JOHOR BAHRU 6 Okt. - Seorang lelaki tua, Musa Yassin, 82, ditemui mati dalam keadaan ngeri dengan kepala hampir putus selepas disembelih dengan gergaji, dipercayai dilakukan oleh seorang penagih dadah di rumahnya di Kampung Baru Kempas, di sini tengah hari ini.
Mangsa yang mengalami cedera parah di bahagian leher, kepala dan tangan dipercayai dipukul dengan kayu sebelum leher dan beberapa bahagian badannya digergaji ketika dia tinggal seorang diri di rumahnya ketika hujan lebat pada kira-kira...
JOHOR BAHRU 6 Okt. - Seorang lelaki tua, Musa Yassin, 82, ditemui mati dalam keadaan ngeri dengan kepala hampir putus selepas disembelih dengan gergaji, dipercayai dilakukan oleh seorang penagih dadah di rumahnya di Kampung Baru Kempas, di sini tengah hari ini.
Mangsa yang mengalami cedera parah di bahagian leher, kepala dan tangan dipercayai dipukul dengan kayu sebelum leher dan beberapa bahagian badannya digergaji ketika dia tinggal seorang diri di rumahnya ketika hujan lebat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari.
Ketika ditemui, bahagian leher Musa hampir putus. Begitu juga dengan kedua-dua belah pergelangan tangannya.
Menurut seorang saksi yang melihat kejadian itu, beliau sedang mengulang kaji pelajarannya apabila terdengar jeritan Musa yang tinggal di bahagian belakang rumahnya.
Katanya, beliau melihat Musa dipukul oleh penagih dadah itu sebelum menggergaji leher lelaki tua itu.
``Saya rasa cukup seram dan takut melihat kejadian itu. Saya kemudian lari ke rumah jiran dan memaklumkan mengenai kejadian itu serta menelefon polis,'' katanya ketika ditemui di rumahnya.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Johor Bahru Selatan, Deputi Supritendan, Mohd Nazri Zawawi ketika dihubungi memberitahu, polis telah berjaya menahan lelaki yang disyaki itu di Kampung Sri Bahagia Kempas pada kira-kira pukul 4.30 petang.
Kata beliau, polis juga berjaya menemui sebuah gergaji di tempat kejadian yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
p/s:copy from utusan malaysia
Ya Allah,adakah aku ini hamba-MU yang layak untuk merindui syurgaMu.Tak t'daya rasanya menuju ke situ lantaran godaan syaitan & hawa nafsu.
-AlFatihah-...
tak jumper biler dicari....entahlah....