"Orang yang bijak adalah orang yang berkawan dengan kawan"
"Orang yang bijak adalah mereka yang berkawan dengan musuh"
"Orang yang bijak adalah mereka yang bijak memilih kawan-kawannya"
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri kita sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,kita beruntung kerana jika mempunyai
seseorang sahabat yang memahami kita.Sebagaimana kita mengharapkan
keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi
kita...
"Orang yang bijak adalah orang yang berkawan dengan kawan"
"Orang yang bijak adalah mereka yang berkawan dengan musuh"
"Orang yang bijak adalah mereka yang bijak memilih kawan-kawannya"
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri kita sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,kita beruntung kerana jika mempunyai
seseorang sahabat yang memahami kita.Sebagaimana kita mengharapkan
keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi
kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang
harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak
menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan
keadaannya. Bagi kita itu alasannya untuk menutup kesilapan dan
membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-
nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri
seribu alasan 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu
terfikirkah kita akan perasaannya??Seperti kita dia juga tahu rasa
kecewa tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa berada di sisi kita
pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita.
Segala rasa kecewa, ketakutan, harapan dan impian kita luahkan. Bila
terkeliru dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita kadang-
kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi
bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya, rasa takutnya???
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan
kita???
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya???
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup
semangat setiap kali merasa kecewa dan menyerah kalah???
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah agar tidak
rebah???
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan???
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan kita kerana dia
juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,
sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia
ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita
sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang
ingin diluahkan, disebalik ketenangannya mungkin tersimpan seribu
kekalutan. Kita tidak tahu...Tetapi jika kita cuba jadi sahabat
seperti dia,...mungkin kita akan tahu.......
"Udep Sare Mati Syahid"
"belakang parang kalau di asah tajam juga"