MOSCOW: Seorang wanita Russia dilaporkan melahirkan anak perempuan yang hanya mempunyai satu mata.
Bayi ganjil itu melihat dunia dengan hanya satu mata biru besar, bernafas menggunakan belalai yang tumbuh pada dahi sebelum mati, lapor akhbar Komsomolskaya Pravda, kelmarin.
Salah seorang doktor di Hospital St Petersburg memberitahu akhbar itu, bayi ganjil yang dianggap dajal oleh penduduk setempat dilahirkan oleh seorang ibu normal.
Bayi pelik itu mempunyai rambut dan bulu roma teba...
MOSCOW: Seorang wanita Russia dilaporkan melahirkan anak perempuan yang hanya mempunyai satu mata.
Bayi ganjil itu melihat dunia dengan hanya satu mata biru besar, bernafas menggunakan belalai yang tumbuh pada dahi sebelum mati, lapor akhbar Komsomolskaya Pravda, kelmarin.
Salah seorang doktor di Hospital St Petersburg memberitahu akhbar itu, bayi ganjil yang dianggap dajal oleh penduduk setempat dilahirkan oleh seorang ibu normal.
Bayi pelik itu mempunyai rambut dan bulu roma tebal, mempunyai satu mata di tengah muka selain satu belalai yang tumbuh di atas matanya.
Ibu yang berusia lingkungan 30-an itu dilaporkan melahirkan bayi yang dikandungnya selama tujuh bulan di rumah kerana tidak sempat ke hospital.
Pada awalnya doktor menyangka, belalai pada bahagian atas mata bayi berkenaan adalah zakar tetapi akhirnya mendapati ia adalah alat pernafasan untuk bayi berkenaan.
Mayat bayi berkenaan dihantar ke sebuah rumah mayat dan pakar forensik melakukan pemeriksaan rapi terhadap mayat berkenan. Menerusi pemeriksaan, doktor mendapati bayi berkenaan mempunyai banyak kecacatan lain yang tidak memungkinkan ia hidup.
Ibu bapa bayi berkenaan dilaporkan tidak sanggup melihat bayi berkenaan menyebabkan doktor terpaksa mengawetnya dan menempatkannya di dalam botol yang dipenuhi cecair bahan pengawet.
“Ia satu kejadian pelik,†kata pakar bidan, Ivan Rylchikov. – Agensi
Wallahu'alam
(Andai hidup punca perpisahan,
biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan,
biarlah hidup ini membawa ERTI yang NYATA