- Hantu Raya
- Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya.......kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.
- Hantu Langsuir
- Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.
- Hantu Stokin
- Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.
- Hantu Jerangkung
- Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang.....kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.
- Hantu Pontianak
- Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak...Lekatlah nama pontianak.
- Hantu Penanggal
- Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari.....Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu.....dia pun mengilai semahunya.
- Hantu Pocong
- Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita...kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!
8.Hantu Kom-Kom
- Berasal dari Hantu Komputer,macam ko rang yang suka main Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia..disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer,..........komputer,komputer.akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM..shortcut dari Komputer jadi ler KOM..sahaja
9.HANTU PANGKAH
- Hanya wujud atau keluar masa hari Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil. Mereka akan dikerah sekiranya perlu. Mereka cuma pergi undi ...pastu dpt habuan. Orang ramai diminta sentiasa berhati-hati sebab kerana mereka cukup bahaya dan pandai meyesuaikan diri dalam pergaulan biasa.....
10.Hantu Galah
- Hantu galah ni berasal dari permainan galah panjang. Si hamba Allah ni suka sangat main galah panjang sampai tak kenal waktu. Waktu panas ke, hujan ke, ribut ke... dia tak pernah kisah. Dipercayai terkorban kerana di himpap pokok ketiga hujan ribut petir. So...setelah kematiannye orang kampung selalu ternampak ada org bermain galah panjang pada waktu malam...Sebab itu dipanggil hantu galah....
11.Hantu Jepun
- Berasal dari Tanjung Malim. Bekerja sebagai penyanyi di salah sebuah pop. Wanita ni suka sangat pakai make-up tebal2 sehingga kawan-kawan mengelarnye JEPUN kerana ketebalan make-upnya. Pada suatu hari wanita ini ternampak suaminya belaku curang. Dengan perasaan geram bertambah marah wanita ini naik ke tingkat 17 dan terus TERJUN (bunuh diri). Akhirnya mati dalam keadaan yang ngeri. Selepas kematiannye, setiap hari suaminya diganggu oleh roh isterinya...Hantu Jepun.....Waaaaa
13.Anak Antu
-Asalnya orang jugak, dan ianya sebenarnya anak orang yang berperangai macam setan.Orang pegi terawih , dia pegi bakar meriam buluh.Disekolah dia suka pau duit bebudak yg lain.Besar sikit dah lagak tonggang motor lumba haram atau jadik tonto.Pe-el dia memang menakutkan....eiiii ngeri...
CleaR Wata....Don'T sAngKa..No BoyA....
CleaR Wata....Don'T sAngKa..No BoyA....