Pekabo warga MM sekelian.
Lamanya tak post topik, biasalaa macam nasi lauk dan ulam gak dalam satu pinggan, ibaratnya kenapa tidak post topik, mula-mula ada komitmen(nasi), pastu ditambah degan sibuk (lauk) lepas lepas tu lupa terus (ulam), buka kejap MM web, pastu dahh.
Oklaa...
Ada dua situasi saya anda anda semua 'gerakkan sel otak' ni bukan teka teki cuma untuk direnungkan dan idea didapati di kongsi bersama.
Argue lagi bagus.. kerana dari arguement kita boleh hasilkan pendapa...
Pekabo warga MM sekelian.
Lamanya tak post topik, biasalaa macam nasi lauk dan ulam gak dalam satu pinggan, ibaratnya kenapa tidak post topik, mula-mula ada komitmen(nasi), pastu ditambah degan sibuk (lauk) lepas lepas tu lupa terus (ulam), buka kejap MM web, pastu dahh.
Oklaa...
Ada dua situasi saya anda anda semua 'gerakkan sel otak' ni bukan teka teki cuma untuk direnungkan dan idea didapati di kongsi bersama.
Argue lagi bagus.. kerana dari arguement kita boleh hasilkan pendapat yang bernas atau 'unbeatable'.
-
Bruce Lee, siapa tak kenal, lagenda hero Hong Kong lewat 60 an hingga 70 an, kalau tak silap. Ilmu cukup, hampir lebih dari 7 orang guru dia telah menuntut ilmu. Suatu hari dia pergi ke sebuah bukit. Berjumpa dengan seorang mahaguru disana, rambut putih, janggut dan misai panjang sampai lanjut ke bawah. Kata Mahaguru "Aku tahu ko hebat (dalam bahasa China laa) ilmu ko cukup, tetapi aku ada apa yang ko takde" "Wahai Bruce Lee, kalau cawan mu penuh dengan air, maka kamu tidak akan dapat menambah air di dalam cawanmu lagi", kata mahaguru. Fikir-fikirkan.
-
Didalam satu kumpulan berjumlah hampir 20 orang, fasilitator telah menulis setiap nilai pada setiap orang, ada bernilai 1 sen, 10 sen, 50 sen dan juga 1 ringgit. Selepas satu ketika, beliau menyuruh membuat satu kumpulan baru bernilai $1.01. Kepada siapa yang gagal, akan disorak. Kita boleh mengagak, semua peserta mempunyai kumpulan. Tetapi jika fasi tersebut menyuruh membuat kumpulan bernilai 53 sen, apa jadi kepada yang ahli bernilai besar. Camna tuuu.
Fikirkan apa yang tersirat dari 2 situasi tadi.
Selamat berkerja dan menuntut ilmu.
Wassalam.
Keredhaan Allah sebahagiannya terletak pada izin dan restu ibubapa.
betul la tu Hamzah..
Macam binaan piramid, semuanya saling perlu memerlukan....
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."