PENUNTUT kita yang belajar di universiti seberang laut terutama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di United Kingdom (UK) sudah pun berlepas pulang setelah bercuti semester di kampung halaman mereka. Turut sama berangkat baru-baru ini adalah pelajar baru untuk mengikuti pelbagai bidang pengajian di UK. Mereka dihantar pergi dengan doa restu, bukan saja keluarga dan rakan-rakan malah hampir seluruh penduduk kampung dengan majlis doa selamat dan jamuan.
MUNSYI: Bagi Munsyi semoga anak-...
PENUNTUT kita yang belajar di universiti seberang laut terutama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di United Kingdom (UK) sudah pun berlepas pulang setelah bercuti semester di kampung halaman mereka. Turut sama berangkat baru-baru ini adalah pelajar baru untuk mengikuti pelbagai bidang pengajian di UK. Mereka dihantar pergi dengan doa restu, bukan saja keluarga dan rakan-rakan malah hampir seluruh penduduk kampung dengan majlis doa selamat dan jamuan.
MUNSYI: Bagi Munsyi semoga anak-anak kampung dan kota yang dihantar diiringi doa itu benar-benar menimba ilmu terutama dalam bidang seperti aeroangkasa yang mungkin lebih luas bidang pengajian dan tumpuannya di UK. Cuma Munsyi agak terkedu apabila mendengar cerita dan kisah pesta aneh di kalangan segelintir pelajar kita ketika di sana hingga menimbulkan persoalan. Memanglah benar seboleh-bolehnya kita menutup segala aib bangsa dan orang kita kenali tetapi apakah segala-galanya perlu disembunyikan atau huraian dicari bagi mengatasi sesuatu masalah sosial yang melanda khususnya pelajar kita sayangi itu.
Kisahnya begini: Di tengah-tengah kota London, ada beberapa buah institusi dan universiti terkemuka. Ada penuntut kita ke bilik kuliah dengan memakai serban, berkain pelekat dan berbaju labuh. Tidak ramai berbuat demikian, tetapi mereka ini rajin dan kehadiran mereka amat ketara sedang pelajar lain berjeans dan berbaju T.
Seorang rakan berkata, biasanya golongan berserban inilah yang menyambut penuntut baru mengikuti pengajian sarjana, di lapangan terbang dan membantu mencarikan bilik asrama dan menemani mereka hingga pelajar baru berjaya menyesuaikan diri di UK atau Wales.
Menyaingi pelajar rajin ini, adalah penuntut bukan Bumiputera (bukan JPA) yang belajar bermati-matian, tidak tinggal kuliah dan biasanya bekerja pada musim cuti dan hujung minggu. Penuntut Cina ini bukan mencari duit untuk berbelanja di UK, tetapi ia adalah untuk dibawa pulang.
Namun, ada segolongan kecil penuntut Melayu yang mengamalkan dasar ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak’. Mereka ini suka joli, berdua-duaan seperti ‘suami isteri’ dan paling memalukan tiba-tiba mereka kuat minum arak.
Ada di kalangan mereka, beradu mencari juara peminum arak. Ramai yang kecundang dan mabuk dalam masa singkat, tetapi ada juga penuntut kita yang ‘sudah lali’ dan tidak mabuk-mabuk walaupun botol arak sudah penuh di atas meja.
Ada orang kata, kita tahu menghantar anak kita ke luar negara, tetapi tidak ada siapa yang menjaga, menasihati dan mengawal mereka. Kecil-kecil ditimang ibu, sudah besar ditimang gelombang!. Kita tidak ada badan kebajikan pelajar yang memantau dan menyelia pelajar kita di UK.
Ignorance is not a solution but rather a poison.
kata ravi..
The different between a succesful man and the most successful man is the size of their dream