mrBelacan
mrBelacan
21 years
3389 Lihatan

Iskandar Zulkarnain, Alexander, Sains dan al-Quran

Saya post artikel ini bukan tanda menyokong, tapi bincangkan lah tentang article ini kerana ia boleh mengelirukan umat islam. Saya bukan ahli dalam hal ini. tetapi ingin sekali membaca respon2 dari yg pakar dalam hal ini.

Sifat-sifat Firman Tuhan yang Murni dan Tidak Bercela

Para Muslim sentiasa menonjolkan tuntutan 'kesempurnaan' dan gaya Bahasa Arab 'yang indah' sebagai bukti kesempurnaan al-Quran. Kononnya, adalah mustahil untuk sesiapa pun menemui apa-apa yang tercela di dalamnya - ya...

5 comments
Kongsi kiriman ini

Komen (5)

mrBelacan
Tiada lagi sesiapa yg nak bagi respon ker?
21 years
mrBelacan
ini alamat website di mana article ini ditemui http://answering-islam.org.uk/Bahasa/Quran/Sifat2Murni.html
21 years
en. dzul
Astaghfirullahal`azim... Ya Allah lindungi aku dari segala macam kepalsuan dan fitnah...

Agama bukanlah sesuatu yang boleh di pikirkan secara logik akal...

Ia banyak berkaitan dengan perkara perkara ghaib

"Imanubilghaib"

Firman Allah:

"Alif, Laam, Miim.

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka."

(1-3 Al-Baqarah)

Jikalau kita hanya pandang pada benda zahir sahaja(melalui akal fikiran & mata kasar) maka susah iman nak masuk dalam hati kita

Sebagai contoh perintah Allah suruh kita mencari rezeki(makan) & Rasulullah suruh kita makan apabila lapar... tapi kita kena yaklin bahawa yang bagi rezeki dan bagi kenyang ialah Allah... jangan yakin nasi yang bagi kenyang

itulah iman... percaya pada perkara ghaib... Awas! pelihara iman anda kerana ia amat berharga

satu cerita tentang satu orang ustaz di tanya oleh seorang cina(non muslim)...

kata cina tu "hari tu saya tengok kawan saya seorang muslim, dia pegi sembahyang, waktu tengah sembahyang dia terkentut, kemudian dia pegi basuh muka dia, basuh tangan dia, basuh kaki dia... yang saya pelik ialah kenapa dia tak basuh dia punya punggung padahal dia kentut?tapi dia basuh benda lain pulak..."

ok kalau kita lihat di sini, cina tadi menggunakan logik akal... betul tak? dan mungkin ada di antara anda yang rasa......... betul gak soalan cina tu.....

Jadi ustaz ni pun jawab"Katakanlah satu hari U naik lif, dan dalam lif tu ramai orang... kemudian U terkentut, berbunyi pulak tu... U rasa U punya punggung ka malu...? atau U punya muka yang malu...?" cina tu jawab"mestila muka saya yang malu....... oooo macam tu ka"
21 years
comel
sy xsetuju atrikel sebegini diutarakan,amat mengelirukan ...boleh membawa kepada byk masalah nnti. dari mana anda dpt aritikel sebegini,wlaupan sy bukan pakar dlm bidang ini,sy amat tidak berpuas hati dgn kandungan aritkel diatas, sy tetap berpendirian teguh dgn sunnah dan Al-Quran
21 years
Imam Nur
101. (Dia lah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.

Surah Al An'aam Ayat 101

No doubt! Verily, the Auliya' of Allah and love Allah much, no fear shall come upon them nor shall they grieve.
21 years
Hantar Komen
Tambah foto atau video
Bersikap hormat dan membina.