Setiap manusia sangat arif tentang sesuatu perkara yang mungkin tidak sama seperti kepahaman orang lain, tetapi susah sekali mencari orang yang benar-benar yakin dengan ilmu yang mereka tahu dan arif itu kerana keyakinan itu hanyalah anugerah dari pencipta. Tanpa keyakinan ilmu pengetahuan tidak berguna. Justeru, memiliki keyakinan dalam pengetahuan itu sangat penting terutamanya dalam memahami dan mengenali pencipta. Dengan keyakinan itu kita tidak hanya mempelajari dan menjadi arif tentang se...
Setiap manusia sangat arif tentang sesuatu perkara yang mungkin tidak sama seperti kepahaman orang lain, tetapi susah sekali mencari orang yang benar-benar yakin dengan ilmu yang mereka tahu dan arif itu kerana keyakinan itu hanyalah anugerah dari pencipta. Tanpa keyakinan ilmu pengetahuan tidak berguna. Justeru, memiliki keyakinan dalam pengetahuan itu sangat penting terutamanya dalam memahami dan mengenali pencipta. Dengan keyakinan itu kita tidak hanya mempelajari dan menjadi arif tentang semashaf Al-qur'an dan seluruh kitab hadith tetapi juga meyakini isi kandungannya dengan kepastian jitu. Dengan adanya keyakinan ini, barulah kita boleh dianggap memliki sesuatu ilmu pengetahuan dan bila kita memiliki ilmu itu maka layaklahkita untuk menyampaikan ilmu tadi kepada orang lain.
Kepastian dan keyakinan itu adalah sifat para anbiya' dan para auliya'. Keyakinan dan kepastian yang mereka miliki itulah yang membawa Jibrail turun dari syurga menemui mereka dan menyampaikan wahyu kepada mereka.
Kebenaran tetap ada walau dalam kesamaran