KUALA LUMPUR: “Saya hanya menjawab salam dan tidak sedar menyerahkan telefon bimbit dan anak saya kepada lelaki itu,†kata mangsa pukau seorang lelaki yang menyamar pekerja syarikat televisyen berbayar, Astro.
Nor Zamzunaidah Mohamad, 32, berkata ketika kejadian Ahad lalu, dia sedang memasak manakala tiga anaknya bermain di ruang tamu apabila seorang lelaki dalam lingkungan 20-an mengetuk pintu rumahnya.
“Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai pekerja Astro dan mendakw...
KUALA LUMPUR: “Saya hanya menjawab salam dan tidak sedar menyerahkan telefon bimbit dan anak saya kepada lelaki itu,†kata mangsa pukau seorang lelaki yang menyamar pekerja syarikat televisyen berbayar, Astro.
Nor Zamzunaidah Mohamad, 32, berkata ketika kejadian Ahad lalu, dia sedang memasak manakala tiga anaknya bermain di ruang tamu apabila seorang lelaki dalam lingkungan 20-an mengetuk pintu rumahnya.
“Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai pekerja Astro dan mendakwa saya gagal menjelaskan bayaran bulanan dan mahu mengambil semula peralatan Astro,†katanya ketika ditemui di rumahnya di Rumah Pangsa Pekeliling di Jalan Tun Razak, di sini, semalam.
Menurut Nor Zamzunaidah kerana tidak berpuas hati dengan dakwaan lelaki itu, dia menghubungi suaminya yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Kementerian Pertahanan untuk bertanyakan mengenai masalah Astro itu.
“Suami saya memberitahu semua bil sudah dijelaskan dan akan berpatah balik untuk bertanya sendiri kepada lelaki itu.
“Selepas meletak telefon, lelaki berkenaan meminta telefon bimbit saya dan saya menyerahkannya antara sedar dan tidak,†katanya.
Nor Zamzunaidah berkata, selepas mendapat telefon bimbit berkenaan, lelaki itu membawa anak lelakinya, Muhammad Amirul Hafizi, 7, bersama dengan alasan mahu mengambil resit bayaran Astro yang didakwa tertunggak.
“Saya perasan anak saya mengekori lelaki itu dan hanya berdiam diri,†katanya.
Selepas kejadian itu, mangsa hanya menyedari dia dipukau kira-kira 15 minit apabila suaminya pulang dan bertanyakan mengenai lelaki itu.
“Sebaik sedar, saya terus bertanyakan mengenai anak lelaki saya yang sudah dilarikan lelaki itu.
“Anak saya dijumpai kira-kira 500 meter dari rumah saya, bagaimanapun lelaki berkenaan gagal dikesan,†katanya.
Menurut Nor Zamzunaidah, dia hairan bagaimana dia dan anak-anaknya dipukau walaupun lelaki terbabit hanya berdiri di pintu utama.
“Yang menghairankan, lelaki itu mempunyai salinan resit bayaran Astro yang dibayar suami saya.
“Saya menghubungi Astro selepas kejadian itu dan diberitahu tidak pernah menghantar wakil untuk menemui saya,†katanya.
Berikutan kejadian itu, Nor Zamzunaidah kehilangan telefon bimbit berharga RM1,200.
“Saya bersyukur semua anak saya selamat termasuk Amirul yang mengaku mengekori lelaki berkenaan tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.
“Jika suami saya terlewat, sudah tentu lebih banyak barang yang mungkin saya serahkan kepadanya.
“Namun, saya belum membuat sebarang laporan polis ketika ini kerana masih takut selain tidak mempunyai sebarang bukti menunjukkan saya dipukau,†katanya.
p/s: berhati-hatilah menjawab salam.. macam-macam hal skrg..
ehsan:bharian.com.my
'Harimau mati tinggalkan belang,gajah mati tinggalkan belalai,Manusia mati, meninggalkan dunia'
'Harimau mati tinggalkan belang,gajah mati tinggalkan belalai,Manusia mati, meninggalkan dunia'