BAPA saudara Rasulullah yang paling disayangi adalah penyokong Baginda, Hamzah. Beliau gugur syahid di medan pertempuran Uhud.
Tubuhnya iaitu hidung, telinga dan anggota lain dikerat dengan zalimnya oleh seorang musuh Islam yang amat kejam.
Tubuh beliau juga dikoyak dan jantung, hati, paru-paru serta limpa ditarik keluar hingga tubuhnya berada dalam keadaan yang sungguh mengerikan dan mengharukan.
Ketika Rasulullah membuat persiapan untuk mengebumikan jenazah pejuang Islam yang...
BAPA saudara Rasulullah yang paling disayangi adalah penyokong Baginda, Hamzah. Beliau gugur syahid di medan pertempuran Uhud.
Tubuhnya iaitu hidung, telinga dan anggota lain dikerat dengan zalimnya oleh seorang musuh Islam yang amat kejam.
Tubuh beliau juga dikoyak dan jantung, hati, paru-paru serta limpa ditarik keluar hingga tubuhnya berada dalam keadaan yang sungguh mengerikan dan mengharukan.
Ketika Rasulullah membuat persiapan untuk mengebumikan jenazah pejuang Islam yang mati syahid, tiba-tiba Baginda terpandang jenazah bapa saudaranya, Hamzah. Baginda terkejut melihat keadaan jenazah itu.
Nabi bimbang keadaan itu akan mengganggu dan membebani perasaan Safiyyah jika menatapnya kelak. Maka, Rasulullah menyuruh anak Safiyyah iaitu Zubair menasihati ibunya supaya tidak melihat jenazah Hamzah.
Sebaliknya Safiyyah berkata: “Ya, memang aku dengar khabar bahawa si bedebah yang sungguh kejam itu sudah menghancurkan tubuh abang kandungku, Hamzah.
“Namun demikian semua itu adalah satu pengorbanan yang besar di sisi Allah. Kita patut menerimanya dengan perasaan tenang.
“Bagi diriku, segala apa yang berlaku tetap aku terima dengan penuh kesabaran dan aku berharap semoga Allah mengurniakan belas kasihan-Nya dan kasih-Nya terhadap kita semua.â€
Zubair memberitahu Rasulullah keinginan dan keputusan ibunya yang hendak melihat juga jenazah Hamzah. Lalu Baginda memberi keizinan.
Apabila Safiyyah melihat keadaan jenazah saudara kandungnya yang menyedihkan itu, dia hanya menyeru dengan nada suara yang lembut, ‘Innalillahi wainna ilaihi rajiuun’ dan memohon doa ke hadrat Ilahi supaya merestui roh abangnya itu.
Zubair sendiri menceritakan: “Kami melihat seorang perempuan datang ke tempat di mana mereka yang gugur syahid di medan pertempuran Uhud dikumpulkan.
“Apabila dia menghampiri kami, barulah aku mengecam dia adalah ibuku. Aku pergi mendapatkannya dan cuba menghalangnya, tetapi tidak berdaya kerana ibuku terlalu kuat. Dia menolak aku ke tepi seraya berkata: ‘Tinggalkanlah aku seorang diri.’
“Apabila aku memberitahunya bahawa Rasulullah melarangnya melihat jenazah itu, maka dia pun lalu menerangkan: ‘Setelah aku diberitahu kematian abangku Hamzah, aku membawa beberapa helai kain bersama untuk menutupi mayatnya.’
“Maka, kami pun mengambil kain itu dan menutup jenazah Hamzah.
“Ketika kami hendak menutup jenazah Hamzah, kami melihat jenazah seorang Ansar yang bernama Suhail. Mayatnya bersebelahan dengan jenazah Hamzah dan dalam keadaan yang sama.
“Kami menganggap perbuatan kami akan memalukan kiranya kami hanya menutup jenazah Hamzah, sedangkan jenazah Suhail terbiar begitu saja tanpa sehelai kain pun.
“Oleh itu, kami memutuskan hendak menggunakan kain yang dibawa untuk menutupi jenazah kedua-duanya. Sayang sekali sehelai daripadanya lebih besar, sedangkan yang sehelai lagi kecil.
“Jadi kami memutuskan hendak melakukan undian ke atas mereka dan akhirnya kain yang besar itu jatuh undiannya untuk jenazah Suhail.
“Ketika menutupi jenazah Hamzah, kami dapati bahawa kain itu tidak dapat menutup seluruh anggotanya disebabkan terlalu kecil. Apabila kami cuba menutup kepalanya, kakinya akan terdedah, manakala apabila kami menutup kakinya, kepalanya akan terdedah.
“Rasulullah bersabda: Tutuplah kepalanya dengan kain dan kakinya itu pula dengan daun.â€
Beginilah cara dan peristiwa bagaimana jenazah Hamzah, bapa saudara Rasulullah yang dikasihi.
Lihatlah betapa tingginya semangat pengorbanan yang tertanam pada setiap hati sahabat yang tidak sanggup membiarkan jenazah Hamzah ditutupi dengan dua helai kain, sedangkan jenazah Suhail ditinggalkan tanpa kain menutupinya.
Begitulah tingginya nilai seorang pahlawan agung yang dimuliakan oleh setiap masyarakat Islam ketika itu.
Hamzah walaupun bapa saudara Rasulullah dan wajar menerima layanan utama kerana kedudukannya, mayatnya tetap ditutupi dengan sehelai kain yang lebih kecil daripada Suhail.
Betapa mulia dan adilnya mereka. Adakah kita pada hari ini sebegitu?
~~ Berita Harian online.
Payah sungguh nak buat org lain paham maksud kita...