Keputusan Kabinet isu Lebuh Raya Utara-Selatan
Oleh Jamiah Shukri dan Magendran Rajagopal
KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol 10 peratus di Lebuh Raya Utara-Selatan tetap berkuat kuasa mulai 1 Januari ini, kata Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu.
“Tol Lebuh Raya Utara-Selatan akan dinaikkan mulai 12.01 pagi 1 Januari. Ia akan diteruskan seperti dirancang. Ini dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam,†katanya.
Beliau berkata, cadangan kenaikan tol itu s...
Keputusan Kabinet isu Lebuh Raya Utara-Selatan
Oleh Jamiah Shukri dan Magendran Rajagopal
KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol 10 peratus di Lebuh Raya Utara-Selatan tetap berkuat kuasa mulai 1 Januari ini, kata Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu.
“Tol Lebuh Raya Utara-Selatan akan dinaikkan mulai 12.01 pagi 1 Januari. Ia akan diteruskan seperti dirancang. Ini dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam,†katanya.
Beliau berkata, cadangan kenaikan tol itu setimpal dengan penambahan kos penyenggaraan dan operasi semasa dan bukan dilakukan sewenang-wenangnya demi keuntungan.
Katanya, kerajaan tidak boleh menampung kos pampasan RM154 juta setahun kepada pemegang konsesi jika tol tidak dinaikkan.
"Perkara ini sudah dibawa kepada Kabinet, kelmarin bagi mengambil kira sebarang kemungkinan dan Jemaah Menteri memutuskan kenaikan tol tetap berkuat kuasa mulai 1 Januari 2005.
"Jika kita hentikan kutipan tol, kerajaan akan dibebani bayaran RM38 bilion untuk tempoh 33 tahun akan datang sedangkan wang ini lebih baik dimanfaatkan untuk rakyat menerusi projek infrastruktur lain.
"Apabila kerajaan tidak menaikkan tol dan membayar pampasan, rakyat masih rugi kerana wang yang digunakan adalah hasil kutipan cukai pendapatan, yakni wang rakyat sendiri," katanya di sini, semalam.
Isnin lalu ketika sidang Dewan Rakyat, beberapa Ahli Parlimen membantah langkah kerajaan membenarkan kenaikan kadar tol Lebuh Raya Utara-Selatan seperti termaktub dalam perjanjian konsesi.
Sehubungan itu, Samy Vellu berjanji untuk membawa rungutan berkenaan ke Kabinet kelmarin yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, walaupun kenaikan tol sukar diterima umum, langkah itu perlu dilakukan jika semua pihak mahu terus menikmati kemudahan sedia ada.
Samy Vellu berkata rakyat, terutama Ahli Parlimen, harus lebih rasional dan faham kerajaan tidak boleh terus memberi subsidi bagi mengekang kenaikan tol.
Katanya, bebanan itu bukan saja terlalu besar, malah boleh membantutkan pembangunan infrastruktur negara kerana menjejaskan peruntukan sedia ada bagi kesejahteraan rakyat.
Katanya, kerajaan kini menanggung bayaran subsidi tahunan kepada empat pemegang konsesi lebuh raya kerana tidak membenarkan syarikat berkenaan menaikkan kadar tol mengikut perjanjian.
Difahamkan, kerajaan kini membayar RM50 juta kepada pemegang konsesi Lebuh Raya Kesas, Lebuh Raya Damansara Puchong (RM60 juta), Prolintas (RM290 juta) dan RM70 juta kepada Lebuhraya Sprint.
Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...
tak dok TOL nak bayor
tol bot penambang ader laaa
RUGBY RUGGER'S RUGGED