RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 6 http://hayazi040669.blogspot.com/

Tahun:  6 Bestari
Masa:  1 Jam
Bidang:  Membuat Corak dan Rekaan   Tajuk:  Corakku Rekaanku   Aktiviti: Hiasan Permukaan 2D dan 3D   Pengetahuan sedia ada: 1. Murid-murid pernah mempelajari corak dan rekaan bermotifkan alam dan buatan manusia. 2. Murid-murid telah mempelajari benda 2D dan 3D.
Hasil Pembelajaran:  Pada akhir pelajaran murid dapat: Aras 1 - Menggunakan bahan: teknik dan corak yang sesuai untuk menghiasi permukaan 2 D dan 3 D. Aras 2 - Mengolahkan motif berdasarkan objek alam dan objek buatan manusia bagi  menghasilkan rekaan corak dan rekaan. Aras 3 - Menguasai beberapa kemahiran, kawalan tatacara dan disiplin kerja dalam menghasilkan corak dan rekaan.
Objektif :  Pada akhir pelajaran ini murid dapat: i.   Menggunakan bahan serta teknik menghasilkan corak yang sesuai untuk menghiasi permukaan 2D dan 3D.  ii. Mengaplikasikan corak bermotifkan alam dan objek buatan manusia dalam rekaan yang dihasilkan.  iii.   Menguasai kawalan tatacara dan disiplin seperti kekemasan, ruang dan warna dalam menghasilkan corak dan rekaan.
ABM:  Objek 2D dan 3D yang telah dihias permukaannya, objek 2D dan 3D yang belum dihias.   Alat dan Bahan:  Persediaan guru:
Gambar hiasan permukaan 2D dan 3D, kotak, kad berbentuk motif, hisilan guru,  carta langkah, pelbagai jenis warna.                                                  Persediaan murid:
Objek 2D atau 3D, kertas lukisan, pensil, pensil warna, warna air, gunting, Pembaris dan gam.   Nilai:  Kebersihan, berdisiplin, dan kerjasama   KBKK:  Murid dapat menjana idea secara kreatif dan dapat menghargai benda-benda sekeliling. 


Langkah Masa Isi Pelajaran/Fokus Pembelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Strategi P&P Nilai / catatan Set Induksi (5 minit) ·         Kotak Misteri Teka bentuk Objek motif alam dan buatan manusia. Guru menyediakan sebuah kotak dinamakan kotak misteri yang mengandungi kad bentuk yang bermotifkan alam dan buatan manusia.
Murid akan mengambil kad bentuk tanpa melihat ke dalam kotak dan menerangkan bentuk yang terkandung pada kad tersebut. Nilai: Bekerjasama Berusaha
Kemahiran generic Verbal Linguistik Langkah 1 (10 minit) ·      Definisi dan contoh motif alam dan buatan manusia. Guru menjelaskan secara ringkas definisi dan contoh-contoh motif alam dan buatan manusia. Nilai: Tekun, Kerajinan, Hormat
Kemahiran Generik Visual, ruang, bentuk dan warna. Langkah 2 (10 minit) ·      Hasilan guru: Hiasan permukaan 2D dan 3D Pengenalan alat dan bahan Guru menunjukkan beberapa contoh hiasan permukaan 2D dan 3D yang menggunakan bentuk motif alam dan buatan manusia. Guru mengarahkan murid mengeluarkan alat dan bahan yang telah dibawa oleh murid.
Guru menerangkan kegunaan setiap alat dan bahan yang akan digunakan untuk aktiviti hari ini Hasilan guru Carta langkah Objek 2D dan 3D Nilai: Kebersihan Berdisiplin Kemahiran generik
Kinestetik Visual ruang Langkah 3 (30 minit) ·      Demonstrasi guru dan aktiviti Guru mengarahkan murid mengeluarkan alat dan bahan yang telah dibawa oleh murid.
Guru menunjukkan demonstrasi cara menghasilkan corak dan rekaan hiasan permukaan 2D dan 3D sambil diperhatikan oleh murid.
Aktiviti menghasilkan hiasan permukaan 2D dan 3D oleh murid-murid mengikut bentuk motif yang dipilih iaitu motif alam dan buatan.
Guru memerhatikan murid sepanjang aktiviti dilaksanakan. Nilai : Bekerjasama Kebersihan Tolong menolong Berdisiplin
Kemahiran Generik Verbal linguistic Visual-ruang, warna, bentuk Penutup (5 minit) ·      Sesi apresiasi dan refleksi kerja murid Guru mempamerkan dan seterusnya menceritakan tentang hasil kerja mereka.
Murid membuat pameran hasil kerja mereka.
Menyatakan perasaan diri terhadap kegiatan yang dijalankan.
Guru menilai hasil kerja murid-murid dan membimbing murid untuk melakukan penilaian terhadap kerja mereka. Nilai: Keberanian Hormat-menghormati Bekerjasama
Kemahiran generic Verbal linguistik                                              
Hit: 0 Laman Asal

Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/waktusolat/public_html/modules/mod_out/extract_main.php on line 66