelajaran kursus termasuk isu-isu alam sekitar, masalah dan dasar. Contoh isu alam sekitar tempatan, asing dan antarabangsa disentuh, masalah dan dasar dibincangkan dan dibezakan. Byk belajar pollution, waste, jerebu yang diaplikasikan dalam ekonomi. ???? 4th Elective-

NoCourse Course Description Credit Hour 1. ADE402 DIGITAL PRINTING FUNDAMENTALS 3.0 2. ADE444 EXPERIMENTAL CONSTRUCTION 3.0 3. ADE464 PROFESSIONAL FASHION STYLING 3.0 4. ADE473 TRAVEL AND STREET PHOTOGRAPHY 3.0 5. ADE474 ACTION AND SPORT PHOTOGRAPHY 3.0 6. ADE494 CURATORSHIP 3.0 7. ADS560 SOUTHEAST ASIAN AFFAIRS 3.0 8. CSC413 INTRODUCTION TO INTERACTIVE MULTIMEDIA 3.0 9. PHT485 EXERCISE PHYSIOLOGY 3.0 10. FAC412 ANIMATION HISTORY AND TECHNOLOGY 3.0 11. FDC411 MALAYSIAN CINEMA 3.0 12. HTC556 FOOD AND SOCIETY 3.0 13. HTH558 PROFESSIONAL ETIQUETTE FOR HOTELIERS 3.0 14. IMR652 MANAGEMENT OF BUSINESS RECORDS 3.0 15. IMR664 ELECTRONIC RECORD KEEPING 3.0 16. IMS456 BASIC WEB DESIGN AND CONTENT MANAGEMENT 3.0 17. LAW573 ENVIRONMENTAL LAW 3.0 18. INC410 PRINCIPLES OF INTERPERSONAL COMMUNICATION 3.0 19. SCE552 SCIENCE AND SOCIETY 3.0 20. UBM588 INTRODUCTION TO RISK AND INSURANCE 3.0 21. UCS551INTRODUCTION TO DATA ANALYTICS AND APPLICATION 3.0 22. UHS403 FOOD, NUTRITION AND HEALTH 3.0 23. USR401 FUNDAMENTAL OF SPORTS AND EXERCISE PSYCHOLOGY 3.0 24. XXX000 KURSUS LAIN YANG AKAN DIPERKENALKAN OLEH FAKULTI BERGANTUNG  JUMLAH PELAJAR DAN KELULUSAN FAKULTI SELAIN FBM 3.0
Saya amik UBM588. Siapa dari diploma in business, banking or insurance nk amik subjek ni. Please, jgn buang buku INS200. Akan guna semula subjek ni cuma subjek ni detail sedikit. Subjek ni mempelajari tentang pengurusan risiko yang perlu dinilai, analisis dan pengiraan untuk diinsuranskan dan juga mempelajari dunia insurans dan jenis jenisnya.


SEMESTER 6
???? Internship (MGT666)
Welcome last semester gais. Welcome to dunia pekerjaan yang mencabar dgn tiada bantuan member, family, masuk pun terpinga-pinga dan mcm budak baru darjah 1 masuk sekolah. Internship adalah requirement wajib untuk pelajar last semester semua degree fakulti di FBM dan semua fakulti di UiTM semalaysia. Intership ni korang kene apply keje kat mana-mana company or sektor kerajaan dengan mendapat dahulu kelulusan pihak fakulti untuk dpt apply dgn company. Tak kisah mana-mana company korang nak. Tak semestinya kos finance nk mohon bhg corporate finance. Nak keje Foodpanda dan Grab pun boleh. Haha. Di UiTM Palam, Salam, Sg. Buloh, Puncak Perdana, hanya area lembah klang boleh apply keje. Luar lembah klang perlu surat bukti kukuh untuk dapat kelulusan fakulti. Tempoh internship mengambil masa 24 weeks, biasa mula bulan February bagi sesi pengajian March - July dan August bagi sesi pengajian Sept - Jan. Betul betul lepas dua minggu habis final exam. Hahahahaha, sakit kan. Kenapa lama sgt, sebab bermula semester March - July 2019, Final Year Project (FYP) atau Thesis sudah dihapuskan. Anda perlu buat report je. Sepanjang tempoh Internship anda perlu melapor diri, bekerja dengan company or sektor kerajaan, buat report ke fakulti, berjumpa dgn penasihat intern masing-masing. Yg sektor kerajaan tu berjimat jimat lah memandangkan Syed Saddiq dah lulus elaun RM900. Boleh guna duit sambung Master. Goodluck. 


July 2020 saya akan tamat sepenuhnya intern.. Tahun depan pulak saya buat entries pasal master. Cadang nk sambung master in business economics jika Allah SWT mengizinkan dan memberkati rezeki saya. Amin.

Hit: 0 Laman Asal