Ros nak tanya pendapat kawan-kawan tentang boleh atau tidaknya seseorang lelaki menyentuh bahagian tubuh seseorang wanita bukan mahramnya dengan tujuan merawat kerana petang tadi Ros menghantar kawan serumah pergi berurut. Kawan Ros ni mengidap sakit medu angin. Emak kawan ni ikut sekali pergi rumah tukang urut tu sebab dia yang cadangkan anaknya berubat di situ. Dipendekkan cerita, apabila tiba giliran kawan Ros, kami bertiga pun masuklah ke bilik rawatan. Kawan Ros ni disuruh berbaring, kem...
Ros nak tanya pendapat kawan-kawan tentang boleh atau tidaknya seseorang lelaki menyentuh bahagian tubuh seseorang wanita bukan mahramnya dengan tujuan merawat kerana petang tadi Ros menghantar kawan serumah pergi berurut. Kawan Ros ni mengidap sakit medu angin. Emak kawan ni ikut sekali pergi rumah tukang urut tu sebab dia yang cadangkan anaknya berubat di situ. Dipendekkan cerita, apabila tiba giliran kawan Ros, kami bertiga pun masuklah ke bilik rawatan. Kawan Ros ni disuruh berbaring, kemudian bajunya diselak sekadar menampakkan perut. Lepas tu pakcik tukang urut ni pun urutlah perut kawan Ros ni, lama gak.. dekat setengah jam. Ros tengok muka kawan Ros gelisah semacam. Yalah, yang mengurut tu lelaki. Kalau tak ada Ros dengan emaknya sama, entah apa jadi ye? Tapi pakcik tu nampak ikhlas, kalau tak dia tak suruh kami masuk sama temankan kawan tu. Masalahnya sekarang, tak apa ke macam tu?
Kesepian mengajar aku menghargai orang lain
Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar... meskipun ribuan mata tidak melihatnya ...