Assalamualaikum...Cuma nak post citer yg ringan jerk...utk rehatkan minda seketika..
Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke
Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara
penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk
disebelahya.
Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda
bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul
berapa sekarang?"
Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita
tujukan kepada sesiapapun kan?
Dan sela...
Assalamualaikum...Cuma nak post citer yg ringan jerk...utk rehatkan minda seketika..
Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke
Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara
penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk
disebelahya.
Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda
bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul
berapa sekarang?"
Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita
tujukan kepada sesiapapun kan?
Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali
ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri
sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran,
berkata pemuda tersebut. Dia mengulanginya sampai 3
kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa
sebarang riak dari wajahnya.
Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan
berkata, Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap
pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?
Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya
tidak mahu menjawap,tapi nanti kalau saya jawap, kita
pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu,
dan akhirnya kita akan bertambah mesra."
Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu.
Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita
menjadi lebih mesra?"Orang tua itu berkata lagi,
"Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan
isetri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita
akan turun sama-sama. Dan saya pasti mengenalkan
mereka kepada kamu."
Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah.
"Kemudian?" tanyanya lagi.
"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang,
takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu
akan mandi dan berehat di rumah saya,dan juga akan
kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh
menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan
menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan
menjadi menantu saya," katanya lagi.
Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin
bingung.
Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua
ini dengan pertanyaan saya yang pertama?
Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan
lantang, "Masalahnya?, SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI
MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PONG TAKDERRR!"
buek eh pemudo tu berjawatan bosar...melopong yo pakcik tu karang
RUGBY RUGGER'S RUGGED