SEORANG panglima Parsi bernama Hormuz pernah ditangkap oleh tentera Islam dan dia kemudian dibawa menghadap Khalifah Umar al-Khattab.
Khalifah Umar mempelawa Hormuz memeluk Islam tetapi Hormuz menolak tawaran itu. Akibatnya, dia diperintahkan supaya dibunuh.
Mendengar perintah Khalifah Umar itu, Hormuz berkata: “Wahai Amirul Mukminin, sebelum perintah itu dilaksanakan, berilah saya segelas air untuk diminum. Saya tidak mahu mati dalam keadaan dahaga.â€
Permintaan Hormuz it...

Permintaan Hormuz itu ditunaikan oleh khalifah. Sebaik saja gelas itu di tangannya, Hormuz bersuara lagi: “Wahai Amirul Mukminin, bolehkah tuan beri keamanan kepada saya sehingga saya habiskan air ini?â€
“Sudah tentu. Saya berikan keamanan itu sehingga kamu habis meminumnya,†jawab khalifah.
Selepas mendapat jaminan keamanan daripada khalifah, tanpa diduga, Hormuz terus membuang air itu ke tanah. Sedangkan dia tidak sedikitpun meminum air itu sebagaimana yang dikehendakinya sebelum itu.
Kemudian Hormuz berkata: “Wahai Amirul Mukminin, saya berharap tuan akan menepati janji tuan. Saya sekarang dalam keamananmu!â€
Khalifah Umar sedar beliau telah terpedaya dan terperangkap. Kini Hormuz berada dalam keamanannya dan oleh itu, dia tidak akan dibunuh.
Khalifah pun berpaling kepada orang yang diperintahkan supaya membunuh Hormuz. Katanya: “Angkatlah pedang itu dulu. Biarkan dia buat sementara waktu. Kita akan memikirkan tindakan seterusnya.â€
Sebaik saja khalifah berkata demikian, Hormuz pasti bahawa dia selamat daripada hukuman yang dijatuhkan ke atasnya. Dia lantas mengucapkan dua kalimah syahadah.
Khalifah Umar tersentak mendengar ucapan yang dilafazkan oleh Hormuz itu. Sikap Hormuz itu benar-benar menghairankannya lalu beliau bertanya: “Mengapa baru kini kamu mengucapkan dua kalimah syahadah sedangkan tadi kamu menolak untuk memeluk Islam?â€
Jawab Hormuz dengan tegas, “Saya tidak mahu dikatakan memeluk Islam kerana takut dengan mata pedang.â€
“Benarlah kamu selayaknya mendapat pangkat sebagai panglima,†balas Khalifah Umar.
Sejak itu, Khalifah Umar sering meminta pandangan daripada panglima Hormuz mengenai hal ketenteraan dan pendapatnya kerap diterima oleh khalifah.
"Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku"
"Andainya dikau jodohku yang tertulis di luh mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu.."