3 org budak
Ada 3 orang budak bersembang pasal cita-cita dia orang...
Lina:ko dah besar nak jadi apa?
Ah chong: saya da besa nak jadik Superman woo
Lina: saya dah besar nanti jadik supergirl
Ahmad:(Sambil korek idung) Saya nak jadi supermarket... macam-macam ada...
Surat Mintak keje
Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor.
(Rumah pakcik saya)
Malaysia Airlines System
12 mei 2004
Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines Syst...
3 org budak
Ada 3 orang budak bersembang pasal cita-cita dia orang...
Lina:ko dah besar nak jadi apa?
Ah chong: saya da besa nak jadik Superman woo
Lina: saya dah besar nanti jadik supergirl
Ahmad:(Sambil korek idung) Saya nak jadi supermarket... macam-macam ada...
Surat Mintak keje
Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor.
(Rumah pakcik saya)
Malaysia Airlines System
12 mei 2004
Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.
Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no
k/p831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang
teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh
tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun
begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga adalah
seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja
disini. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP.
Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.
- Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan
akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.
3.Akademik. Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000
Matapelajaran :(gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains. 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B
Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK). Sijil Kejuruteraan Automotive
(Tahap 1&2) dari Institut Latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
- Pengalaman kerja. Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh, Perak.
Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala
Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu).
Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.(pusat serenti)
- Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat
tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan
belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya
berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang
kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan
ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini.
Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil
tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai
dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan
yasin.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan ¾
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor
Malang
Sorang husband balik dari outstation dgn mata lebam kiri dan kanan. Bila bini dia tanya, katanya... masa kat escalator airport, sorang awek cun berskirt di depan dia. Elok je depan mata dia, skirt awek tu tersepit
gak kat celah ponggong dia, so, dengan baik atinya, dia tarik le... so,
awek tu bengang, terus tumbok dia...
"Debuk" lebam nombo 1 kat mata kanan. Dalam ati dia kata... 'mungkin awek ni marah sbab aku tarik kain dia tadi'...so, dia pun tolak le balik
kain tu masuk... dan seterusnya "debuk" untuk lebam ke2 di mata kiri...
Kesian... kan? dan lepas husband ni abis bercerita, idung dia plak
berdarah dan patah kerana ditumbok oleh bini dia sebab baru tau laki dia menggatal...
Surat untuk ayah
Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:
Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah
untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang
sebanyak Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya
memberontak.
Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan
saya.
Salam dari anakanda,
Sarip.
p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba
untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat.
Saya
ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini
pasti
menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula
surat ini, tapi sudah terlambat.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang
mengandungi ayat yang ringkas,
Untuk Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"
Dari Ayahmu.
wassalam
Impianku tetap direalisasi untuk jadi Usahawan yang berjaya...
Impianku tetap direalisasi untuk jadi Usahawan yang berjaya...