Remaja berpesta arak kena serbu
KOTA BHARU: Sepuluh remaja, termasuk tiga gadis belasan tahun, yang berpesta arak di belakang sebuah kedai kopi di Kampung Kemumin, Pengkalan Chepa, dekat sini, bertempiaran lari apabila diserbu polis, awal pagi kelmarin.
Bagaimanapun, dua daripada mereka ditahan selepas gagal melarikan diri apabila terlanggar sebatang kayu sebelum tersembam ke dalam air buangan dari kedai berkenaan.
Bagaimanapun, lapan lagi remaja, dipercayai turut mabuk, melarikan di...
Remaja berpesta arak kena serbu
KOTA BHARU: Sepuluh remaja, termasuk tiga gadis belasan tahun, yang berpesta arak di belakang sebuah kedai kopi di Kampung Kemumin, Pengkalan Chepa, dekat sini, bertempiaran lari apabila diserbu polis, awal pagi kelmarin.
Bagaimanapun, dua daripada mereka ditahan selepas gagal melarikan diri apabila terlanggar sebatang kayu sebelum tersembam ke dalam air buangan dari kedai berkenaan.
Bagaimanapun, lapan lagi remaja, dipercayai turut mabuk, melarikan diri ke dalam semak berhampiran kedai berkenaan dan meninggalkan botol minuman keras.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, 10 remaja terbabit dikatakan asyik berkongsi meminum arak di kawasan berkenaan sambil menyanyi tanpa menghiraukan orang ramai.
Metro Ahad difahamkan, kumpulan remaja terbabit memang sering berkumpul dan minum arak di kawasan itu sehingga menimbulkan gangguan kepada penduduk berhampiran. Namun, penduduk tidak berani menegur perbuatan mereka kerana dikatakan cenderung bertindak agresif.
"belakang parang kalau di asah tajam juga"
"belakang parang kalau di asah tajam juga"