Daripada NIEZAM ABDULLAH
PHANG NGA (Thailand) 13 Jan. - Satu lagi keajaiban berlaku apabila lebih 2,000 penduduk Islam di Pulau Panyee di sini terselamat sedangkan kawasan di sekitar pulau itu musnah akibat malapetaka tsunami yang melanda pada 26 Disember lalu.
Penduduk terbabit yakin perkampungan mereka di pulau itu `dilindungi' kerana langkah mengharamkan sebarang aktiviti maksiat termasuk meminum minuman keras sejak kawasan itu dijadikan pusat pelancongan sejak lima tahun lalu.
...
Daripada NIEZAM ABDULLAH
PHANG NGA (Thailand) 13 Jan. - Satu lagi keajaiban berlaku apabila lebih 2,000 penduduk Islam di Pulau Panyee di sini terselamat sedangkan kawasan di sekitar pulau itu musnah akibat malapetaka tsunami yang melanda pada 26 Disember lalu.
Penduduk terbabit yakin perkampungan mereka di pulau itu `dilindungi' kerana langkah mengharamkan sebarang aktiviti maksiat termasuk meminum minuman keras sejak kawasan itu dijadikan pusat pelancongan sejak lima tahun lalu.
Malah lebih menakjubkan, malapetaka terbabit yang telah meragut beratus ribu nyawa manusia itu tidak `menyerang' pulau berkenaan sedangkan jaraknya dengan Phuket yang menyaksikan lebih 5,000 orang maut hanyalah kira-kira 70 kilometer.
Turut mengejutkan penduduk di pulau tersebut, rumah mereka dalam keadaan selamat walaupun semasa hari kejadian, mereka turut merasa gegaran kuat sehingga ada di antara penduduk pening.
``Kami bersyukur, Allah telah menyelamatkan kami sedangkan rumah kami di kawasan pulau ini pada dasarnya turut terdedah kepada risiko dilanda ombak besar tersebut,'' kata salah seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Abdullah.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati lebih 500 buah keluarga yang mendirikan rumah di pulau itu tidak mengalami sebarang kesan tsunami malah mereka bebas menjalankan aktiviti seperti menangkap ikan, mengusaha calet dan mengendalikan perniagaan.
Masjid dan tanah perkuburan yang terletak di pulau itu juga tidak mengalami kesan akibat bencana alam tersebut.
Seorang pengusaha calet, Ariffin Bun Teen, 37, memberitahu, pada hari kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu (waktu Malaysia) penduduk di pulau berkenaan sudah terasa gegaran sehingga ada di antara mereka menjadi takut kerana tidak pernah mengalami kejadian berkenaan sebelum ini.
Katanya, kira-kira dua jam kemudian, mereka telah mendapat panggilan telefon daripada saudara-mara masing-masing yang tinggal di Phuket menyuruh mereka semua menyelamatkan diri kerana keadaan ombak besar dan laut bergelora telah melanda pulau tersebut.
``Selepas dapat tahu berita itu, kami telah membawa orang-orang tua ke darat yang terletak kira-kira 20 minit perjalanan dengan bot manakala golongan muda hanya menunggu di rumah masing-masing.
``Bagaimanapun ketika ombak terbabit memusnahkan sebahagian kawasan pantai di Phuket, kami tidak merasakan apa-apa sebaliknya mendapati paras air di kawasan pulau ini meningkat kira-kira dua meter daripada paras biasa tanpa ada sebarang ombak,'' katanya yang turut hairan dengan kejadian tersebut.
Jelasnya, setiap pelancong yang berkunjung ke pulau itu hanya dibenarkan menikmati minuman keras di atas bot yang mereka naiki iaitu ketika mereka bertolak dari jeti untuk ke pulau itu.
``Kami sudah memberi syarat kepada pelancong, sebaik sahaja menjejakkan kaki ke pulau ini, mereka tidak dibenarkan membawa minuman keras bersama tetapi kalau mereka hendak minum juga (minuman keras itu), mereka kena habiskan di atas bot sebelum sampai ke pulau ini,'' katanya.
Ariffin berkata, selepas kejadian itu penduduk di pulau terbabit telah mengadakan kenduri kesyukuran kerana telah dijauhi daripada bencana berkenaan selain menganjurkan majlis-majlis agama bagi membolehkan masyarakat di situ mendapat iktibar di atas ujian Allah itu. - Utusan.
"Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku" [http://zumindar.250free.com]
....leh komersel kan lah selain bulu nyer...........
dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....