Dalam satu ceramah oleh Dr Fadillah Kamsah beliau ada memberi nasihat kepada para isteri .. 7C yang membuat suami benci isteri..
- Cabar.....
isternie nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata " Kalau awak berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain !)... Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI .. nanti suami buat betul betul isteri juga yang putih mata
- Cabul .....
perbuatan dan kata kata isteri yang tak sopan (Isteri hilang sifat malu) saperti keluarkan kata2 yang tak baik pad...
Dalam satu ceramah oleh Dr Fadillah Kamsah beliau ada memberi nasihat kepada para isteri .. 7C yang membuat suami benci isteri..
- Cabar.....
isternie nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata " Kalau awak berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain !)... Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI .. nanti suami buat betul betul isteri juga yang putih mata
- Cabul .....
perbuatan dan kata kata isteri yang tak sopan (Isteri hilang sifat malu) saperti keluarkan kata2 yang tak baik pada mertua
- Celupar .....
Celupar nie suku sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang kadang terlepas cakap...
- Comot .....
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yang comel comel aje.... Ade isteri kata - mekap untuk suami ,... tapi kat rumah tak mekap pun...
- Cemburu ....
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebihan-lebihan ... sikit dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan bukan
- Cerewet .....
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat..
- Cincai .....
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi...
7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yang mudah lupa dan lali... ada masa masa tertentu , mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri ciri 7C tu...
Renungkanlah...
"Ikhlas sesaat saja, merupakan keselamatan sepanjang masa. Tiadalah hamba itu merendahkan diri, sebelum ia mengenal dirinya sendiri"
article yang baik... boleh dimanfaat kan untuk diri ini