Walaupun begitu sensitif untuk diperkatakan, senario ini sebenarnya sudah biasa kita lihat setiap hari. Gadis-gadis remaja yang masih bersekolah dilihat lebih senang mengenakan tudung meskipun di luar waktu persekolahan memandangkan kewujudan kewajipan bertudung sudah dilalui sejak sekian lama. Sedangkan ibunya yang mempunyai karier masih lagi bergaya seiring perkembangan fesyen terkini.
Kurang percaya? Pergi sahaja ke pusat-pusat membeli-belah terkemuka di ibukota. Pastinya anda akan dapa...
Walaupun begitu sensitif untuk diperkatakan, senario ini sebenarnya sudah biasa kita lihat setiap hari. Gadis-gadis remaja yang masih bersekolah dilihat lebih senang mengenakan tudung meskipun di luar waktu persekolahan memandangkan kewujudan kewajipan bertudung sudah dilalui sejak sekian lama. Sedangkan ibunya yang mempunyai karier masih lagi bergaya seiring perkembangan fesyen terkini.
Kurang percaya? Pergi sahaja ke pusat-pusat membeli-belah terkemuka di ibukota. Pastinya anda akan dapat melihat sendiri si ibu dan anak beriringan mesra membeli-belah bersama. Si ibu bergaya elegan, memakai skirt satin cantik yang dipadankan dengan baju ‘halter neck’ terkini. Manakala si anak memakai skirt labuh dengan blaus serta bertudung litup. Di manakah silap sebenarnya?
Di sinilah sebenarnya timbul kekeliruan, siapakah yang patut memberi dan menerima teguran? Umum akur akan hukum agama yang menyatakan rambut seorang wanita merupakan sebahagian dari aurat yang harus ditutup. Namun dalam konteks ini, kelihatan si ibu seperti tidak mengerti dengan apa yang disebutkan di dalam kitab suci Al Quran sendiri. Sedangkan si anak bagaikan terkelu lidahnya untuk memberitahu apa sebenarnya yang menjadi tuntutan agama. Mungkinkah tudung yang dikenakan oleh si anak sekadar menutup apa yang perlu atau si ibu sudah memberi amaran awal agar si anak tidak mencampuri urusan peribadinya?
Tidak mustahil juga jika apa yang dilakukan oleh si ibu bukanlah di atas kerelaannya sendiri tetapi lebih menjurus kepada tuntutan kerjaya yang memerlukan dia sentiasa berpenampilan moden dan menarik. Bukankah ada yang beranggapan tudung mencerminkan pertambahan usia seseorang?
NiKmaTIlaH keHIduPAn InI DeNgaN peNuH KeSYuKUraN..
yahoo id : hana_5162
email : siput_sedut11@hotmail.com