Kata orang, disebalik kejayaan seorang lelaki mesti ada seorang wanita di belakangnya. Betul atau tidak marilah kita berborak sekejap pasal kedudukan seorang suami di mata masyarakat. Seorang suami biasanya diukur kewibawaannya melalui keluarganya. Orang kata kalau nak tengok suami tu pemimpin yang berwibawa atau tidak tengoklah pada isterinya dulu lepas tu anak2nya. Contohnya kalau dia seorang yang fikrahnya Islamik, hujahnya Islamik, bercakap soal Islamik dalam pemerintahan atau pimpinannya at...
Kata orang, disebalik kejayaan seorang lelaki mesti ada seorang wanita di belakangnya. Betul atau tidak marilah kita berborak sekejap pasal kedudukan seorang suami di mata masyarakat. Seorang suami biasanya diukur kewibawaannya melalui keluarganya. Orang kata kalau nak tengok suami tu pemimpin yang berwibawa atau tidak tengoklah pada isterinya dulu lepas tu anak2nya. Contohnya kalau dia seorang yang fikrahnya Islamik, hujahnya Islamik, bercakap soal Islamik dalam pemerintahan atau pimpinannya atau di mana saja, tup tup isterinya 'vogue' dan 'updated free hair' fesyennya, maka hilang sedikit hormat orang lain padanya. Betul ke?
Dan wahai para isteri dan bakal2 isteri, jagalah agamamu, kerana dari seorang isteri yang solehah lah, lahirnya anak2 yang soleh2 dan keluarga yang soleh.
Memakai t-shirt bercetak 'i love you adalah perkara biasa bagi everage people, tp kalau seorang ustaz yg memakainya? akan timbul fitnah bukan? walaupun hanya dipakai semasa berkebun!! Walhal tidak ada silapnya pakaian tersebut. Asalkan suci dr najis, maka ianya harus dipakai dan sah pula kalau digunakan semasa bersolat! Hanya tulisannya saja ' i love you'.
Isteri adalah pakaian bagi suami dan begitulah sebaliknya. Kotor pakaian,penilaian awal orang yg melihat sudah tentu against him or her!