Copy n paste...
Ukhwwah fillah
Sahabat..
Kita berbicara di alam maya
Tanpa rupa tanpa kata...
Dalam medan tarbiahnya kita dipertemu
Dan kerana-NYA jua kita bersatu
Mengibar ikrar dan janji berpadu
Semusim ikatan terpatri
Keikhlasan dan kemesraan
Yang terhulur menggamit kemanisan
Yang sukar untuk ditafsirkan
Dirimu sahabat
Mencurah nasihat bermakna
Sering mengingatkan pada kami pada Allah
menyerikan bicara indah dgn sirah nabi dan sirah Rasullullah..
menghayati sorotan h...
Copy n paste...
Ukhwwah fillah
Sahabat..
Kita berbicara di alam maya
Tanpa rupa tanpa kata...
Dalam medan tarbiahnya kita dipertemu
Dan kerana-NYA jua kita bersatu
Mengibar ikrar dan janji berpadu
Semusim ikatan terpatri
Keikhlasan dan kemesraan
Yang terhulur menggamit kemanisan
Yang sukar untuk ditafsirkan
Dirimu sahabat
Mencurah nasihat bermakna
Sering mengingatkan pada kami pada Allah
menyerikan bicara indah dgn sirah nabi dan sirah Rasullullah..
menghayati sorotan hadis berhikmah
diri terpana dek kelincahan madah berhemah
mengugah seribu persepsi
betapa pentingnya ukhwah fillah
Masalah dan cabaran bertamu
menggoyah keluhuran budi
persis seorang aku mencari jati diri
menangani mehnah dan tribulasi
dirimu tetap gah tidak tergugat
walau badai melanda..
katamu Allah sentiasa bersama...
Semalam, kini dan selamanya..
moga ukhwwah mekar mewangi
seharum mawar di desa nan permai
seindah purnama mentari pagi..
agar ukhwwahkan terpatri..
hanya buat mereka yang memahami
Salam perjuangan
as-shafa` al_quraisyah
diolah dr....majalah haluan bil 4 2003
tintabiru.....tintamerah.....tintahijau
ana kaya nih..nampak duit...
Ya Allah,adakah aku ini hamba-MU yang layak untuk merindui syurgaMu.Tak t'daya rasanya menuju ke situ lantaran godaan syaitan & hawa nafsu.