Ada satu cerita..
Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang
ikhlas bukan dari pandangan seseorang..
Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya..sambil menunggu dia makan biskut yang di belinya sebelum itu sambil membaca buku cerita..
Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki di sebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama di sebelahnya.
Setiap keping biskut yang diambil lelaki itu turut s mengambil sama..Didalam hati wanita itu menyumpah-ny...
Ada satu cerita..
Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang
ikhlas bukan dari pandangan seseorang..
Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya..sambil menunggu dia makan biskut yang di belinya sebelum itu sambil membaca buku cerita..
Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki di sebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama di sebelahnya.
Setiap keping biskut yang diambil lelaki itu turut s mengambil sama..Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu..
''Alangkah tak malunya lelaki ini..sudahlah tak minta izin dari aku..makan sama banyak dengan
aku pulak tu..pencuri''.rungut wanita itu dalam hati
Dalam pada itu lelaki itu dengan muka tenang terus dengan perbuatannya.Sehinggalahsampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu.
Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu..
Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir lalu di patahnya dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu..
Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan kemarahannya..
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencukawanita itu berkata dalam hatinya
''Berani sungguh lelaki ini.Memang muka tak tau malu.Pencuri besar''...
Tak lama kemudian panggilan utk menaiki pesawat telah pun sampai masanya..kedua -dua mereka pun bergerak menuju ke tempat masing-masing..Sambil menarik nafas lega wanita itu bergerak menuju ke pesawat..Apabila sampai di tempat duduk
wanita itu pun meraba sesuatu di dalam beg kecilnya utk mengambil barang..
Alangkah terkejutnya dia melihat satu bungkusan biskut berada dalam begnya masih elok belum dibuka lagi..''Jika biskut ini ada dalm beg aku bermakna biskut yang aku makan tadi???Ya Allah!!
Ya..biskut yang dimakan nya tadi adalah kepunyaan lelaki itu..Alang kah malunya dia diatas tindakan nya terhadap lelaki itu ..
Lelaki itutelah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya..
Untuk meminta maafsudah terlambat..namun hatinya penuh kekesalan keran bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain..
Kini dia menyadari dialah pencuri biskut yang sebenarnya ..
MORALNYA:
1)Oleh itu..jangan makan biskut masa
tunggu bas/keretapi/kapal terbang..
makan benda lain....
2)Lelaki lebih cool semasa makan biskut
berbanding perempuan
3)Lain kali simpan biskut yang kita beli..
makan biskut orang dulu..
Dekati kebenaran,jauhi kemungkaran
di muka bumi ini..
Dalam 5,683,545,626 manusia kat muka bumi nie Engkaulah yang paling istimewa sekali..