Assalamualaikum sahabat2 sekelian semoga hari ini anda ceria dan gembira….
ash inginkan sedikit pandangan dan pendapat dari sahabat2 semua…
Situasinya begini….
‘seorang wanita yang mempunyai impian tentang cinta pertamanya iaitu cinta pertama hanya akan diberikan pada insan yang bergelar suami.
Hadirnya cinta ditika dirinya masih belum bersedia. Oleh yang demikian cinta yang hadir sentiasa ditolak demi untuk merealisasikan impiannya…dia hanya akan me...
Assalamualaikum sahabat2 sekelian semoga hari ini anda ceria dan gembira….
ash inginkan sedikit pandangan dan pendapat dari sahabat2 semua…
Situasinya begini….
‘seorang wanita yang mempunyai impian tentang cinta pertamanya iaitu cinta pertama hanya akan diberikan pada insan yang bergelar suami.
Hadirnya cinta ditika dirinya masih belum bersedia. Oleh yang demikian cinta yang hadir sentiasa ditolak demi untuk merealisasikan impiannya…dia hanya akan menyerahkan kasih dan sayangnya hanya pada yang berhak.
Dia mempunyai sebab kenapa dia membina impian tersebut…mungkin takut kecundang dipertengahan jalan dan takut iman nya yang nipis akan memusnahkan seluruh hidupnya.
Walaupun terlalu cetek pengetahuan agamanya namun didikan daripada keluarga mengajar segala2nya., tidak pernah dia melibatkan diri dengan gejala yang tidak sihat apa lagi ingin melakukan perkara terlarang…hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.
Suatu hari hatinya terbuka buat insan yg bergelar lelaki disaat ia benar2 bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Mengenali lelaki itu membuatkan dirinya merasa disayangi. Seorang lelaki yang pada zahirnya patuh pada perintahNYA…diatas nama kejujuran, lelaki itu telah menceritakan masa silamnya yang penuh dengan noda dan pernah membuat perkara terlarang. Namun hari ini, sekarang dan selama2nya dia insaf diatas perbuatan yang dilakukan.
Hati dan perasaan nya hancur luluh mendengar pengakuan itu. Hati dan fikirannya berada didalam dilema untuk menerima hakikat dan kenyataan tersebut. mempersoalkan bagaimana dengan keturunannya, sejauhmana kah pendiriannya, dan sejauhmanakah perubahannya. Walaupun perkara yang berlaku telah lama berlalu namun kesannya berpanjangan’…
kesenangan yg datang selepas kesusahan semuanya adalah nikmat dr tuhan...ash_widuri01@yahoo.com
bersimpati laaa jg dgn kisah nih...
p/s:teringat masa gathering paling skit...masa tu 4 org je...awal tahun 2004...
Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...