Apabila peminta sedekah datang meminta sedekah, baginda Rasullullah s.a.w akan merapatkan telinganya kepada si peminta sedekah tersebut. Baginda tidak akan meninggalkan si peminta sedekah ataupun orang-orang yang mempunyai hajat, hinggalah peminta sedekah itu sendiri yang meninggalkan baginda s.a.w setelah hajatnya dipenuhi oleh baginda s.a.w.
Seorang hanba perempuan dari kalangan penduduk Madinah telah memegang tangan Rasulullah s.a.w dan membawa baginda s.a.w. mengikutnya bagi memenuhi hajat...
Apabila peminta sedekah datang meminta sedekah, baginda Rasullullah s.a.w akan merapatkan telinganya kepada si peminta sedekah tersebut. Baginda tidak akan meninggalkan si peminta sedekah ataupun orang-orang yang mempunyai hajat, hinggalah peminta sedekah itu sendiri yang meninggalkan baginda s.a.w setelah hajatnya dipenuhi oleh baginda s.a.w.
Seorang hanba perempuan dari kalangan penduduk Madinah telah memegang tangan Rasulullah s.a.w dan membawa baginda s.a.w. mengikutnya bagi memenuhi hajatnya.
Seorang wanita yang mempunyai sesuatu kekurangan pada akalnya telah berkata kepada Rasulullah s.a.w. "ya Rasulullah! aku mempunyai hajat bagi kamu memenuhinya." Rasulullah s.a.w pun bersabda kepada wanita itu: "Wahai ibu kepada si fulan! Bawalah aku ke lorong mana yang kamu kehendaki hingga aku boleh menunaikan keperluan kamu." Rasulullah s.a.w. pun mengikut wanita itu hinggalah keperluan wanita itu dipenuhi oleh baginda s.a.w.
petikan dari buku "Pendidikan sopan santun oleh Rasulullah s.a.w