SEEKOR daripada ikan
kap unik berusia 19
tahun yang mempunyai wajah
menyerupai manusia, termasuk
bentuk mata dan batang
hidungnya. Ikan itu dibela
seorang pemilik di Cheongju,
di selatan Seoul.
SEOUL: Dua ekor ikan kap yang dibela seorang penduduk di Cheongju, Korea Selatan, dikatakan mempunyai wajah seakan manusia yang disifatkan satu sejarah tersendiri dalam bidang biologi marin dunia.
Akhbar Joong Ang Daily melaporkan, ikan aneh yang kedua-duanya betina, juga bersaiz b...
SEEKOR daripada ikan
kap unik berusia 19
tahun yang mempunyai wajah
menyerupai manusia, termasuk
bentuk mata dan batang
hidungnya. Ikan itu dibela
seorang pemilik di Cheongju,
di selatan Seoul.
SEOUL: Dua ekor ikan kap yang dibela seorang penduduk di Cheongju, Korea Selatan, dikatakan mempunyai wajah seakan manusia yang disifatkan satu sejarah tersendiri dalam bidang biologi marin dunia.
Akhbar Joong Ang Daily melaporkan, ikan aneh yang kedua-duanya betina, juga bersaiz besar dengan setiap ekor berukuran 80 sentimeter panjang dan lebar 50 sentimeter.
Dua titik hitam pada badan ikan itu menyerupai mata manusia. Selain itu, ia turut mempunyai ciri lain di bawah matanya yang kelihatan sama seperti batang hidung manusia.
“Saya membela ikan kap biasa dan jenis ‘leather carp’ yang kemudian melahirkan ikan unik itu,” kata pemilik berusia 64 tahun yang enggan dikenali, dari rumahnya di Cheongju, kira-kira 140 kilometer ke selatan ibu negara Korea Selatan itu.
“Sejak beberapa tahun lalu, wajah ikan itu semakin menyerupai manusia,” katanya.
Pakar berkata, ikan kap biasa dan jenis ‘leather carp’ itu adalah spesies sama dan kemungkinan persenyawaan antara dua ikan berkenaan melahirkan baka hibrid yang memiliki wajah menyamai manusia.
Biarpun kewujudan ikan itu menjadi bualan ramai pelawat ke rumah itu, pemilik ikan berkenaan keberatan membenarkan orang awam melawat ikan itu kerana bimbang ia akan terganggu. – Agensi
ckit2 ada rupa osama punya unta ka?
KepadaMu tempat aku berlindong,dan kepadaMu jua tempat aku memohon pertolongan..
maka jadilah................
Subhanallah
"malam itu panjang,jangan dipendekkan dengar tidur...Siang itu terang, jangan digelapkan dengan dosa"