Pengorbanan ibubapa kepada kita terlalu besar, tak dapat kita menilainya dengan kebendaan. Apalagi kalau nak di nilaikan dengan kasihsayang dan didikan yang di curahkan selama ini. Tak terbalas budi mereka.
Apabila mereka sudah tua, giliran kita pula sebagai anak untuk menjaga mereka. Zaman berubah, di dunia yang mengejar kemewahan, ramai anak-anak yang sudah lupa diri. Hilang sudah nilai-nilai murni kemanusiaan. Menjaga ibubapa di anggap sebagai satu beban.
Akhir-akhir ini ada di...

Akhir-akhir ini ada diantara anak-anak yang tergamak menghantar ibu-bapa mereka ke rumah orang-orang tua atau membiarkan orang tua mereka hidup bersendirian tanpa perhatian yang wajar.
Menjaga ibubapa yang sudah tua dan nyanyuk pula memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Disinilah letaknya keikhlasan kita sebagai anak. Yakini bahawa ganjaran yang besar dan keberkatan hidup akan di beri oleh Allah kepada sesiapa yang sabar dan ikhlas dalam menjaga kebajikan ibubapa mereka.
Adakah kita mengharapkan anak-anak kita akan menjaga kita kemudian hari sekiranya hari ini kita tidak tahu membalas jasa ibubapa apalagi memberi contoh yang terbaik.
Renungkanlah hal ini.
ANAK SOLEH - RABBANI
Kenangi ibubapa, doakan sejahtera
kita anak harus membela
apabila sudah dewasa
Jangan biarkan mereka, sia-sia di hari tua
kecewa hidup merana
kerana perbuatan anak derhaka
Bahgiakan mereka hingga kehujung usia
bila sampai waktu ajalnya
anak soleh sebagai harta
Hai ibubapa, kami permata anda
tidak jemu berdoa, moga sejahtera terpelihara
didunia bahagia akhirat pun begitu juga
inilah harapan kami semua
moga Allah kabulkan doa.
(Sekadar menginsafi diri agar mengikhlaskan hati menjaga orang tua)
Kepada ALLAH diri berserah, serta mengharap rahmat melimpah. Qada dan qadar diterima mudah. Serta diucap Alhamdulillah.
Subhannallah "Ya Allah, terangilah hidup dan matiku dengan hidayahMU'"