Reenhana
Reenhana
22 years
1698 Lihatan

penawar ketegangan dirumah @ ditempat kerja

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

>

> Saudara saudari,

>

> Saya ingin berkongsi maklumat yang saya telah perolehi untuk amalan kita

> bersama.

> Setiap penyakit ada penawar, setiap masalah ada jalan penyelesaian. Petua

> yang saya perolehi

> untuk mengurangkan ketegangan samada di rumah atau di tempat kerja yang

> boleh dijadikan amalan

> seharian kita adalah :-

>

> contoh: => mencari rezeki

>

> 1. Selepas solat Subuh pasangkan nawai...

1 comments
Kongsi kiriman ini

Komen (1)

miss
penawar ketegangan dirumah @ ditempat kerja

Reenhana (1837) - 11/2/2004 4:04:33 PM/218.111.109.34

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

>

> Saudara saudari,

>

> Saya ingin berkongsi maklumat yang saya telah perolehi untuk amalan kita

> bersama.

> Setiap penyakit ada penawar, setiap masalah ada jalan penyelesaian. Petua

> yang saya perolehi

> untuk mengurangkan ketegangan samada di rumah atau di tempat kerja yang

> boleh dijadikan amalan

> seharian kita adalah :-

>

> contoh: => mencari rezeki

>

> 1. Selepas solat Subuh pasangkan nawaitu/niat yang betul untuk pergi

> bekerja.

> 2. Mulakan langkah keluar rumah dengan kaki kanan dan membaca semua doa

> berkaitan : doa keluar rumah, naik kenderaan dan penuhi sepanjang

> perjalanan

> dengan zikrullah (tahlil, tahmid, tasbih atau asmaul husna) dan

> selawat

> 3. Apabila sampai di pintu pejabat, bacakan Bismillah dan melangkah masuk

> dengan kaki kanan.

> 4. Baca Bismillah dan Selawat 3 kali/7 kali semasa di tempat duduk sebelum

> memulakan pekerjaan.

> 5. Semasa bekerja beri tumpuan sepenuhnya dan buangkan perasaan / lintasan

> / bisikan negatif yang datang pada fikiran kita tidak kira waktu terhadap

> pekerjaan/rakan sepejabat/suasana pejabat.

> Ini semua merupakan serangan/bisikan iblis yang ingin mengganggu

> konsentrasi kita dan mengurangkan pahala bekerja kita. Segala prasangka

> buruk adalah cermin tahap kebersihan hati kita yang boleh dicuci melalui

> amalan zikrullah, bertaubat dan membaca ayat suci Al-Quran.

> 6. Lakukan kerja dengan bersungguh-sungguh selari dengan nawaitu kita ke

> pejabat (Lillahita'ala) dan ianya merupakan satu ibadah dalam kehidupan.

> 7. Patuhi semua peraturan kerana semuanya adalah sebahagian dari amanah

> pekerjaan kita

> 8. Jika ketegangan jiwa menjadi-jadi semasa bekerja atau di mana-mana,

> berselawatlah sebanyak 3 atau 7 kali sambil menyapu di bahagian dada

> kiri/hati berulang kali sehingga reda.InsyakAllah.

> 9. Solat lima waktu adalah anugerah Yang Maha Esa untuk memastikan kita

> bersih jiwa dan raga sepanjang masa, peluang syahadah diperbaharui (jika

> kita tergelincir dari landasan iman), peluang dosa yang kita dilakukan

> antara tempoh satu waktu solat dan solat yang lagi satu diampunkan.

> 9. Rasai kita sentiasa diperhatikan oleh Yang Maha Berkuasa. Kematian

> tidak

> kira muda, tua, yang berkahwin,yang bujang, yang akan berkahwin, yang

> duda,

> yang baru lahir, remaja, dewasa dan sebagainya.Biarlah mati kita dalam

> keredhaan Yang Maha Esa sepanjang masa.

> 10.Berdoa semasa meninggalkan pejabat dengan nawaitu, Ya Allah jika

> dipanjangkan usiaku besok,InsyakAllah aku akan berkerja dengan seikhlas

> hati dan bersungguh-sungguh keranaMu dan bahawasanya hidup dan matiku

> hanya

> Lillahirabbil'alamin.

>

> Amalkan selama 7 hari/11 hari/21 hari dan setiap hari sebolehnya sehingga

> amalan ini menjadi sebahagian dari hidup kita. Ketenangan akan diperolehi

> bergantung kepada keihklasan kita.InsyakAllah.

>

> Wassalam.



misselynn
21 years
Hantar Komen
Tambah foto atau video
Bersikap hormat dan membina.