Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah
tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita …....
Beliau datang dengan tersenyum dan wajah bersih
di muka pintu rumah kita..
Apa yang akan kita lakukan?
Mestinya kita akan sangat berbahagia,
memeluk beliau erat-erat,
dan lantas mempersilakan beliau masuk
ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat
agar Rasulullah SAW sudi menginap
beberapa hari di
rumah kita.
Beliau tentu tersenyum.....
T...
Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah
tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita …....
Beliau datang dengan tersenyum dan wajah bersih
di muka pintu rumah kita..
Apa yang akan kita lakukan?
Mestinya kita akan sangat berbahagia,
memeluk beliau erat-erat,
dan lantas mempersilakan beliau masuk
ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat
agar Rasulullah SAW sudi menginap
beberapa hari di
rumah kita.
Beliau tentu tersenyum.....
Tapi barangkali
Kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu
sebentar di depan pintu kerana kita teringat video CD
Rated 18xxx
yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa
memindahkan
dahulu CD tersebut ke dalam. Beliau tentu tetap
tersenyum.....
Atau barangkali,
kita teringat akan lukisan wanita separuh
telanjang yang
kita gantung diruang tamu kita, sehingga
kita terpaksa
juga memindahkannya ke belakang secara
tergesa-gesa..
Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan
Muhammad yang ada diruang samping dan
meletakkannya di ruang tamu.
Beliau tentu tersenyum.....
Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia
menginap dirumah kita?
Barangkali kita teringat bahawa anak kita
lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal
selawat kepada Nabi.
Barangkali kita menjadi malu bahawa
anak-anak tidak mengetahui sedikitpun sejarah
Rasulullah SAW,
kerana kita lupa dan lalai mengajari
anak-anak kita.Beliau tentu tersenyum.....
Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak
mengetahui satupun nama keluarga
Rasulullah SAW dan
sahabatnya, tetapi hafal di luar kepala
mengenai anggota
Power Rangers atau Penyu Ninja.
Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi
menjadi ruang solat.
Barangkali kita teringat bahawa perempuan dirumah kita
tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk
berhadapan dengan Rasulullah SAW.
Beliau tentu tersenyum.....
Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan
anak-anak kita..
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita..
Kemanakah kita harus menyingkirkan semua koleksi
tersebut
demi menghormati junjungan kita?
Barangkali kita menjadi malu diketahui
junjungan kita
bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan
berbunyi.
Beliau
tentu tersenyum.....
Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat
azan Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV.
Barangkali
kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir
seluruh
waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
tidak pernah menjalankan solat sunat.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
jarang membaca Al-Quran.
Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak
mengenal tetangga-tetangga kita.>
Beliau tentu tersenyum.....
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW
menanyakan kepada kita siapa nama tukang
sampah yang
setiap hari lewat di depan rumah kita.
Barangkali kita
menjadi malu jika Rasulullah bertanya
tentang nama dan
alamat tukang penjaga masjid di tempat kita.
Betapa senyum beliau masih ada di situ.....
Bayangkan apabila Rasulullah SAW
tiba-tiba muncul di depan rumah kita... Apa yang akan
kita lakukan?
Masihkan kita memeluk junjungan kita dan
mempersilakan
beliau masuk dan menginap di rumah kita?
Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak
beliau berkunjung ke rumah kerana hal itu
akan sangat membuat kita kalut dan malu?
Maafkan kami, ya Rasulullah.....
Masihkah beliau tersenyum.....?
Senyum pilu, senyum sedih dan senyum
getir..... Oh, betapa memalukannya kehidupan kita
saat ini di mata
Rasulullah saw.....
ma'assalammah....