Sang pengkhianat mula dipuja-puja....si laknat ini meneruskan agendanya untuk kembali ke Tanah Leluhur Warisan Bonda yang pernah diinjak-injak dengan kaki komunisnya, yang pernah diludah-ludah dengan ideologi fasisnya...
Kurang Ajar.....kenapa pula kini mahu kembali...lalu mendapat simpati dan penghormatan sebagai salah seorang Pejuang Kemerdekaan? ...adakah seorang patriotik mengistihar perang terhadap Yang di-pertuan Agong....adakah seorang patriotik dengan tujuan menghalal cara?
Wahai ...

Wahai Chin Peng.....si bangsat serta konco-konconya!!!!
Selamat datang aku ucapkan ke Lembah Durjana ....durjana yang pernah kau cipta.....1948-60...1960-89....kerana nyawamu akan kutagih....demi DENDAM para juak penjurit yang telah kepetangan.....yang kini cacat...hina dina lagi tersisih di bumi yang pernah menyerap darah merahnya dulu....sedang kau datang mahu mendapat pengiktirafan rasa serta secubit senang...di atas kononnya nama perjuanganmu dulu
AMIR ......kaulah si Kitol dan Raja Mandeliar itu.....entah apa yang engkau cuba buktikan Amir, adakah populariti murahan yang kau cari, dengan membuat filem dokumentari kontroversi? Tergamaknya kau meremuk luluh hati dan jantung para pejuang-pejuang merdeka, yang matinya tanpa nisan dan hidupnya tanpa ikhsan? Mahukah engkau ku tampar pipimu, sebagai ajar orang kurang ajar sepertimu......atau mahukah engkau cuba Amir...amuk pendekar yang tahunya hanya maut dan ajal?
Duhai kekanda sang penjurit kepetangan sekalian...izinkan adinda meneruskan perjuangan.....biar putih tulang namun putih mata ini jangan....tidakkan kuizin sang petualang menginjak bumi aman hasil keringat dan darahmu....akan terus kutusuk keris lok tujuh yang kalian tinggalkan dulu ke jantung hitam petualang itu....aku tusuk...dan itu janjiku
TAAT SETIA......When war comes to our doorstep, the very existence of the nation and society will depend on 'A Few Good Men'...who call themselves
abang tompang lalu depan tangga je tadi,,
deila ,, sampaikan salam kat tuan umah yerr