Telah bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud: "Enam perkara yang
dipandang asing di enam tempat, iaitu : Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya. Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya. Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya). Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya. Lelaki muslim yang s...
Telah bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud: "Enam perkara yang
dipandang asing di enam tempat, iaitu : Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya. Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya. Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya). Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya. Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya. Dan orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya." Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda: " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan."
"Ini nyanyi rindu, kerja TUHAN siapa tahu"
Saya sokong. Memang pandangan org kita tak boleh ubah. Tapi kita kene ubah diri kita.
Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum kalau kaum tu tak berusaha tok mengubahnya.